Pendapat

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Kareem. Aku Bunga Lawang, seorang wanita di pertengahan usia 30-an, bekerja syarikat swasta, dan masih single.

Aku just nak minta pendapat berkenaan beberapa perkara.

Aku anggap hidup aku sekarang ok je, cuma masih tercari-cari tujuan/haluan hidup. Aku ni orangnya biasa-biasa saja yeh. 

1) Bukan yang terbaik dalam kerjaya.

Alhamdulillah aku ada kerjaya yang ok, nak kata stabil tidak lah sebab aku sekarang contract worker.

In fact aku memang banyak lompat kerja (7 syarikat) dalam tempoh 10 tahun aku bekerja. Lebih kepada looking for better salary and benefits.

Tapi bila aku banyak lompat kerja, aku tak dapat jadi expert in my field. Bila tengok kawan-kawan sebaya aku, ada yang sudah jadi managers and higher position yang power. Tapi aku masih stay di position senior executive.

Tipu lah tak da rasa cemburu, tapi aku tak rasa aku seorang yang bijak mengurus. Aku lebih kepada executor.

And aku ada planning untuk ambil short course kemahiran saja macam menjahit ke, bakery ke, instead of sambung study master sebab aku tak rasa aku mampu nak commit masa, tenaga dan kewangan untuk sambung study.

So korang rasa ada isu ke kalau aku just maintain saja position aku yang sekarang and proceed dengan short course kemahiran? Korang ada cadangan course kemahiran yang laku dalam industry tak sekarang? 

2) Masih tiada insan istimewa.

Rakan sebaya aku mostly dah berkeluarga dan ada anak-anak. Untuk aku pula, aku dah semacam selesa hidup single. So far mak ayah memang ada tanya tapi aku just inform mereka masih belum jumpa jodoh.

Aku memang tak pernah bercinta, dari zaman sekolah sampai habis belajar. Ingat nak cari jodoh zaman kerja, rupanya lagi sibuk dengan kerja sampai sedar-sedar aku dah jadi anak dara tua.

Tapi aku banyak habiskan masa lapang dengan spend time with mak ayah, bawa dorang jalan-jalan, and fokus kerja je.

Sebab aku jenis tak minat sangat jalan2/healing2. Healing aku more pada golek2 kat rumah, baca manga, tengok movie, etc.

Oleh sebab aku boring juga tak ada apa nak buat, aku buat la profile kat FB dating n bermulalah episod kenal macam2 makhluk di sana.

Dan dalam ramai2 makhluk tu aku ada berkenalan dengan 2 lelaki la, satu tu Indian guy aku namakan Bo yang start tegur aku sebab meme kucing aku, and another one Malay guy aku namakan Mo yang nampak polite.

Well aku memang niat nak kenal2 dengan lelaki kat situ with the intention if we vibe and match, maybe we can go serious as we see how it goes.

Aku dah jumpa both guys, Bo ni 7 years younger than me, very humorous, dia duduk dekat dengan rumah aku so aku memang kerap jumpa dia, and he was very mature for his age.

Bo ni first chat dengan aku dalam 2 minggu (tiap2 hari wey dalam apps Fb yang bengong tu), terus ajak nk jumpa.

Masa tu dia invite aku for movie date. Aku siap tanya pendapat member aku patut tak aku jumpa si Bo ni, yela aku tak pernah once pun keluar dengan lelaki.

So first time movie date tu end up with good impression. Aku tanya la Bo kenapa nak kenal dengan ak? aku ni melayu, dah lah tua daripada dia pulak tu (aku skeptical jugak sebab risau scammer/ pervert/ creepy).

Tapi dia cakap dia suka tengok gambar aku, and kitorang macam vibe sama, have the same wavelength of humour. So far dalam ramai2 orang yang aku kenal.

Dia yang consistently greet aku every day, invite me for movie/ dinner date.He is like my borderline bestfriend/ boyfriend.

Honestly Bo really sweep me off my feet la and i think he really likes me a lot (same goes to me la). Cuma concern aku yela dia kan Indian, different religion and custom.

So for sure la aku tak boleh mengharap yang tak pasti. Mo pulak sebaya aku, middle 30, stay KL, aku pernah jumpa dia sekali but overall rase ok je when conversing with him.

Dia boleh kata stabil la; have good job, have cats (aku memang suka kucing walaupun tak de bela sebab aku sibuk), have side job that lean more on creative field.

Cuma lacking dia physically kurang attractive, kalau tidak mesti beratur aweks nak kat dia haha. Masa aku jumpa dia, kitorang borak la about life masing2, family, job, hobby, etc.

Aku kan macam tengah nak cari jodoh, so aku berharap Mo ni macam show some effort la especially lepas kitorang jumpa tu.

Tapi dia treat aku macam member2. Adakah aku dah kena friendzone?

Kadang aku tertanya juga aku yang tak bagi clear hint ke. adakah aku perlu tanya direct kat dia? So far kitorang still je text each other, cuma tak rase that intimacy/ good feeling macam aku rse with Bo.

So korang rasa apa yang patut aku buat? 3) Tiada perancangan untuk masa depan Last but not least, aku tak de lagi perancangan masa depan yang jelas.

Yela aku ni dah la tak kahwin lagi, even kalau aku kawin aku mungkin tak berharap untuk ada anak atas sebab2 tertentu.

Tapi kalau ditakdirkan aku memang single sampai tua, aku perlu ada backup plan untuk support hidup aku (kalau aku panjang umur).

Yela sekarang masih sihat dan larat untuk bekerja (walaupun aku macam dah burnout dengan kerja sekarang) jadi masih ada lagi monthly income tu.

Aku ada buat saving/ income protection sikit2; TH, ASB, PG, hibah, medical card. Korang ada cadangan idea tak untuk jana extra income?

Kalau seller/ ds/ online platform tu aku tak minat and tak kena dengan daily routine aku.

Nanti korang share ye idea2 bernas korang. Akhir kata, aku cuma nak cakap aku rasa hidup aku alhamdulillah is good atas sebab doa mak ayah aku yang tak henti2 doakan yang terbaik untuk anak2 mereka.

Aku cakap macam ni sebab aku ni orang biasa2; tak cantik tak hodoh, tak pandai tak bodoh, tak kaya tak miskin.

Cuma aku diajarkan untuk bersyukur dengan apa yang aku ada. Thanks korang yang sudi membaca, hehe.

– Bunga Lawang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Semoga Allah sentiasa menjagamu..lindungimu.. just go with the flow.. achieve what you want to achieve in life.. enjoy every moment. Marriage is not easy.. byk pengorbanan perlu dilakukan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *