Saya paling pantang dengan orang yang anggap course yang saya belajar dulu tu course tak laku, course tak sesuai, course tak popular, course mengarut, course tak ikut market Malaysia. Belajar dalam bidang pembinaan bukannya tak laku.
Jangan anggap hanya kerana tak pernah dengar sebab tak sepopular macam kejuruteraan awam, senibina dan hartanah terus nak anggap yang course² lain dalam alam bina tu bukan Market Malaysia.
Course Juruukur Bahan, Juruukur Bangunan, Juruukur Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah, Pengurusan Taman dan Fasiliti, Senibina Landskap, Seni Bina Dalaman, Pengurusan Pembinaan atau Teknologi Pembinaan ni semua ada fungsi masing² dalam bidang pembinaan.
Kebanyakan orang dalam bidang pembinaan semua tahu yang bidang pembinaan ni ikut projek. Banyak projek, ekonomi negara dan ekonomi dunia bagus, banyaklah peluang pekerjaan.
Kena ambil kira lagi yang walaupun setiap course tu ada kaitan tapi kepakaran bidang berbeza², bukan senang² boleh lompat² bidang kecuali dalam swasta tapi itupun ada syarat² dia.
Kerajaan antara yang ketat dalam pemilihan penawaran kerja. Kalau nama course tak sama dengan jawatan yang ditawarkan memang susah nak mohon kerja di jabatan kerajaan.
Tambah lagi, kalau perempuan memang susah nak mohon jawatan dalam pembinaan sebab banyak kekangan dan halangan sebab tu perempuan susah nak dapat jawatan dalam bidang pembinaan bukannya sebab tak pandai atau course tak laku.
Kalau yang lelaki pun penat apatah lagi perempuan. Majikan pun memilih² nak ambil perempuan.
Tapi tu tak bermakna perempuan tak layak nak mohon jawatan dalam bidang yang dia idamkan walaupun semua tahu yang sekarang ni tangga gaji yang dibayar pun tak setimpal dengan kelayakan profesional dan jobscope yang perlu dilakukan.
Ada orang mungkin lebih utamakan gaji tapi ada orang yang nak rasa bekerja dalam bidang dia belajar dulu walaupun sekejap dan walaupun dari level bawah sebab nakkan pengalaman.
Tak perlu nak bandingkan course alam bina dengan course² ‘popular’ lain seperti account, business, HR dan pengurusan pejabat, IT dan seangkatan lepastu pertikaikan kenapa tak ambil course ‘popular’ tu.
Minat setiap orang berbeza² dan kelayakan pelajaran setiap orang pun berbeza². Bukan boleh mohon je semata² sebab itu market Malaysia.
Ada juga mereka yang mohon tapi tak mampu teruskan walaupun course tu ‘popular’ kalau dah tak kena dengan jiwa.
Selain tu, ada juga yang mohon course² ‘popular’ tu tapi masih belum dapat kerja sebab rezeki berbeza².
Jangan ingat, hanya kerana pilih course ‘popular’ dan memang market Malaysia maknanya senang dapat kerja. Masing² pun bergelut dengan ujian masing². Tak perlu nak perlekehkan kami yang belajar dalam bidang pembinaan ni.
Tanpa kami, siapa yang nak buat plan, siapa yang nak design semua rumah dan infrastruktur, siapa yang nak cantikkan alam sekitar, siapa yang nak renovate rumah, siapa yang nak betulkan jalan dan saluran perparitan, siapa yang nak bina jambatan dalam laut,
Siapa yang nak masuk hutan dan berpanas mengukur muka bumi, siapa yang nak tolong nilaikan value rumah dan segala²nya tu walaupun kerja penat, panas, tak cukup rehat, kejar dateline, tak terurus, gaji tak setimpal dan macam² lagi.
Orang luar yang tak tahu apa, tak perlu nak memandai² judge kami siswazah² yang memilih untuk belajar dalam bidang ni.
Dah lah masa belajar pun kena maki, kerja pun kena maki. Tak perlu netizen nak tambah lagi kesengsaraan kami semua dengan kata course tak laku, tak buat kerja.
Yang salah tu orang atasan tapi kami yang bawah² pula kena tadah telinga. Sila jadi seorang yang berempati terhadap semua makhluk di muka bumi ni.
– 3D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit