Untuk Part 1: https://iiumc.com/perang-psikologi-antara-menantu-dan-mentua/
LANGKAH 2: HENTIKAN DIBULI DAN JAUHKAN DIRI DARI NEGATIVITI
Hakikat perkahwinan seperti nas Ilahi:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
(Surah al-Rum: 21)
Sayyid Qutb berkata: Islam memandang rumah tangga sebagai tempat kediaman, keamanan dan kedamaian dan memandang kepada hubungan suami isteri sebagai hubungan kasih mesra dan menegakkan hubungan ini di atas pilihan yang bebas supaya ia dapat berlangsung di atas asas saling mengerti, saling bersimpati dan saling berkasih sayang. Maka Islam inilah juga yang berkata kepada para suami:
فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
Maksudnya: “Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”
(Surah al-Nisa’: 19)
Ini adalah supaya mereka mengekalkan hubungan suami isteri mereka dan tidak terus memutuskannya dengan sekali fikir sahaja atau dengan desakan keinginan yang pertama sahaja, malah ia harus memelihara kepentingan yayasan insaniyyah yang agung ini agar tidak terdedah kepada ledakan keinginan sentimen yang berubah-ubah dan kepada ketololan nafsu yang terbang di sana-sini. (Rujuk Tafsir fi Zilal al-Quran, 3/234)
Beberapa hal besar tak logik dek akal kemanusiaan dilakukan oleh mertua sehingga saya nekad untuk menjauhkan diri:
ZALIM 1:
Kisah sedih perceraian mertua ada plotwist rupanya. Mertua lelaki yang asalnya dijemput suami ke majlis perkahwinan kami diminta jangan hadir sebab mertua perempuan ugut dia takkan hadir ke majlis kahwin kami jika mertua lelaki ada. Mertua lelaki dah bersiap nak pergi mengalah demi rumahtangga saya dan suami. Masa ni saya tak tau kisah dan kewujudan mertua lelaki lagi.
Satu persatu Allah buka kebenaran sebab niat saya nak sambung hubungan suami dengan ayahnya agar tak bermusuh, nak akrab mungkin susah. Buruk-buruk pun ayah dia. Rupanya pak mertua yang dihalau dari rumah dan pak mertua dihalang oleh mak mertua dan mak C dari jumpa suami saya yang baru lahir serta taknak barang atau duit pun dari pak mertua.
Mak mertua pernah cerita kat saya dia bercerai sebab pak mertua tu pemalas. Diorang perempuan siap panjat atas siling bumbung rumah cuci alang ka apa nama perantara bumbung rumah kayu tu? Mertua perempuan kata pemalasnya pak mertua sebab tengok ja diorang cuci.
Dalam hati saya, anak lelaki dia pun belum tentu nak panjat cuci sebab benda tu abnormal. Nak tanya berapa ramai lelaki yang bukan kerja tukang akan panjat untuk cuci alang rumah sebagai rutin? Tak buat, cop pemalas.
Jadi kesimpulannya, pak mertua pun kena fitnah juga. Pak mertua kerja kerajaan elok je orang hormat. Tapi sebab pak mertua ni jenis takmau bising-bising sebab diorang kawen sepupu, pusing-pusing adik beradik jugak. Berlawan kata orang ni salah, orang tu salah. Tak dapat apapun.
Jadi, pilihan pak mertua berdiam diri tu paling tepat walaupun melukakan hati suami saya. Kata suami saya, “Nak seribu daya, taknak seribu dalih.” Maksudnya ayah dia kan lelaki, boleh fight dapatkan hak dia sebagai ayah. Akhirnya Allah tunjuk sifat sebenar mak mertua melalui konflik rumahtangga saya dan suami.
ZALIM 2:
Saya tengah bekerja dan dipaksa suami saya untuk isi dan hantar bukti tandatangan pengarah hari tu jugak sebab nak tunjuk kat mak dengan mak C dia saya dah byat permohonan pindah. Siapa yang pernah buat urusan isi borang pindah akan faham tak semudah tu nak isi minta tandatangan pengarah. Ingat pengarah tu ikut masa kita ke?
Dah isi, mak C tu siap telefon JKN negeri dan ketua unit hospital berhampiran kampung nak riki-riki jawatan kosong. Nak book untuk saya la tu.
Mujur saya ni kenal ketua unit situ dan dia mesej saya personal tanya nak pindah sini ke? Kenapa tak bagitau selamat sendiri je, ada makcik suami saya call tadi.
Malu saya taktau nak letak muka kat mana. Seumur hidup saya tak pernah guna kabel walaupun saya rapat dengan orang mana-mana pun.
ZALIM 3:
Pertama kali selepas perkahwinan kami, mak tiri dan kakak-kakak datang ziarah saya berpantang di rumah mertua. Di luar semua kelihatan tenang, masa ni saya masih bersangka baik pada mertua dan keluarga saya pun berdiam diri sebab tengok saya dengan suami bahagia. Tetapi bila sampai tahap komflik melampau saya terpaksa meluah, baru keluarga buka cerita.
Ketika mak tiri saya dan kakak saya ke dapur rumah mertua untuk minta air kosong(sebab tak dihidang air pun dari mula datang), sedangkan mertua terkenal dengan menyantuni tetamu dalam kalangan saudaranya. Waktu itu mertua mulakan luahan segala ketidakpuasan hatinya tentang saya pada besannya yang julung kaki datang nak tengok anak cucu.
Jika anda dapat besan begini, mampu ke anda berdiam diri dari bercerita pada anak malang yang dikutuk mertua sendiri? Patutla sejak dari tu bermacam alasan kakak dan mak tiri taknak singgah rumah mertua walaupun datang jalan kawasan situ.
Mertua dan suami play victim. Besan patut kerap ziarah besan. Ni lalu saja tak singgah. Saya kata mak dia pernah ke jejak rumah kakak saya(tempat mak tiri saya tinggal). Mak dia kata ni rumah mak dia, sana rumah ipar. Pulakkk mentang-mentang mak tiri saya takda rumah sendiri.
ZALIM 4:
Saya kemalangan dan masih trauma serta perlukan semangat atau pelukan, tapi mertua datang untuk ambil anak saya dari kakak dan mak tiri saya sedangkan saya dah deal dengan kakak untuk minta dia jadi ibu susuan untuk bayi saya berusia 3 bulan waktu tu.
Suami saya jadi tunggul, bagi je mak dia buat sesuka hati. Pakcik(adik mak dia) pun tunggul, taat kat kakak langsung tak tegur. Tanpa segan silu mertua minta stok susu kakak sebanyak mungkin.
Saya tau lepas keluar wad keesokannya sebab mertua paksa suami balik kampung segera sebab bayi kami menangis kelaparan, dia tak tau bancuh susu dan mesej kakak saya banyak kali.
Saya tertekan campur sakit memang rasa nak gila meroyan dah. Saya cakap biar mak dia dengan pakcik tukang subahat tu fikir cara nak susukan anak saya. Masa ambil langsung tak fikir orang.
ZALIM 5:
Mertua guna macam-macam alasan dan taktik taknak bagi saya teruskan rawatan hospital ke atas anak saya. Anak saya kena buat pembedahan hernia segera dan doktor hospital besar cuba bagi tarikh paling cepat. Bila dah lama baru suami saya teringat tarikh tu ada kenduri kawen jiran merangkap sepupu dia.
Saya cakap tanpa rela, pergilah kenduri tu, asal jangan ganggu pembedahan penting anak kami. Suami saya cakap dia tau nak uruskan macam mana.
Sekali saya dapat tau mertua marah sangat siap tuduh saya hati busuk sengaja ambil tarikh sama kenduri sebab niat taknak bagi suami pi kenduri keluarga. Suami saya dah terang silap dia tak ingat tarikh sebab dia yang ambik temujanji. Tapi mertua tetap tuduh suami saya nak backup isteri.
Sehari sebelum pembedahan suami saya yang berada di kampung call saya marah-marah kenapa batal pembedahan tak bincang dengan dia. Saya terpinga-pinga sebab saya dah diap beg nak masuk bilik pembedahan dah pun.
Sejurus lepas dimarahi, saya dapat panggilan dari hospital pulak. Kena tazkirah dengan PPK/SN kenapa sanggup tukar tarikh pembedahan penting demi kenduri? Saya cakap ada orang menyamar jadi saya, saya dah siap nak ke hospital. Boleh saya tahu apa butir penyamar tu? Dia cakap dia waris pada (nama anak saya) nak tunda pembedahan ke tarikh baru kerana nak hadiri kenduri keluarga.
Saya cakap pada staff terima kasih sangat sebab call semula dan tolong jangan batal nama anak saya. Apapun terjadi saya akan sampai ke sana dengan anak saya. Saya memang menyirap terus saya suruh suami tanya apa mak dia dah buat. Terdiam suami saya.
Akhirnya hari pembedahan sejurus anak saya dibedah, suami cepat-cepat balik kampung untuk kenduri tinggal saya dan anak. Kemudian patahbalik ke hospital. Lepastu bila ada orang ziarah tanya pasal pembedahan anak saya, mertua tanpa rasa bersalah atau segan silu cakap “Tu la mak suruh buat pembedahan dari haritu lagi” depan sedara mara.
Saya pun tak sangka saya mampu sabar tanpa membalas sepatah kata sedangkan saya memang seorang yang outspoken kalau bab membela orang tertindas atau dibuli.
KELUAR DARI RUMAH MERTUA
Saya berjaya dapat rumah berhampiran tempat kerja dan keluar tanpa bercakap sepatah dengan mertua. Semua melalui suami. Dia label saya biadap tak bagitau tuan rumah nak keluar. Sebab saya dah tak berkomunikasi dengan mertua sebab saya pantang bersuara sikit, nanti mertua mengadu saya menjawab dan biadap dengan dia. Jadi saya berdiam saja.
Barulah saya dapat merasa kebahagiaan yang seketika cuma. Sebab lepastu mertua demand suami ulang alik hari-hari balik rumah tanpa saya. Tinggal saya dengan anak. Atau kadang telefon ada majlis itu ini, selalu clash dengan plan kami dan suami kena mengalah hadir juga plan maknya.
Tahap ni mental dan jiwa kita kena kuat. Peratusan nak bercerai memang tinggi sebab kebanyakan lelaki anak mak tapi tak berilmu ni selalunya cukup pantang sentuh kekhilafan ibubapa mereka seolah-olah confirm masuk syurga atau tak buat salah.
Orang ada ilmu agama pun ramai tewas sebab pilih-pilih hukum mana yang memihak pada mereka tanpa melihat secara keseluruhan situasi. Masa ni hubungan kau dengan Allah cukup luar biasa. Macam saya, saya memang takda dah tempat nak mengadu sampai rasa nak mati ikut arwah ibuayah saya. Saya rasa gamaknya la beria-ia nak kahwin lepastu perangkap saya macamni.
ZALIM 6:
Kalini saya dan suami ada plan besar rancang sebulan awal sebab ada kenduri jauh yang naik flight. Semua dah siap tempah. Beberapa minggu sebelum perancangan kami, jiran depan rumah mertua + adik-beradik jugak nak kenduri kahwin. Berlaku perebutan.
Suami saya izinkan saya dan anak pergi tanpa dia tapi saya kata keselamatan isteri dan anak-anak tanggungjawab suami. Kami nak pergi jauh, dengan saya sorang nak kena urus 2 anak yang sedang usia lasak. Suami janji dia balik kampung nak tunjuk muka kat tuan rumah kenduri dan malam ni dia balik sebab esok pagi kena gerak awal ke airport.
Maghrib suami saya di kampung bagitau yang dia tak boleh ikut. Anak sulung ada di kampung. Saya cakap hantar anak sulung, suami suruh saya datang ambil. Dengan hati terluka, air penuh air mata saya memandu ke kampung makhluk paling zalim tu. Saya nekad singgah rumah kenduri, ini bukan lagi masa nak cover aib mertua zalim tu.
Saya dengan rendah hati minta maaf tak dapat datang kenduri esok sebab sekian-sekian (Sebenarnya saya tak dijemput pun). Saya kemungkinan akan pergi seorang sebab suami wakil hadir kenduri.
Lepastu tuan rumah cakap, takpa kami faham sebab kami pun pernah travel jauh. Saya minta ihsan tuan rumah cakap dengan mertua saya macamtu sebab kalau tak saya kena pergi 3 beranak je.
Saya berat sangat nak jejak rumah mertua tapi mengingatkan anak sulung saya di situ. Saya pun cuba kawal perasaan. Jauhkan diri dari jadi point fitnah. Suami saya takda sebab keluar ke rumah customer.
Bayangkan saya sendirian hadap mertua, mak C dan pakcik makcik yang talam dua muka, baik di depan, komplen di belakang. Akhirnya selepas dipaksa menunggu mak C habis solat baru saya boleh beredar.
Sementara menunggu tu saya terpaksa mendekati mertua sebab anak-anak nak makan dan mertua cuba nak pujuk cucu tu tak ikut saya. Sembang pijak semut tak mati, saya terpaksa menyantuni srbab orang cakap baik walaupun tau tu sekadar sandiwara. Sebab saya dah letih husnuzon dan terkena berkali-kali. Siap mak C hantar berpayung ke kereta.
Sebelum saya naik kereta, saya beranikan diri cakapkat mak C queen control “Untuk kali terakhir, saya minta mak C izinkam suami saya ikut saya dan anak-anak ke negeri sekian-sekian”. Terus saya beredar dengan jiwa hancur, pedih.
Hari saya nak ke lapangan terbang, macam drama “Kabhi Kushi Kabhi Gham” suami saya cakap tunggu dia “on the way” balik rumah kami untuk ikut sama ke “airport” . Dramatik sangat saat akhir tau. Huhuhu
Tapi suami cakap nak kepastian je, semalam saya ada baca mantera apa ke kat belakang mak dia. Sebab mak dia kata saya ada buat sesuatu mulut terkumat kamit. “Spoiler” betul. Kan dah cakap, talam dua muka.
ZALIM 7:
Setiap kali raya pertama wajib dengan mertua. Tapi setelah konflik yang tak tertahan sampai tahap mertua tuduh saya guna ilmu psikologi yang dianggap sihir untuk ubah anak dia, raya ketiga dengan izin suami saya beraya di rumah kakak dan mak tiri bersama anak-anak.
Biarlah dia berbakti pada mak dia yang kesunyian tu. Tapi raya berikutnya saya minta suami sertai konvoi beraya keluarga kami.
Tak cukup sihir psikologi, mertua menambah lagi saya buat sihir ritual entah apa masa saya duduk kay rumah dan ziarah sesekali, saya pun nak tergelak. Sebab terlalu gigih nak fitnah.
Saya bagitahu suami, kalau ada walau sedikit keraguan dalam hati dia merasakan saya sihir dia, saya minta mertua dan suami kumpulkan seramai mana perawat Islam termasuk ilmuwan alim pelusuk negara yang mereka saja percaya yg bukan bomoh/palsu dan scan saya. Saya sedia beri kerjasama.
Malah mertua begitu yakin apa yang dia nampak dan rasa(instinct) sebab dia orang yang banyak amal ibadat, mustahil orang macam dia salah. Dia dapat rasa saya memang ada niat tak baik pada mereka.
Ikut nafsu tanpa ilmu, pastinya nasihat umum. Cerai je, kau ada segalanya. Nanti jumpa jodoh lebih baik. Tapi sebab saya dapat rasa dan nampak suami saya sebenarnya nak pertahankan rumahtangga kami tapi dia diasak bertubi-tubi oleh ibu dan mak C dia yang sangat dominan.
Ibu dia jenis perwatakan ibu syurga bercakap lembut tapi pedas dan perli. Kalau anda pernah berurusan dengan orang sebegini, mesti boleh bayang dan ayat biasa orang terdekat “Takkanlah orang sebaik macam tu. Menantu dia yg bermasalah ni”.
Dalam Islam, kita tak boleh bercerai semata kerana campur tangan atau desakan orang tua. Lagipun suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab walaupun tak kaya. Dia akan jadi sinis dan zalim bila tertekan dan didesak permintaan oleh ibu dan mak C nya. Zalim sampai ilmu agama dia seolah tak berfungsi dah.
FAIL ADUAN KE PEJABAT AGAMA (NIAT UNTUK BERBAIK)
Saya mengadu di pejabat agama, failkan aduan untuk dapatkan kaunseling pasangan.
Sesi pertama: Pengadu akan jumpa pegawai agama.
Sesi kedua: Pasangan pengadu
Sesi ketiga: Kedua-dua pasangan perlu hadir
Tiada sesi untuk panggil mertua atau ipar kelada pasangan.
Macam kes saya, sebelum saya fail aduan nak perbaiki rumahtangga kami, saya dah minta izin suami dan pujuk suami untuk sertai dan dia setuju. Elok saya dah pergi sesi 1, suami taknak pergi pulak sebab dia kata saya yang bermasalah dengan mak dia, kenapa dia pulak kena kaunseling. Ego seorang lelaki.
Kes tergantung…
MINTA NASIHAT SERTA BANTUAN PEGUAM SYARIAH TERKENAL UNTUK TEMUKAN SAYA & MERTUA
Saya serahkan segala butiran yang diperlukan kronologi rumahtangga saya dan kesimpulan dari peguam syarie tersebut:
1) Suami sebagai ketua keluarga kena tahu batas dan tanggungjawab sebagai suami dan anak
2) Suami kena bijak urus konflik mertua-menantu
3) Personaliti mertua saya ni kalau jumpa pun memang takkan selesai masalah
4) Suami saya kena buat pilihan nak pertahan rumahtangga (tapi kena hadap provokasi mak dgn mak C dia hari-hari) atau nak berpisah (dengan anggapan masalah selesai tapi takkan selesai sebab akan berlaku perebutan cucu)
Kes tergantung lagi…
Mertua makin teruk tahap benci dia pada saya sampai tak boleh suami saya tersasul sebut nama saya terus ulangsuar ketidakpuasan hati dia dari cerita awal taaruf dia tak berkenan tapi suami saya pi kahwin juga sampai terkini.
Padahal saya diam je tak balas tak buat apa walaupun saya kesian semua beban luahan akan jatuh kat suami tp tu mak dia, tak kena sangat kalau orang yg dibenci ni masuk campur.
Cuma suami saya jalankan tanggungjawab sebagai suami balik rumah, layan anak isteri tapi tak pernah tak balik kampung sebab pejabat dia dekat rumah mak dia. Hati minggu ja sesekali tak balik 2 3 hari.
Mertua tak tenang selagi saya lah menantu dia. Sebab dia nak suami saya 24jam dengan dia padahal sebelum suami saya kahwin, boleh ja dia lepaskan suami kerja jauh. Ada menantu nak jadi hak mertua sorang ja. Maka bermulalah usaha mertua memprovokasi suami saya untuk menceraikan saya.
USAHA BANTUAN KAUNSELOR BERDAFTAR SWASTA
Suami saya beri kata dua, kalau usaha kali ni tak berjaya menyatukan saya dan mertua. Dia sendiri akan failkan perceraian secara damai di mahkamah syariah.
Dan saya tanya jika memang dari dasar hati dia sudah tidak menginginkan saya sebagai isteri, saya redha dengan perpisahan. Sebab saya dah ikhtiar semaksimum mungkin menyelamatkan hubungan tetapi hidayah milik Allah. Bukan hak kuta nak ubah perspektif atau hati mertua kita begitu juga suami.
Sesi 1: Kaunseling saya (menantu)
Sesi 2: Kaunseling suami dan mertua
Sesi 3: Kaunseling menantu dan mertua
Seperti dijangka tanpa kejutan, saat akhir walaupun kaunselor dah cuba memujuk untuk mertua yang asalnya setuju nak dipertemukan dan berbaik dengan saya untuk sesi 3.
Tiba-tiba mertua ubah fikiran dan ingin berhenti di situ saja. Sebab mertua tuduh kaunselor tu lebih kurang cabang bidang macam saya jadi mesti saya dah kawtim dan kau selor bias pada saya. Dah difitnah kaunselor pulak. Saya pun tak kenal kaunselor tu. Saya dah surih suami cari, tapi dia arahkan saya cari. Benda boleh google kan.
Suami failkan perceraian damai secara online dihadapan saya. Dengar macam zalim tapi bila kita menghadapi tekanan berat, orang waras pun boleh buat kerja gila.
LANGKAH 3: PERJANJIAN DAMAI
Saya memohon jangan diulangi kesilapan perceraian ibu dan ayah suami. Saya taknak anak-anak saya melalui Trauma Zaman Kanak-kanak akibat ego ibubapa. Jadi permintaan saya sementara tunggu tarikh lafaz cerai, kami teruskan seperti keluarga bahagia macam selalu, ketepikan provokasi mertua dan mak C dia.
Dalam bulan Syawal, kami bercuti ke sebuah hotel mewah sebagai kenangan gambar raya keluarga yang terakhir. Itu hadiah perpisahan saya pada suami kerana setuju pisah dalam keadaan damai. Tapi macam biasa, mak dia dengar ja suami bercuti kat hotel dengan saya, terus disuruh suami saya balik kampung tiba-tiba ada hal remeh suami kena selesaikan.
Saya cakap dekat suami, tergamak moment terakhir kami pun dia masih takutkan mak dia. Sabarlah berapa hari je lagi nak pisah. Suami pun tak jadi balik. Bahagia sangat saat tu, tak tergambar rasanya.
Hari-hari suami peluk. Saya dapat rasa dia masih sayangkan saya. Tapi ketakutan dan keserabutan melebihi segalanya. Sampailah tempoh nak tandatangan perjanjian damai. Ada beberapa klausa yang suami tak setuju.
Maka keluarlah ugutan nak sabit saya nusyuz pulak. Kalau anda masih ingat ada satu “post” tular di kumpulan FB Peguam Syarie pasal bolehkah suami nak sabit nusyuz atas sebab beberapa senarai termasuk teh ais.
Sebenarnya tu “post” saya dan suami saya memang betul-betul suruh saya “post” dengan harapan ada peguam yang balas. Tapi netizen termasuk sepupu sepapat dia yang komen tak setuju perbuatan dia tanpa mereka tahu siapa tukang post dan suami tukang post.
Akhirnya hari untuk saya dilepaskan pun tiba. Saya sudah nekad dan sehabis doa berserah pada Allah berikan kekuatan untuk saya teruskan kehidupan sebagai ibu tunggal dengan kemungkinan konflik perebutan cucu pulak selepas ni.
“Tak kuat ku menahanmu
Mempertahankan cintaku
Namun kau begitu saja
Tak pernah merindu
Sungguh aku tak bisa
Sampai kapanpun tak bisa
Membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa
Sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci
Yang ku rasa” – lagu Cinta dan Benci
Bersambung untuk LANGKAH 3: USAHA, TAWAKAL & DOA
– Healer (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Subhanallah..sedihnya rasa..semoga dipermudahkan urusan TT..semoga bahagia selalu bersama anak² tercinta..
Terpaksa bercerai walau masih saling mencintai. Dulu2 saya tak faham kenapa ada kes sebegini.
Saya doakan semoga puan healer beroleh ketenangan selepas penceraian. Semoga kes tuntutan hak penjagaan anak2 berpihak.kpd puan.
Mungkin boleh bersatu kembali dgn izin Allah satu waktu nanti…