Assalamualaikum, aku MH. Usia dalam angka 30s dan seorang pendidik. Tapi, pembaca semua, tujuan aku tulis cerita ini adalah sebagai pengajaran untuk diri aku dan sebagai klu untuk mereka di luar sana berhadapan dengan orang yang toksik.
Benarkan aku perkenalkan sedikit diri aku sebelum masuk ke cerita sebenar. Aku ni late bloomer tapi minat belajar.
Alhamdulillah, dengan segala onak dan duri serta pelbagai pancaroba yang dihadapi, seperti dicampak buku ke muka oleh guru, kena debik dengan buku kat belakang oleh guru, dan ditengking guru depan satu kelas, merasalah juga 4A 1B UPSR, 9A PMR, 9A SPM dari 12 subjek.
Aku kemudiannya sambung belajar peringkat matrikulasi dan degree dalam bidang life science. Izin Allah, aku tamatkan degree dgn first class. So, tiada hutang pengajian.
Aku ni bab teori kemain, pembaca, macam ahli filsafat gitu, kalau korang tengok pun menyampah. Tapi, bab praktikal, bingai. Itu yang menyebabkan aku susah ya amat nak drive kereta.
Lesen memandu aku tu sebagai penghias dompet aku jer. Itu pun aku lulus test jalan raya jpj setelah aku outline jalan tersebut menggunakan google maps dan list kan segala step yang aku perlu ambil. Lawak kan? Tapi, itu lah hakikatnya.
Tapi, aku diuji Allah dengan kesusahan mendapat kerja selepas tamat belajar. Setahun tanam anggur, barulah berjaya jadi guru kafa, kui… kui… kui…
Kemudian, aku dapat job offer guru bahasa inggeris di sebuah sekolah. Walau mod swasta, aku gembira berada di lapangan pendidikan sebab kena dgn jiwa aku. Di sinilah cerita bermula…
Oh ya lupa nak bagitau, aku ni trauma sebab di zaman SPM dulu, pernah dipermainkan dan dihina oleh rakan lelaki yang disangkakan kawan betul tapi rupanya hanya mempergunakan aku ketika aku di atas dan berubah total setelah aku jatuh.
So, aku memang pantang gila apabila hidup dicerobohi oleh orang-orang toksik begini. Itu sebab di tempat baru ini, aku fokus dengan kerja aku (takut kena buang kerja kan) dan tak menyibuk hal orang lain sbb aku tak nak hidup aku dicerobohi sekali lagi.
Sungguhpun aku tiada hutang pengajian dan berimpian melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, aku tidak boleh berhenti kerja sebab keluarga telah mengambil sebuah mpv yang tidak boleh tidak kena ada RM700 sebulan untuk membayarnya.
Keluarga aku keluarga peniaga. Kadang, pendapatan itu tidak menentu. So, aku punya gaji lah yang membawa kepada nak bayar mpv tu.
Aku kenal S di sini. S boleh memandu. Ada kereta myvi putih. Dia ajar sains, walau dia lulusan sastera, aku tak pernah soal kredibiliti dia.
Aku macam biasa, hidup dalam dunia sendiri takut trauma berulang. S yang mula dulu. Tanya soalan sains pada aku, macam tak tahu atau macam nak menguji aku pun ada.
Dan dia yang korek dulu, aku tinggal di mana dan mengesahkan kitorang setaman. Ada beberapa kejadian yang buat aku berwaspada dengan si S ni.
1- Berkelahi dgn GPK Akademik masa tu, dan jual nama aku. Dan bila bersemuka menyalahkan aku dan menghina aku. Lepas tu, kata dia minta maaf, dia bergurau.
2- Merendahkan aku depan guru cawangan lain yang dalam satu kumpulan kami dan buat macam aku ni kebulur sangat nak cakap kat depan.
3- Menjerit kat aku apabila aku tak sengaja tergelak dengan statement yang dia keluarkan.
Sejak itu, aku avoid if S ajak naik kereta bersama dia. Sebab orang yang ikhlas takkan macam tu kan. Tapi, pembaca sekalian, aku terbuat kesilapan yang paling besar satu malam.
S mesej aku ajak pergi balik sekolah sesama, tapi aku bayarlah duit minyak kat dia bulanan. Kesilapan aku adalah aku bagitau mak aku yang mana mak aku sokong dan nak aku pergi balik dengan S. Aku pun bagitau S keputusan yang mak aku izinkan.
Lalu bermulalah episod persahabatan aku dengan S. Segalanya nampak indah. Aku mula sayang sangat dengan S sebagai sahabat dan melupakan 3 peristiwa di atas.
Walaupun kadang-kadang S berlaku kasar dengan aku dengan kata “makanlah aircond tu” dan kerap suruh aku duduk belakang dan letak bekas makanan di seat sebelah dia. Aku pejam mata sebab aku tahu takde orang lain nak kawan dengan aku.
Sampai satu saat pembaca, adik aku ganti seorang guru di tempat aku mengajar. Adik aku turut pergi balik bersama S dengan aku. Aku kenalah jaga adik aku juga, S cemburu. Dia buat hal halau kitorang keluar dari kereta dia. Aku pun keluar lah.
S ni macam menganjinglah konon “jangan rindu dia” bagai. Aku pun hanginlah. Aku mesej dia malam tu, tak perlu cakap macam tu dalam bilik guru.
Of course lah rakan-rakan guru yang lain perasan yang aku ni tak naik lagi dah dengan dia atau mudah katanya, dah kena halau dari kereta orang!
Pendek kata, aku tak cakap dah dengan S selepas tu. Aku marah yang amat. Dah berbulan, si S ni jadi pengarah hari kecemerlangan. Aku diletak di posisi bendahari.
Nak tak nak aku kena contact dia utk duit peruntukan. dah lama tak bercakap, tetiba kena mesej kan. Aku pun mesej. Lama-lama, berbaik. S umpan aku naik kereta dia balik. Aku trauma, aku tak nak. S nampak kecewa.
Hubungan kitorang dah tak serapat dulu. Aku jadi lebih tenang. Tapi, S ni memang dasar tak faham bahasa! Dia tanya juga macam-macam soalan akademik pada aku. Aku jadi tak boleh terima.
Kenapa aku kena jawab semua soalan dia sedangkan dia tengok wayang dan enjoy dengan kawan-kawan lain, mana kawan-kawan yang enjoy dgn dia tu? kenapa tak tolong dia?
Aku protes keluar dari bilik guru, duduk pejabat atas. S perasan dan aku ingat sampai situ sahaja tau, rupanya satu bilik guru dah tak berani tegur aku lagi dah, atas alasan, aku ni marah bila diganggu buat kerja.
Aku mula disisihkan secara terang-terangan. Tertekan tapi apa boleh buat, pengaruh si S ni sangat kuat, conquering everyone there.
Aku pendekkan cerita lah ya. Setahun berlalu, aku alami masalah besar berkaitan pengurusan sekolah. Tiada yang bantu aku, S jauh sekali. Hanya Allah ta’ala lah yang bersama aku masa tu. Masalah akhirnya selesai. Aku kembali ke sekolah.
Aku nampak semua rakan sekerja aku cuba bagi perhatian pada aku. Aku takut aib terbuka “alamak, orang dah tahu ke pasal masalah tu?”
S nampak macam nak berbaik dengan aku. Aku yang baru terkejut dari masalah yang dah selesai, of courselah mcm kenapa nak berbaik dengan orang yg tak boleh bantu aku sewaktu aku susah?
Sekian waktu berlalu, aku mula rasa sepi tanpa kawan. Aku cuba berbaik dengan S. Tapi, dia enggan rapat seperti dulu. Aku tak paksa dia, aku terima dan hormati keputusan dia.
Aku dilantik jadi GPK Akademik, atas sebab dengki, S banyak menghina aku dan menghasut guru lain untuk tidak bekerjasama dengan aku. Aku hangin tak terkata.
“Dah bodoh tak reti buat jadual, jangan mengacau orang! Kau nak apa lagi? Nak aku terhegeh-hegeh kat kau? Kau dah mati pada aku!”
S menghasut guru-guru lain untuk membenci dan marah aku. 2 tahun aku jadi GPK, rasa perit bai… sebab semua kerja aku kena buat sendiri. Guru susah nak bagi kerjasama sebab sudah termakan hasutan S. Aku yang sangat marah, mula block S di whatsapp.
Ujian kompetensi guru berjalan. Aku dapat keputusan tertinggi sebab aku rajin ajar tuisyen selain ajar di sekolah. S bengang. Minggu depannya, S mula masak-masak dan bagi rakan-rakan guru makan. Aku memang tak lah. Kalau dia bagi pun, aku buang.
Lama-lama, sebab terlalu sibuk dengan kerja dan tuisyen, aku mula lupakan dan buang S dari hidup aku. S semakin menunjukkan kebencian pada aku tapi aku punya muka macam orang takde perasaan dan aku tak layan. Sbb itulah umpan S nak tunjuk aku jahat depan semua orang.
Rahmat Allah, S dapat tawaran ke sekolah baru. Dan telah meninggalkan sekolah tempat aku bekerja. Aku rasa tenang yang amat dan mula rasa seronok ke sekolah semula. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. Aku memang benci dengan S.
Para pembaca, Inilah ciri-ciri toxic person. Korang tengok ya, ganggu hidup orang dulu. Lepas tu, bajet macam takde apa-apa.
Aku dapat pengajaran, ilmu akademik memang penting. Tapi ilmu kemahiran hidup seperti memandu juga sangat penting untuk elakkan hidup kita diambil kesempatan orang macam ni.
Sahabat sejati takkan hina kita. Dan orang jahat macam ni, untuk menang, dia sanggup buat apa sahaja, burukkan kita supaya dia dapat sokongan semua orang dan akan bodek dengan makanan dan sebagainya.
Lengkapkan lah diri kita dengan segala jenis ilmu termasuk ilmu kawal kemarahan supaya boleh berhadapan dengan orang macam si S ni secara bijak.
Aku mula belajar memandu perlahan-lahan. Dan pastinya serik sudah untuk bersahabat. Alhamdulillah, aku makin bahagia dan tenang.
Maaf tulis panjang-panjang. Sekadar luahan dan nak gambarkan secara tepat. Terima kasih sudi baca.
– MH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
lebih kurang pengalaman kita, xda angin xda ribut orang semua benci gara2 termakan hasutan 1 orang, masa awal kena tu angin jugak maklum la ada sakit baran, pastu lama2 biasa da hahahah. tetap kuat sis ku💪🏿
aku ambivert.. aku nak buat luahan citer colleague sorg ni yg introvert+gen Z ni.. lepas 7 tahun kenal baru dia start selesa bergaul dgn aku & aku jadi org yg paling rapat dgn dia kat ofis.. apa2 pun kitorg akan share citer, sama2 gaduh mulut, sama2 mengumpat, ada bila perlu.. sampai la ada satu hari tu aku xnak ikut dia keluar lunch time.. terus dia merajuk & kitorg jadi tak rapat dah.. sedih tau kitew dah 6 bulan x bertegur… dia bagi silent treatment walaupun aku ada juga tegur dia, tapi dah tak mcm dulu2.. hurm harap2 dia bahagia dgn cara dia la..