Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana siarkan artikel ini. Harap selain dari pihak IIUM Confession tidak ambil kesempatan siar semula di platform selain di sini (aku tidak halalkan).
Aku anak no 3, punya 2 kakak dan 2 adik lelaki. Ayah dah meninggal dunia 5 tahun lepas.
Sewaktu kecil kami adalah keluarga yang sederhana, mak pernah bekerja sebagai operator kilang tetapi kebanyakan masa mak suri rumah. Keperluan kami cukup2 makan.
Arwah ayah seorang pemandu lori kontena tunaikan keperluan yang penting buat kami sekeluarga.
Menginjak usia, arwah ayah sakit penyakit tiga serangkai sehingga hanya boleh bekerja dalam keadaan light duty.
Ketika aku tamat diploma, aku terus bekerja. Kakak2 ku cuma belajar sampai SPM. Mereka juga bekerja sejurus selepas SPM.
Kakak sulung pandai buat kerja lebih dari dari satu untuk sara hidup. Kakak no 2 sambung sijil dan diploma secara separuh masa.
Aku juga begitu, memilih sambung ijazah secara separuh masa selepas tamat diploma universiti, mengejar cita-cita jurutera dan kerana tidak sanggup bersusah ikat perut jika belajar sepenuh masa.
Ketika itu aku bekerja sebagai juruteknik kilang dengan kadar OT yang agak lumayan. Dalam masa yang sama aku biaya pengajian adik bongsu dari sijil hingga tamat diploma.
Adik no 4 masuk bekerja sebagai badan uniform kerajaan, juga sambung ijazah selepas beberapa tahun berkhidmat.
Masa berlalu. Kami sudah berkeluarga, anak dah besar, ada yang dah bersekolah menengah.
Masalah anak bongsu dari mula belajar diploma hingga bekerja, menganggur, berkahwin, menganggur, punya anak dua orang, bercerai rujuk dan bercerai semula serta sampai sekarang.. Masalah yang sama.. PENAGIH DADAH! KETUM!
Ketika adik belajar diploma dulu agaknya mudah dapatkan duit. Biasiswa sebulan RM550 tapi selalu minta dari aku duit.. tiap2 minggu minta duit, sampai aku menangis dekat mak sebab aku pun tengah sambung ijazah yang 100% duit sendiri.
Aku juga ada tanggungan rumah yang mak ayah duduk, kereta, yuran pengajian yang cecah 2k satu semester, duit bulanan untuk emak aku tak pernah abai walau aku tiada simpanan yang banyak.
Emak cuma menjawab kamulah yang sanggup dan janji untuk tanggung pengajian adik, jadi bagi mak itu adalah tanggungjawab aku. Mak tidak membantu nasihatkan adik.
Aku menangis dalam diam. Tapi aku tetap positive memikirkan nanti kami sama2 dapat jaga emak dan ayah di masa hadapan. Aku tak pernah pun syak adik aku ada masalah dengan benda terlarang.
Fast forward aku tamat pengajian, dapat galas jawatan yang dicitakan dan berkahwin, punya anak2.
Adik kantoi ketika sudah berkahwin. Dan dia mengaku ambil benda tak baik sejak pengajian diploma. Masalah penagihan adik pula makin teruk saban hari.
Selepas dapat anak, entah macammana adik dan pasangan buat keputusan untuk isteri sahaja bekerja, adik jaga anak di rumah. Maka jadilah dia lelaki suri rumah.
Isteri adik baik, sanggup menanggung asalkan anak terjaga. Mungkin kerana pasangan adik jurutera berbanding adik kelulusan diploma maka berbaloi untuk pasangannya bekerja.
Dek kerana menagih, dan tidak bekerja, sumber kewangan pun mudah. Aku pun boleh faham tekanan yang adik ipar aku terima, menanggung penagih yang mental dan emosi yang tak betul. Menjadi gila sesekali mengamuk dan tuduhan curang serta naik tangan.
Tiada ubat.. hanya penderitaan yang ditanggung oleh isteri adik sehingga berlaku penceraian pertama, namun kerana sayang isteri adik rujuk semula. Lepas setahun jadi lagi penceraian kedua yang sekarang sudah hampir 3 tahun berlalu.
Adik balik, tinggal bersama emak di rumah yang aku beli dahulu untuk arwah ayah dan mak duduk dengan selesa. Rumah arwah ayah emak sewakan. Mak sayang adik. Terlalu sayang.
Emas pun emak gadaikan, entah sudah berapa banyak barang dicagar, aku tiada hati untuk menanya. Aku kasihan dengan mak, mak bukan bekerja cuma bergantung duit bulanan dariku, duit pencen ilat ayah dan duit sewa rumah yang tak seberapa.
Adik beradik ku yang lain tidak memberi tunai secara bulanan untuk mak, cuma kadang kala belanja makan, hantar makanan yang mereka masak ke rumah mak sahaja yang mereka mampu.
Aku sangat kecewa, geram dan marah. Aku benci untuk balik selalu walau aku rindukan mak. Aku bersusah payah bayarkan rumah, adik yang tak guna seperti mayat hidup bersenang di rumah di rumah.
Mak cuma menjawab adik anak mak juga, hari-hari mak doa adik berubah, suatu hari dapat kerja elok-elok.
Adik dah pertengahan 30an. Dengan rekod tidak bekerja, pemalas. Tido siang hari, malam bagai kelawar. Bagi aku tiada gunanya lagi. Tiada harapan. Kosong.
Tahun lepas emak gadaikan rantai emas kesekian kalinya, adik senang hati. Kononnya berubah dah, mula kerja sebagai pemandu ehailing untuk berubah. Sewa kereta dari pusat sewa kereta.
Tapi lepas 2 hari kena tangkap polis, parking di kawasan gelap ketika disapa polis dengan barang di badan dan tengah lalok. Agaknya jumpa syurga idaman sampai lupa diri.
Adik dimasukkan ke penjara, rupanya dulu di zaman PKP adik pernah kantoi bawa dadah dan harus lapor diri berkala di pejabat polis, tapi tidak pernah pergi, menyebabkan adik di senarai hitam dan dikehendaki.
3 bulan dipenjara, keluar dan balik. Mak sambut adik balik. Padahal aku dah minta izin dari mak untuk tukar segala kunci rumah, supaya adik boleh bawa diri sendiri jangan duduk dengan mak lagi. Biarlah adik insaf dan sedar.
Namun sampai sekarang adik masih lagi sama. Tidak bekerja. Tidur siang hari. Berhingus selalu. Cakap seperti orang mental. Kurus kering. Mak tetap positif, doa dan doa.
Aku sebagai kakak rasa hendak sepak-sepak dan halau adik dari rumah. Aku menahan sabar sebab emak. AADK juga adik ada rekod, laporan dibuat sejak beberapa tahun lepas.
Pihak AADK pernah ambil sample urine positive, cuma minta adik buat lapor diri secara berkala dan adik pun tak pernah lapor diri. Bagi aku AADK ni pun tidak betul2 membanteras penagih. Agaknya mereka juga penat dan terlalu banyak bilangan orang yang perlu dirawat (mungkin).
Aku harap ada nasihat dari pembaca yang mungkin boleh aku usahakan. Aku dah setahap tidak boleh sabar. Banyak yang aku imiginasi nak sepak, halau adik, bungkus kain baju, tukar kunci rumah. Atau paling gila, hendak ja aku jual rumah aku tu.
Tapi mak suka duduk situ, dekat dengan rumah anak2 yang lain dan dekat dengan rumah yang kami sewakan.
Maaf, aku gagal kawal sabar. Aku cuma benci sikap adik yang tidak pernah berubah. Tiada apa yang dapat menginsafkan adik.
Di hari kematian arwah ayah pun adik mabuk ketum, botol coca cola diisi dengan air ketum di bawa ke hulur ke hilir di hari pengebumian.
Adik dah lama tak jumpa anak-anak dia. Tiada duit. Habis dijual semua barang2 arwah ayah dirumah. Asalkan boleh tukar jadi duit.
Apa yang aku patut buat….
– Aku anak no 3 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ketum tak la bahaya sangat. Ia ubat tradisional untuk pelbagai penyakit. Contoh tukang rumah yang tua-tua kan, masuk bertukang 8am, biasanya tengah hari dah tergolek. Tapi dengan ketum ni boleh extend tenaga kerja sampai lewat petang.
Tapi tu la tu. Adik awak macam salahguna ketum pula ni. Haha. Rosak nama peminum ketum yang lain.
Susah kalau dah terperangkap dengan benda haram ni melainkan kekuatan diri untuk berubah tapi nampak nya adik tt tidak mahu berubah berikutan sokongan ibu tt. Baik tt pegang segala dokumen tentang rumah takut rumah tu dijual jika ibu tt tiada nanti. Org mcm ni bukan boleh dipercayai asalkn jd sumber wang. Satu masa nanti dia akan bertukar menyusahkn tt pula meminta2 wang jd tt dan suami kena bersedia supaya dia jgn menyusahkn tt dan suami.
Kau dah kenapa ?
Itu kan rumah you. Jual je la rumah tu. Atau halau je adik tu keluar.
Itu rumah you. Atas nama you. You’re the rightful owner.