Hai, diringkaskan saya seorang guru sekolah menengah di selatan tanah air. Di musim nak exam PT3 tak lama lagi, ada juga parents request untuk saya ajar anak mereka secara ‘one by one’ di rumah.
Rata-rata yang saya ajar di rumah semuanya baik kelakuannya dan menunjukkan peningkatan markah. Alhamdulillah hasil usaha mereka dan berkat doa orang di sekeliling mereka juga. Saya happy. Semua cikgu akan happy kalau students mereka macam tu :)
Tapi, ada seorang student yang tak berganjak markahnya walaupun pelbagai usaha dah dilakukan. Saya buntu. Dia rajin, tapi entahla. Macam2 cara yang kami (guru2) telah lakukan ke atas dia. Malah markah makin merosot.
Rupanya….satu hari masa hari Sabtu malam..Allah nak tunjuk pada saya….
Sedang saya mengajar, ibu kepada student lelaki ini datang kepada saya untuk bertanyakan tentang progress anaknya.
Tiba-tiba anaknya bangun dari kerusi dan mengherdik ibunya dengan jari menunjuk tepat ke arah ibunya. Dia kata “ma takyah busy body la nak tengok orang belajar. Ma bukan tahu apa2 pun. Sekolah pun tak habis. Do your own work lah!”. Kuat sangat.
Saya tersentak. Makin saya sedih sebab ibunya jawab “sorry. It’s my fault. Sorry. Ma pergi masak dulu ya”.
Selepas dari apa yang saya lihat, saya terus nasihat student saya tu. Dia berjanji nak berubah. Semoga dia betul2 berubah sebab dia tak akan berjaya dunia Dan akhirat kalau terus macam tu..
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan macam tu ya.
– Aisya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit