Aku nak tanya apa patut aku buat sekarang ni. Aku nak give up tapi masih belum mampu. Dalam hati aku masih berharap everything will get better even dah lebih 10 tahun masih sama.
Aku Red Velvet ni dah 26 tapi still single, anak pun belum ada. Mungkin tak nak ada anak sebab kesan daripada persekitaran terutama parents aku.
Aku anak tunggal perempuan dan ada 7 adik beradik. Family dynamic aku pelik sikit. Ayah aku adik beradik lelaki aku akan marah kalau aku even buat salah kecik. Contoh tak pakai stokin sebab tak tutup aurat sempurna keluar rumah untuk buang sampah je.
Marah yang bukan lembut ya. Diorang akan jerit dari dalam rumah “RED VELVET! KENAPA KELUAR TAK PAKAI STOKIN?!” Tapi bila mintak buangkan sampah semua berdolah dalih tak nak buat. Aku serabut lambat-lambat aku buat jugak.
Dari kecik, sebab aku perempuan A tu wajib. B tu ibarat kau jadi BABI yang memalukan keluarga. Tapi untuk aku jela. Adik beradik lain dapat B C D even E pon tak apa. F barulah nak marah.
Bila aku persoalkan kenapa jawapan aku dapat, “Awak tu perempuan kena belajar pandai-pandai” or “Malaslah nak marah yang lain tu sama je nanti.”
Eh tapi aku pulak kena. Segala inci apa aku pakai itu salah ini salah walau menutup aurat sekalipun. “Kenapa pakai warna macam ni?” “Ketatnya baju” walaupun aku pakai baju 2 kali ganda besar saiz aku.
Melaram bermake up jangan cerita memang tak dapatlah. Tapi bila mak aku buat okay sahaja.
Aku? Nak pakai untuk siapa buat apa nak goda siapa? Kalau aku cerita lagi memang tak habis and bosanlah. Aku pun jemu dah but you get the general idea.
Akibatnya, aku macam terbantut. Ramai orang kata aku serupa budak-budak. Sebab bila dah besar ni aku baru dapat peluang try benda-benda yang aku nak masa kecik. Beli mainan, belajar kait, baking, masak sendiri, make-up, dan macam-macam lagi.
Cuma semua benda ni aku buat sorok-sorok la. Masak sendiri makan sendiri. Baking sendiri makan sendiri. Kalau masak untuk keluarga tu aku akan buat benda biasa je tak try benda baru.
Sisi gelapnya, bila aku tau mak bapak aku tak ada and tak tau aku kat mana segala larangan diorang aku langgar. Bukan sahaja stokin or handsock malah tudung aku akan hilang. Tapi taklah pakai seksi. But the lesser of two evils is still evil kan.
Rokok, weed itu dah biasa. Cuma yang jenis pill aku memang tak akan try sebab pernah try sendiri dengan bermacam-macam ubat sejak sekolah menengah. Lagi-lagi ubat batuk. Memang satu badan lemah.
Ketagihan pornografi pun juga jadi satu masalah aku. Bila kau pandai sorok benda dari semua orang, kau akan terjerumus ke sini.
Bukanlah high atau dopamine dari pornografi yang aku cari. Kadang pornografi terbuka pun aku akan termenung dan otak aku akan melayang ke alam lain.
Aku just cari momentarily escape dari dunia aku. Somemthing to distract me. Kalau aku lalai sikit lagi kemungkinan aku boleh jadi sama macam budak-budak DS twitter yang viral.
Kalau kerja, movie, games, dan hobi aku tak jalan aku akan buka tab porn, sambil buat kerja lain supaya otak aku tak fikir benda merepek.
Ada juga yang hadap jauh lagi teruk daripada aku tapi jadi jauh lagi baik. Bagi aku turning point yang paling besar ialah waktu aku cederakan diri aku sendiri or self h4rm. Aku sangat nak m4ti sejak umur 7 tahun lagi. Tapi parents aku hanya anggap itu joke budak kecik.
Aku start self h4rm umur 13. Tanpa ada sebab munasabah, Mungkin fasa peralihan dari sekolah rendah ke sekolah mennegah jadi punca. Putus cinta pun tidak. Putus kawan pun tidak.
Aku tak tau kenapa tapi otak aku cakap aku kena self h4rm untuk hukum diri aku yang tak berguna untuk diri aku sendiri, parents, masyarakat, bangsa, dan agama aku.
Parents aku yang nampak perubahan aku cuma berkata “Kita hidup jangan cengeng sangat. Jangan lemah semangat dan asyik fikir diri sendiri. Jangan buat benda-benda bodoh.” Lepastu diorang gelak. Badan aku yang penuh parut ni tak pernah aku tunjuk.
Even kat rumah sendiri baju lengan panjang, seluar panjang itu wajib. Jadi macam Ariana Grande semua long sleeve even masak kalau ada family aku biarlah lengan basah bau ikan ke apa jangan bagi diorang nampak kesan self h4rm aku.
Bila aku nak bercerita pada diorang aku sedih or penat diorang akan balas,
“Apa benda yang nak penat/sedih nya? Kami dulu lagi susah lagi kerja cari duit buat itu ini lagi sedih lagi penat. Jangan asyik complaint je. Awak bukan duduk Africa tak dapat makan ke, duduk Palestin yang tengah perang ke apa.”
Jadi apa-apa aku pendam sendiri. Semua sendiri. Aku tak boleh sedih. Aku tak boleh penat.
Cubaan itu tidak perlulah aku cerita tapi telah bercuba berkali-kali dan gagal.
Sudahlah gagal dalam hidup malah gagal juga untuk mati. Tapi yang aku pelik ramai kata aku bertuah, berjaya, rajin, pandai, dsb.
Aku tak tahu mereka tipu dan mempersendakan aku atau sebenarnya jujur. Aku tak nampak apa yang diorang nampak.
Apa patut aku buat? Aku dah pergi kaunseling, Aku dah pergi hospital. Aku dah makan ubat antidepressant. Aku try tukar diet. Aku try pergi kelas agama. Aku try kerja lagi kuat. Try macam-macam hobi.
Dah open up jugak dengan kawan, stranger. Journalling. Bring myself closer to nature, detox la, apa la. Berubat ruqyah apa tu je belum sebab bukan ada setan pun dalam badan aku sebab setannya is aku.
Apa lagi yang aku kena buat ya? Aku buntu…
– Red Velvet (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi sis, semoga you diberi jalan keluar daripada kehidupan gelap you ni. jangan pernah berhenti putus asa untuk terus jalan ke depan. *hugs
Kuatnya awak dek. Lupakan yg lain, minta semua keinginan dan harapan pada Allah, jika ihklas semuany esa dipermudahkan. Saya doakan adek berjaya, kaya Raya, bahagia hingga Jannah
Mungkin hari ini belum berjaya. Tahniah dah lakukan pelbagai usaha..jangan berhenti berdoa..semoga Allah beri jalanNya..
Sis still tinggal dengan parents? Try duduk luar. Jangan duduk sekali. Mungkin boleh dapatkan ketenangan kalau tak duduk sekali dengan mereka.
Semoga dipermudahkan segala urusan.