Normal Atau Abnormal

Assalamualaikum buat pembaca and terima kasih buat admin yang sudi publish confession saya. Saya terasa ingin meluahkan and menerima nasihat terbuka dari kalian semua. 

Saya seorang isteri bekerjaya, belum ada zuriat, dan tinggal di rumah mertua. Suami saya anak tunggal lelaki, ada seorang kakak kakak yang tinggal di negeri berlainan dengan kami.

Lepas kahwin, memang dia jarang sangat balik sini sebab mak mertua saya tak suka suami dia. Jadi, memang dah jadi tanggungjawab suami dia untuk tinggal dan jaga syurga nya. 

Mak mertua saya dah berumur 70-an, normal kah dia ada sifat yang cerewet dan maaf cakap macam malas yang melampau. Kami pasang cctv di rumah, senang nak pantau keadaan mak semasa keluar bekerja. 

Bayangkan, setiap pagi suami saya akan beli sarapan untuk kami. Kadang2 saya buat sarapan sebelum pergi kerja, tapi mak mertua akan komplen katanya jemu makan makanan asyik ulang2 yang sama. Harini nasi goreng, esok mee goreng, lusa mihun goreng, begitu lah ulang2.

Saya sendiri pun taktahu nak masak apa, takkan nak masak spaghetti, nasi kerabu, nasi dagang pagi2, mana saya sempat. Jadi, saya cakap kat suami bla bla bla.. Sebab macam umi saya, dia lebih suka masak sendiri, tapi yela.. Sifat orang lain2 saya faham. 

Sepanjang saya pergi kerja, dia memang takkan masak, takkan usik kerja rumah. Ya, saya bukan nak suruh mak mertua jadi orang gaji, tak sama sekali.

Cuma saya terfikir dia tak bosan ke, saya tengok kat CCTV dia lebih masa untuk tidur dari kami keluar bekerja, sampai pukul 2, 3 baru bangun mungkin solat zohor. Setiap hari macam tu kalau ada masa terluang dia akan main hp, ataupun oncall dengan kawan2 dia..

Dia sanggup tak makan sepanjang kami keluar bekerja, tunggu saya balik kerja pukul 5, baru saya masak dan dia makan.

Saya kadang2 penat, saya cuma berharap mak mertua masakkan nasi je, then keluarkan lauk untuk masak dari peti, nanti saya settle kan tapi memang bila saya balik memang takde apa. 

Pernah sekali dia marah saya, sebab tak kemas dapur lepas masak. Saya diam je, saya tahu salah saya, tapi bukan saya sepahkan dapur, cuma ada kesan2 sambal yang terpercik dan saya tak sempat nak lap.

Saya rasa macam sedih, saya dah la penat bekerja, balik saya yang masak, bila saya lambat tersilap sikit kemas, terus kena marah. Mungkin ini nasib seorang menantu yang menumpang. 

Lagi satu, yang ini memang antara dia dengan Allah tapi saya tertanya2 logik ke andaian suami saya.

Setiap kali mak mertua tak sihat, dia akan tinggal solat, dari subuh sampai isyak, tapi kadang2 dia boleh keluar pergi mengaji, pergi rumah kawan, tapi balik rumah melepek tak solat, kalau dia sihat, baru dia qada solat2 yang dia tinggal.

Kalau pergi jalan2 pun dia tak nak solat dia kata seluar kena kencing la, apa la.. Tapi boleh kan bawak kain batik. Solat tu kan wajib. Tapi suami saya tak daya nak tegur sebab setiap kali tegur akan di sudahi dengan pergaduhan.

Suami saya cakap mak dia jadi macam tu sebab kena buatan orang, saya kata pulak, kalau kena buatan orang kenapa ada masa solat, ada masa tak solat, lepastu kenapa tak gi berubat. 

Saya selalu cakap kat suami, seronoknya kalau ada rumah sendiri, rumah sewa, kecik pun takpe.. Saya tahu suami mampu tapi mak dia sendiri dah cakap kalau ada niat nak duduk rumah lain, bawak mak sekali..

Rumah yang ada ni sekali sekala kita balik tengok. Saya macam apa function saya duduk rumah lain, kalau saya still kena mengadap dia. 

Bulan puasa ni, ada masa saya ada majlis berbuka dengan family. Suami akan join sekali, bila ajak mak mertua, dia kata dia tak suka bukak puasa di luar, susah nak solat. Takpe, saya faham.

Saya nak tolong orderkan kat foodpanda, dia tak nak. Dia kata nanti dia masak sendiri. Tengok2 tak sempat balik lagi, dia call suruh tapau nasi goreng, dia bagitahu yang dia tak masak, dia berbuka minum air dan makan roti je.

Saya sendiri taktahu ni sifat normal orang tua sebab dia dah tua atau memang dia sendiri yang malas?

Yang masih bersabar,

– Si Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mak aku dari dulu umo 50an pn cerewet. Bukan dengan menantu dengan anak2 pun sama je. Tapi dia rajin je masak dan kemas rumah sebab tu kn umah dia. Cumanya dia ada part yg ko takleh suka hati nk tinggal keje tak siap. Cth melipat baju, takleh la biar tak berlipat alasan ko keje n penat nk lipat. Dapo tak lap.. memang dia bebel. Balik lambat.. pergi jalan tak ajak dia.. dia punya terasa tu sampai nangis2 la cakap ko tak bawa dia. Ko masak serba tak sedap. Ko sidai kain tak betul. Taoi tu lah tu. Dia mak aku. Syukur dia dapat menantu pompuan yg tahan je perangai dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *