Itu Pilihanku Tapi Aku Juga Rasa Serba Salah

Hai, assalamualaikum semua. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya luahan saya ini dipublish.

Mohon maaf jika ayat saya sedikit berterabur, saya tak pandai bercerita hanya ingin meluah sahaja apa yang terbuku dihati. Ini adalah pertama kali saya menitipkan kisah hidup saya di sini untuk meminta pendapat dari kalian yang sudi membaca.

Nama saya Lily (bukan nama sebenar) ibu muda kepada seorang anak perempuan yang comel, Dahlia. Saya anak tunggal perempuan, ibu saya telah lama pergi menghadap illahi. Tinggal lah saya bersama abah.

Ditakdirkan jodoh saya telah sampai, saya berkahwin dengan suami yang juga anak yatim (kematian bapa).

Setelah berkahwin, saya tinggal dengan suami bersama mertua. Tinggal lah abah saya seorang diri dirumah kerana tugas isteri wajib patuh kepada suami.

Ya, saya akui. Manakala abah saya pula langsung tidak menghalang kerana faham bahawa tempat seorang isteri itu disisi suami.

Adakalanya saya pulang ke rumah abah untuk menjenguknya namun masa saya banyak di rumah mertua berbanding rumah abah. Hari demi hari, bulan berganti bulan dah setahun lebih saya di rumah mertua.

Teringin rasanya nak tinggal dirumah sendiri (rumah sewa pun tak mengapa). Perasaan ini muncul apabila saya mula rasa bosan dengan mertua yang ikut campur hal saya.

Cara dia seolah menuntut saya untuk harus sesuai keinginannya.

Saya tidak mahu bercerita secara detail mengenainya kerana saya sedar bahawa ada juga sisi baik tentang dirinya di mana dia juga tempat saya menumpang kasih sayang setelah kematian ibu yang hampir 10 tahun.

Cuma kadang saya rasa terbeban dengan cara dia. Boleh dikatakan apa yang saya lakukan tak kena di mata dia, serba serbi tak kena dimata mertua.

Baru baru ini, adik beradik suami balik tinggal di rumah mertua kerana berlaku krisis rumah tangga dengan isterinya. Sedar tak sedar dah lebih lima bulan dia disini.

Saya tak kisah dia tinggal disini kerana ini rumah mak dia juga, dia ada hak cuma saya rasa agak tidak selesa kerana terpaksa menjaga aurat di dalam rumah.

Setiap kali keluar bilik harus bertudung dan saya tak ada lah baik sangat tapi saya tahu hukum halal haram dan dimana aurat perlu dijaga.

Hal ini membuatkan saya rimas memandangkan musim sekarang suhunya terlalu panas, saya jadi banyak mengeluh, tidak lagi boleh bersabar seperti dulu. Masa saya banyak dihabiskan di dalam bilik, dimana tempat saya bebas melakukan apa sahaja.

Setelah ada anak ni saya jadi kerap anxiety, terasa dunia ni terlalu sempit untuk saya selama berpantang hanya terkurung di dalam bilik sahaja. Bukan saya tak pernah keluar duduk di luar namun saya lebih selesa berada dalam bilik dan tidak perlu memakai tudung.

Saya pernah suarakan kepada suami untuk tinggal berasingan sebelum kelahiran anak kami, namun tidak diambil peduli oleh suami. Hanya sekadar berjanji, hari berlalu pergi sehingga lah lahir anak sulung kami, dunia saya dan anak kecil ini hanya didalam bilik.

Bilik kami ibarat rumah kecil dan disitulah saya melewati hari berpantang bersama Dahlia. Saya berpantang dirumah mertua kerana abah saya tidak pandai menguruskan hal hal berpantang ini.

Tiap kali saya bergaduh dengan suami tidak lain dan tidak bukan mesti soal rumah sewa. Saya tidak tahu macam mana lagi nak bagitahu dia supaya dia faham keadaan saya, keselesaan saya dan anak.

Adakah permintaan saya ini selfish? Meminta untuk keluar dari rumah mertua demi keselesaan saya.

Sering kali saya berfikiran begini tetapi saya tidak lagi mampu menanggung perasaan ini. Saya perlukan privasi, saya perlukan ruang dan kebebasan.

Keadaan ini membuatkan saya rasa terbeban dan kami kerap bergaduh mengenai isu ini sehinggakan saya tidak lagi rasa seronok tinggal disini. Suami saya pula jenis yang kurang common sense (adakalanya).

Saya terpaksa jelaskan semua untuk dia faham tapi macam tu jugak. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Dia suami yang baik, dari segi nafkah tak pernah lupa, sentiasa juga bantu saya menguruskan hal rumah tangga. Baru ini saya mengeluh kepada suami mengenai mertua saya, ketika ini saya sangat tertekan kerana mertua asyik mengkritik cara saya dan terlalu berjimat.

Maka, terjadilah perang dunia buat pertama kalinya dengan suami di rumah mertua. Sebelum ini jika kami bertengkar, hanya di dalam bilik atau dalam kereta sahaja.

Tetapi hari itu, suami heret masalah keluar dari bilik (sebelum ini saya pernah berpesan pada suami jika kita berselisih faham atau bergaduh hanya dalam bilik sahaja dan jangan dibawa keluar demi menjaga aib masing masing).

Namun tidak ye pada hari itu, dia melaung melepaskan amarahnya pada saya.

Saya apa lagi, segala perasaan yang dipendam selama ini habis terkeluar di hadapan mertua dan kakak ipar saya (sil balik beraya).

Segala yang terbuku di hati, soal rumah sewa, soal aurat batasan serta kebebasan habis terkeluar dari mulut saya cuma soal tidak puas hati terhadap mertua saya masih pendam kerana tidak tergamak saya luahkan biarlah saya pendam sendiri daripada hubungan saya dengan mertua merosot.

Saat saya benar benar di bawah, saya hanya perlukan dakapan dari seorang suami. Namun tidak diendahkannya.

Sedih bila mengenangkannya. Hari itu, saya mengamuk semahunya dan menyuruh suami hantar saya pulang ke rumah abah, saya perlukan ruang dan ketenangan untuk diri saya.

Semasa perjalanan pulang ke rumah abah, suasana sepi sehinggalah keesokan harinya saya bersuara dan mengajak suami untuk mencari rumah sewa.

Pada awalnya dia refuse, taknak cari dan sekali lagi saya rebel baru dia setuju nak cari rumah sewa setelah saya mengatakan bahawa saya yang akan tanggung sewa bulanan.

Seharian kami mencari rumah sewa sesuai dengan bajet saya, akhirnya terjumpa satu rumah kampung tak jauh dari rumah mertua (lebih kurang 10 minit sahaja).

Setelah kami kunjungi rumah tersebut, minta pendapat abah saya maka kami bersetuju untuk menyewa rumah tersebut.

Abah saya tahu segala masalah saya dan menyokong tindakan saya untuk menyewa di luar. Mesti kalian tertanya kenapa tak tinggal di rumah abah?

Kerana jarak rumah abah jauh dari tempat kerja kami, oleh itu kami memilih untuk menyewa berdekatan rumah mertua. Masalah sekarang, saya pula rasa serba salah dengan keputusan ini.

Adakah tindakan saya ini betul? Ke saya ni selfish.

Saya buntu. Saya jenis kuat berfikir dan sejenis people pleaser.

Saya tak sampai hati nak bagitahu mertua. Tapi bila difikirkan balik, lebih baik tinggal sendiri dan menjaga jarak agar fikiran dan hati tenang.

Sumpah tak ada langsung niat nak putuskan silaturrahim ke apa. Saya tidak sekejam itu.

Saya tidak halang jika suami ingin pulang ke rumahnya untuk menjenguk mertua memandangkan rumah kami dekat sahaja. Dan saya bersetuju untuk bermalam dirumah mertua 2 kali seminggu bila bila masa atas kehendak suami.

Saya masih sayangkan mertua cuma saya perlukan privasi dan kebebasan. Saya mohon pada anda semua yang sudi membaca luahan hati saya ini untuk beri pandangan dan kata kata semangat untuk saya.

Terima kasih semua. Salam lebaran.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Knp nk rsa brsalah.. nafkah tempat tinggal yg selesa dan selamat ialah hak seorg isteri drp suami. Suami awk tu yg x faham.. cuba awk cari sedutan vidio brkaitan nafkah isteri patut dpt drp suami. Lpas tu share dgn laki awk baru dia fhm yg awk x salah pun.

  2. Teruskan tindakan menyewa rumah itu. Itu hak puan untuk keselesaan puan. Ibu mertua puan akan faham apabila puan dan suami memberi penerangan secara berhemah. Lagi pun, puan suami isteri masih boleh menziarahi ibu mertua puan pada bila-bila masa.

  3. Tk salah pun nk tinggal berasingan..lg baik utk keselesaan diri dn keluarga kecil awak. Aurat perlu dijaga tinggal serumah dgn abg ipar mslh nk jaga aurat lg, kita perlu privacy utk ketenangan, anak2 dan menantu saya memg dr awal sy galakkan utk berdikari, biar mereka urus sendiri hidup keluarga mereka, sebagai mentua kita jgn tlalu masuk campur hal anak menantu kecuali perlu nasihat dlm hal2 wajar.

  4. Ke hadapan seorang isteri,
    Ketahuilah bahawa nafkah zahir bagi seorang isteri ialah makanan 2x sehari, pakaian setahun 2persalinan dan tempat tinggal (privasi aurat isteri).
    Jika suami sang isteri tidak menunaikannya, maka jawablah suami di hadapan Allah di mahsyar nanti.

    Puan tak salah pun untuk tinggal berasingan dengan mertua.
    Yang salahnya, puan biaya rumah sewa tersebut, bukannya suami puan.
    Harap betulkan sebelum muncul perang dunia yang seterusnya.
    Kenapa perang² ni wujud? Kerana tanggungjawab/amanah yang dipikul suami sewaktu akad nikah tidak dipatuhi/dilaksanakan dengan betul.
    Harap sama² kita tambah ilmu agama suami dan isteri.

    Terima kasih

  5. Assalamualaikum.. Maaf lah sy beri pandangan sikit.. Harap dapat membantu yer.. Ingatlah… semua ini ujian dari Allah.. Allah uji kamu.. Allah uji suami kamu.. Allah uji mak mertua kamu.. abah kamu.. adik Ipar kamu.. SEMUA ALLAH UJI. Allah sayang kamu sebab menguji kamu.. Allah bg kamu ujian sebagai isteri.. so apa patut kamu buat., contoh hal dgn suami .. itu paling utama. Syurga kamu tuu. sy pun suami ada isteri… suami mana tak sayang isteri? Guna kan aura kamu sebagai isteri.. kamu kenal suami kamu .. suami kalah dgn isteri bukan takut tapi sayang.. gunakan sebaik mungkin.. pujuk.. manja.. usik mengusik.. jgn sergah dia.. herdik dia.. kata berat sebelah.. klu terasa tu biasa .. Allah uji kan? Ingat tuu jer.. . Suami bukan tak nak dengar.. cuma dia tak nak kusut kepala.. betul laa apa yg awak buat tuu.. cari rumah sendiri .. kan dia dah setuju.. kan Allah bagi.. buat suami gembira walaupun tak kena dgn kamu.. janji suami happy.. dia Akan ingat.. ada isteri yg sayang dia .. hal anak anugerah Allah pd kita.. buat yg terbaik utk anak.. jgn lupa dan lalai tugas kita ibubapa.. Buat semua kerana Allah dan jgn lupa berdoa dan minta padanya kerana doa seorg isteri Allah sebaik dan makbulkan. Ingat tuu.. Allah sayang kita..Allah nak kita semua masuk syurga.. Setan iblis yg kacau kita.. Doakan yg baik2 utk semua ahli keluarga kamu.. Ok.. maaf lah klu merapu.. Jauhilah perkara yg me masuk kan kita ke neraka Allah dan kejarlah perkara yg me masuk kan kita ke syurga Allah .. Mudah2an dapat membantu.. Maaf dipinta. Terima kasih.

  6. husben setuju nak pindah ONLY lepas ckp hg nak bayar sendiri? dat was an obvious reason kenapa dia xnak pindah. sebab dia rasa not worth untuk keluar belanja lebih untuk keselesaan hg dan anak. he is a selfish husben and father.

    yes u did mentioned, nafkah lain semua dia sediakan. but i can argue, ‘nafkah’ yg dia sediakan tu not for you, but for himself and his family. you dpt tumpang jer ‘nafkah’ tu sebab duduk serumah.

    i did my best to put it into perspective yg senang difahami. faham x? ke x faham?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *