Pak Long Yang Tak Puas Hati

Assalamualaikum semua. Aku rasa yang baca dekat IIUM Confession ni dah agak lali dengan isu apa yang aku nak tulis ni.. ye, tentang harta pusaka.

Meninggal sahaja arwah atuk aku benda yang disibukkan iyalah harta pusaka arwah atuk. Adik beradik ayah aku ni ada 5 orang 3 lelaki 2 perempuan.

Waktu berbincang pasal harta ni ayah aku dengan pakcik aku dan makcik setuju dia cakap bagi dekat Mak Lang aku ni lebih atau lebihkan bahagian dia.

Sebab selama arwah atuk aku sakit 7 tahun ye tak boleh gerak semua Mak Lang aku dengan anak dia dua orang yang jaga. Hampir semua dah setuju kecuali Pak Long aku.

Pak Long aku cakap biarlah adil semua dapat sama banyak tapi adik beradik lain cakap iya adil tapi biar bahagian Mak Lang ni banyak sikit sebab yang berjasa sampai akhir hayat dekat arwah ni Mak Lang aku dan anak dia.

Mak Lang aku ni ibu tunggal ye, sanggup berhenti kerja dekat office yang gaji sedap semata-mata jaga arwah atuk. Anak dia terpaksa pindah sekolah.

Pindah kampung dari kerja corporate dia kerja kerja jual nasi lemak, jual kuih dekat kampung. Bukak warung depan rumah waktu malam semua pakai duit sendiri.

Jaga arwah atuk tu pula pakai cost. Adik beradik lain ada lah kasi duit tak berapa je, macam ayah aku pun tak banyak lagipun Mak Lang aku selalu cakap tak payah kasi dia Alhamdulilah cukup.

Anak dia dua orang jaga tolong arwah atuk tukarkan pampers, usung ke bilik air apa semua.

Jadi adik beradik ni memang decide Mak Lang layak dapat lebih. Ayah aku pun kata 50% kita serahkan dekat Mak Lang manakala baki 50% kita bahagi 4 adik beradik yang lain.

Pak Long aku dia siap cakap ye, “aku tak paksa pun alang jaga arwah dia sendiri sukarela”

Bila dengar tu macam tergamam lah padahal waktu arwah sakit tu Pak Long aku yang orang pertama lepas tangan.

Bincang punya bincang Mak Lang aku pun cakap tak apa dia tak kisah dapat bahagian sama dengan semua orang. Akhirnya di bahagi kan 20% setiap sorang.

Tapi adik beradik lain macam ayah aku dengan pakcik dan makcik aku lagi sorang diorang cakap tak sedap.

Jadi ayah aku, pakcik aku dengan makcik aku ambil diorang punya 10% dan tambah dekat Mak Lang supaya dia tetap dapat 50% harta arwah sebab Mak Lang aku memang layak.

Sekali Pak Long aku yang tak puas hati. Dia cakap kenapa nak kasi Mak Lang kami pun pelik dia tak puas hati kenapa.

Padahal itu bahagian diorang sendiri yang di beri dekat Mak Lang tapi eh dia marah dia sendiri dah dapat bahagian dia dengan adil.

Sekarang ni kalau jumpa bermasam muka ye. Tak tahu lah apa yang tak di puas hatikan.

– Nisha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. harta nak,
    tanggungjawab taknak.
    semoga bertaubat PakLong tu.
    dah la anak sulung, mak ayah dah berkorban banyak dekat dia dan adik2 dia..
    sekali dia yg pertama perebut harta.

  2. kalau islam kena ikut faraid, tak de istilah bahagi sama rata. lepas tu baru boleh hibah ke mak lang.

    • bila terjadi pusaka, waris boleh pilih faraid atau muafakat..macam kes diatas keluarga tersebut pilih muafakat(keputusan untuk pembahagian secara sama rata) dengan persetujuan semua orang.

      tapi pak long pulak tak puas hati bila orang bagi lebih pada maklang, padahal bukan ambil bahagian pak long pun. Harap maklang dan anak-anak mklang buat taktau jela dengan orang macam ni.

    • Bila kita meninggal, harta akan jadi pusaka. Lepastu waris boleh pilih cara faraid atau pun muafakat(keputusan pembahagian sama rata ke dll). Macam kes kat atas ni waris pilih muafakat iaitu pembahagian sama rata.

      Lepastu paklong masih tak puas hati lagi bila waris lain bagi lebih pada maklang atas sebab dinyatakan dah tu. Lagipun waris yang bagi lebih tu bukannya ambil bahagian paklong pon. Semoga maklang dan yg lain buat tak tahu jela orang macam paklong tu. Memang wujud je orang tua macam tu ye.. Asyik tak puas hati je dengan orang.

      Adik beradik yang bagi lebih tu mesti diorang niat untuk bagi hadiah/sedekah lebih buat maklang kerana jaga arwah masa sakit hingga meninggal dunia.

    • Jika semua waris sepakat untuk muafakat, takde masalah pun. Sebab semua setuju dah untuk bahagi sama.. Kalau nak faraid pun masa awal-awal tu boleh jugak.. tapi makcik dan pkcik lain kan dah bagitau awal-awal nak bagi lebih kat maklang.. sebabnye dia banyak berjasa untuk arwah. kalau faraid jadi sikit la dapat utk maklang sebab anak perempuan 1 bahagian shj.
      Tu sebab diorang plih utk muafakat.. tapi masalah pklong pulak asyik tak puas hati je. dah dapat bahagian sendiri pun nak bising lagi.

  3. nampak macam pak long tamak dia memang berhak buat begitu.
    jadinya bahagikan saja pak long punya bahagian mengikut faraid.
    bakinya barulah dibahagikan ikut kehendak yang 4 orang tu.

  4. Mcm kisah yg berlaku dlm keluarga mentua …5 beradik .. sorang ja perempuan.. dialah yg jaga arwah mak mentua sampai habis umur.

    Bila mak tak Dak .. brg emas mak hasil muafakat bersetuju bahagi sama rata utk kak yg jaga mak …

    Dan mcm biasa .. yg sulung menentang kluaq semua hukum fatwa bukan main. Jadi ikut seperti kata si sulung sbb mls begaduh.

    3 adik beradik lelaki termasuk suami saya yg bongsu .. bahagi sama byk dgn kak … Selesai masalah

    Yg sulung ambik bhgian dia Dan mulalah episod jrg balik kpg walhal duduk dlm kedah saja.

    Dan sekarang suami saya yg bongsu meninggal dahulu Dari adik beradik yg lain.. kemudian ayah mentua Dan diikuti dgn yg sulung .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *