Assalamualaikum :-) Terima kasih kerana sudi siarkan confession saya ini.
Okay cerita ni tentang kisah saya. Saya yang cuma seorang gadis biasa yg berusia 20-an. Saya bukan seorang yang happy go lucky dan tak suka melaram macam mak datin. Tapi orang sekeliling selalu pandang saya dengan pandangan negatif bila berkaitan dengan lelaki. Kata mereka sebab saya cantik. Dieorang kata lah. Saya rasa saya tak lah cantik mane pun.
Kisah pertama bermula episod saya dipandang sebagai pempuan gatal waktu saya sekolah menengah. Kadang2 saya terlepas bas sekolah jadinya saya akan tumpang abg ipar saya. Setiap kali balik sekolah saya perasan kakak sy yg sulung akan tarik muka dan menjeling saya. Saya memang tak ambik port sangat tapi bila keadaan ni berlarutan saya cuba selidik dan bertanya pada kakak saya yang nombor dua. Kakak saya beritahu kakak sulung kami tak suka bila saya bercakap, bergurau dan tumpang abang ipar ke sekolah. Dia anggap saya nak menggatal dengan suami dia. Hhmmm tersentap weh bila dengar macam tu. Start dari tu saya mula jauhkan diri dan kurangkan bercakap dengan abang ipar. Sebab nak jaga hati kakak saya. In fact start dari tu saya memang terus jauhkan diri dan tak bercakap dengan mana2 lelaki yang dah bergelar suami orang sebab takut orang pandang sebagai pempuan gatal.
Sekarang saya dah bekerja. Kat ofis saya tu saya yang paling muda dan satu-satunya yang masih bujang trang tang tang. Kalau diikutkan memang saya tak ada masalah pun kerja kat situ tapi saya stress dengan mulut longkang staff perempuan.
Sepanjang bekerja saya cuma bercakap dengan staff lelaki bila ada hal penting je. Itu pun tanpa eye contact. Kalau sepatah yang ditanya sepatah saya jawab.
Ada satu hari tu, ofis ada event so ramai tetamu yang datang. Waktu tu mak cik cafe tak cukup pekerja jadi agak kelam kabut. So saya volunteer tolong mana yang patut. Tapi tup tup staff perempuan kata saya sengaja buat2 busy tolong itu ini sebab nak orang lelaki puji saya rajin dan nak tarik perhatian lelaki. Allah sentap rasa bila dengar ayat tu. Saya tolong sebab kesiankan makcik cafe tu ke hulu ke hilir buat kerja tak berhenti-henti. Hari yang sama juga, saya tengah makan waktu tu dan nak tambah makanan sebab saya memang kuat makan. Waktu saya ambik makanan tu ade beberapa orang lelaki tengah ceduk lauk. Bila siap ade la 2 orang akak ni duk pandang saya sambil bisik-bisik. Saya tanya la kenapa. Boleh dengan selambernye dieorang cakap “kau saja je kan ambik lauk time ade lelaki. Tadi time lelaki tu tak ade kau tak pergi pun.” Allahu terdiam saya. Sikit pun tak terlintas macam tu sebab dalam kepala saya mase tu saya nak tambah makanan bukan nak menggatal.
Kes lain ni pulak melibatkan suami staff kat situ. Waktu tu family day. Suami staff tu berdiri sebelah saya. Lepas tu tanya soalan itu ini. Sembang sembang biasa je la. Saya jawab soalan dia pun tak ada lah rasa macam gedik sangat. Tak ada la nak lunakkan suara, badan pun tak la meliuk kiri kanan macam ikan keli. Lepas tu isteri die sound saya “taulah kau paling cantik kat sini tapi tak payah lah menggatal dengan suami aku.” Lepas tu die duk bising kat staff perempuan yang lain. Yang lain pun ape lagi macam macam la ayat penambah perisa yang dikeluarkan.
Sudahnya kalau ada event saya lebih seleaa buat hal sendiri. Tak bercakap dengan orang. Dunia saya dengan handphone dan game. Tapi mulut mulut longkang masih tak berhenti menuduh saya perempuan gatal. Sampaikan bila ade lelaki pandang saya sambil senyum pun diorang akan cakap saya ni nak goda lelaki tu. Aduhai.. sakit jiwa duduk dengan orang macam ni.
Tolonglah positif dan bersangka baik. Saya tak terdesak nak goda lelaki nak nak pulak laki orang. Moga diri ni dijauhkan la dari terjebak dengan suami orang. Saya ada kakak. Saya ada kakak ipar. Saya tahu macam mane sakitnya hati perempuan bila cinta dikhianati dan ada orang ketiga dalam hubungan. Sebab saya sendiri pernah rasa. Tunang saya tinggalkan saya sebab perempuan lain. Sikit pun tak pernah terlintas dalam kepala ni nak guna kecantikkan yang Allah bagi ni untuk runtuhkan masjid orang atau guna di jalan yang salah.
Sekarang saya hanya mampu berdoa agar cepat cepat bertemu jodoh dengan orang yang terbaik untuk saya supaya semua pandangan negatif ni hilang. Mungkin bila dah berkahwin orang tak akan pandang saya sebagai perempuan gatal lagi.
Terima kasih kerana sudi baca kisah saya yang tak seberapa ni.
– Mardhiah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit