Salam semua. Aku Delima. Sudah berkahwin dan ada seorang anak.
Tujuan aku kongsi bukanlah untuk memohon pandangan, tapi lebih kepada memohon sokongan supaya aku lebih kenal erti sabar dan redha.
Mungkin kisah ni tak sesedih kisah lain, tapi moga kalian memahami jeritan batin diriku yini gittuh.
Aku datang dari broken family. Untuk aku percayakan perkahwinan sangatlah susah. Dan setelah aku bercinta selama 10 tahun dan putus, lagi lah penat diri ini untuk percaya lelaki.
Tapi alhamdulillah Allah hadirkan suami yang sayang aku sepenuh hati. Dia tak pernah janjikan bulan bintang tapi dia berjanji yang zuriat kami insyaAllah takkan lalui apa yang aku lalui.
Dan sebab terbesar aku pilih dia sebagai suami adalah kerana dia ‘family guy’.
Dia sangat menjaga adik dan ibu bapa dia, dan itulah yang membuatkan aku percaya dia mampu jadi seorang ayah yang baik.
Tapi itulah, kusangkakan panas hingga je petang, tiberhhh hujan tengahari buta.
Mama dan abah adalah mertuaku yang baru sahaja pencen kerajaan. Senang cerita family dorang senang. Tapi laki aku ni kerja sedang-sedang.
Tidaklah susah dan tidaklah senang, semua yang aku nak dipenuhi. Seorang yang amat soft spoken, penyabar tak pernah marah.
And this is the biggest why aku selalu ajar diri untuk bersabar, sebab aku ada suami yang baik.
Ibu mertuaku ini queen control. Senang cerita, disebabkan dia banyak bantu suami aku dari segi kewangan bermula dari kecik hinggalah kahwin, (dia tolong bayarkan separuh harga kereta; myvi)
Maka suami aku teramat terhutang budi dan terpaksa tunduk dan ikut semua kemahuan dia. Red flag ni aku tak nampak sangat sebelum kahwin so aku tak tahu.
Selepas aku kahwin, keadaan normal. Tapi setelah aku ada anak maka bermulalah episod dia mengawal semua yang anak aku pakai, apa anak aku makan, apa anak aku buat, nak hantar nursery, semua dia yang putuskan.
Bukanlah suami tidak pernah membangkang, tapi hujung-hujung suami jugak yang kena sekolah dek abah mertuaku,
Walaupun aku sendiri saksi abah mertuaku sering bergaduh dengan mama kerana sikapnya yang terlampau queen control dan mendesak.
Akhir-akhir ni anakku sangat memilih makan kerana orang sekeliling kalut suap jajan dan sebagainya tanpa izin aku,
Nohh rokiahh terkejut aku bila tiba-tiba satu hari tu dibawaknya air dari tok bomoh mana tah suruh mandikan anak aku supaya datang selera.
Sedangkan dia jugalah yang gemar menyuap makanan manis hingga anak aku nampak nasi pun dicampaknya.
Ini pun bikin aku stress. Penat ooo tiap hari masak tapi anak tak nak makan.
Btw aku dan suami pjj maka aku kerap berada di rumah mertua berbanding rumah ibu aku. Menjadikan situasi ini lagi parah kerana setiap hari aku hadap macam-macam kata-kata dari dia seorang diri.
Suami aku sangatlah support tapi apakan daya, support dari jauh dan depan mata tak sama.
Mama dan abah kerap perli aku macam-macam, sampai satu tahap aku tak sedar aku dah jadi pendiam.
Nak menjawab dikata biadap, maka aku teruslah menjadi isteri dan ibu yang sopan, cuma tahu angguk-angguk geleng-geleng.
Untuk kalian faham betapa queen control ibu mertuaku, anak aku yang kecik ni dia dah pilih nak masuk sekolah mana, persatuan apa, kelab apa.
Kalau anak aku yang 2 tahun ni pakai terdedah sikit ditegurnya sexy sedangkan musim panas.
Setiap hari paksa aku masak itu ini untuk anak sedangkan aku tahu apa yang disuruhnya tu anak aku tak makan ujung-ujung aku penat sorang-sorang.
Ye anakku cucu sulung dan cucu tunggal. Suamiku hanya ada seorang adik perempuan yang belum kahwin kerana perangainya yang lain macam sikit. Dia pernah putus tunang.
Aku taknak cerita lebih pasal dia cuma dia ni bahaya, dia pernah fitnah aku nasib baik mama dan abah ni tau perangai anak dia. Macam-macam dia cakap tuduh aku dari dulu.
Tiap kali tu jugak dia mintak maaf dan buat lagi yang menjadikan aku takde hati nak duduk dalam rumah ni. Mungkin sebab aku dididik oleh makku untuk selalu bersabar, mungkin sebabtu aku mudah dipijak kepala.
Tapi alhamdulillah, bulan depan insyaAllah aku dan suami dapat duduk sekali.
Tapi yang sedihnya, minggu ni semua barang dalam rumah mama yang pilih hmmm sedih nyah bila kita excited nak masuk rumah baru tapi semua orang yang pilihkan.
Aku sekarang berada dia tahap cuba ajar diri setiap hari untuk sabar dan redha.
Untuk setiap pengorbananku ini, moga ada ganjaran dihujungnya nanti, aamiin, doakan aku terus kuat emosi okay.
– Delima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
aku harap bila anak kau dah besar dah kawen, jaganlah kau berperangai mcm mertau kau.. dek kerana xdpt nk deko rumah sendiri kau deko rumah ank kau pulak.. sekarang simpan la duit sikit2, bila tiba masanya kau dah boleh deko sendiri kau dekolah sepuas-puasnya.