Rasanya ramai kot bila beli barang online, letak alamat pejabat. Ya la, dekat rumah tak de orang. Pejabat paling senang ambik barang.
Masalahnya barang tu tak sampai terus pada kita kerana tiada tanggungjawab, integrity pada pekerja penghantar barang.
Pengalaman saya beli barang online ni, syarikat Pos M…. Paling bermasalah.
Syarikat2 lain ok ja.. Sebab depa call kita inform hari ni nak hantar barang. Then call suruh ambik barang.
Masalah yang selalu saya hadapi dengan Pos M…
1) Barang dicampak saja atas koridor tanpa memaklumkan pada saya. Tak de call atau apa. Tau2 ada barang.
Tu pun nasib kalau kita atau rakan2 tahu tu barang kita. Orang boleh tolong ambilkan. Sebab posmen main pass ja kat sapa2 pun.
Ye la, kita tahu hari ni barang sampai. Tapi bukan kita alert timing. So tak kan setiap masa nak pergi tercongok kat bawah.
Tempat kerja saya ni share building. Saya di tingkat 1. Pejabat syarikat lain tingkat bawah.
Kiri kanan semua syarikat2 lain. First time, barang tak jumpa. Ye la campak kat koridor. Prove delivery pun memang gambar barang atas koridor.
Saya nak pergi cari siapa? Siapa ambil pun tak tahu.
Masalah kedua hari ni saya hadapi. Posmen bagi barang dekat siapa tak tahu. Terkejut saya tiba2 barang tu dah delivered.
Tapi gambar, hanya satu tangan.. Tak de muka. Kita tahu ke siapa yang ambil?
Pun begitu,saya tanya beberapa staff syarikat sebelah.. Tapi orang kata tak de pun posmen hantar barang kat sini.
Ye la kalau orang jujur dia bagi balik barang.. Kalau tak jujur mana dia nak mengaku.
Saya tak tahu la posmen area tempat saya ni ja ke macam tu… Mungkin tempat lain ok kot.
Selalu terfikir,apa susah sangat nak call saya suruh ambik barang. Ni langsung tak de call.. Tapi senang2 serah kat sapa2 ja..
Kalau malas nak naik pun, boleh ja call suruh saya turun.. Tapi tak de.
Bukan ke tanggungjawab kita serah barang pada orang yang berhak.. Melainkan orang tu yang cakap campak kat lantai ke, bagi dekat bangla sebelah ke.
Rasa2 berkat ka gaji buat macam ni. Buat kerja tak ikhlas.
Sebagai customer kita hanya boleh buat aduan saja la. Kemudian isi 100 borang. Hantar gambar sana sini.
Menyusahkan orang atas sikap yang tak tanggungjawab. Buang masa, buang tenaga, buang segala2nya.
Ye la, pos pun bukan cover mahal2.
Nak tunggu payment pun lambat. Kalau kos barang mahal, customer masih rugi.
Tidak bertanggungjawab satu hal, menyusahkan orang pulak satu hal.
Kebanyakan masa saya suka pilih cod. Tapi ada time2 tu, voucher penghantaran percuma tak dapat untuk cod. Terpaksa la bayar dulu.
Tapi ini la kot risiko kita nak tangung bila beli online. Murah, tapi ada risiko barang tak sampai.
Kalau ada family member keja hantar amanah orang, pesan2 la buat kerja biar ikhlas.
Ingat setiap kerja tu ibadah. Setiap yang kita buat kena jawab kat allah.
Sebab tu la kot orang selalu cakap, yang paling berat tu adalah amanah.
Sekian luahan kekesalan.
– Tetuan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit