Dulu-dulu sekitar 10 hingga 12 tahun lepas, fenomena bercinta selepas nikah adalah satu fenomena luar biasa.
Bermula dengan video perempuan muda kena propose yang tular kat fb, semua orang kagum sangat, rasa sweet sangat, dan semua orang impikan benda yang sama.
Sehinggakan hari ini, ramai yang rasa tertipu.. Ah tidak indah rupanya bercinta selepas nikah ini.. In fact, it is far from perfect.
Ianya jauh dari “indah”, tapi amat merbahaya. Tapi bila cakap ni, golongan agamawan mesti akan kecam kan sebab couple tu kan haram.
But let me tell you this – Seumur hidup tu terlalu lama.. Takkan kita nak spent 50-60 tahun dengan orang yang kita tak bebetul kenal sebelum sign the lifetime commitment.
Berkenalanlah dengan bakal isteri/suamimu untuk pilih ayah atau mak yang baik2 untuk anak2 kita nanti.
Tapi macam mana pula kalau masa couple dia pandai cover? Kan orang kata bila dah kahwin baru betul2 perangai sebenar keluar?
Memanglah lepas kahwin baru bebetul kenal, tapi at least on the surface level – kita dah suka kat dia.
Contohnya pemikiran yang matang, komunikasi yang baik dan ngam, yang sama wavelength, yang kita rasa seronok sembang, rasa seronok nak share macam2.
Benda ni mana boleh kenal hanya melalui taaruf, kena sit down and talk betul2..
At least kalau masa berkenalan dah tau dia boring ke, gagap ke, nerd ke, tak suka sembang ke.. masa dah kahwin, kita dah buat informed decision.
Sebab perkahwinan ni bukan hanya rupa harta semata.
Yang paling penting adalah pasangan yang kita rasa seronok nak sembang, yang kita boleh luahkan macam2, yang boleh motivate kita untuk jadi better bila kita jatuh..
Lepastu, bila bercinta selepas nikah, sebenarnya banyak mangsa suami narsistik.
Ramai kawan2 saya yang tak kenali bebetul, rupanya bila dah kawen, lelaki tu kaki pukul, kaki perempuan.
Allahu. Ramai ya, bukan sorang dua. Dan semua ni dorang take risk bercinta selepas nikah.
Ingat ya, manusia narsistik ni susah nak sorok lama2 identiti dia tu, kita boleh elak dari berkenalan or berkahwin dengan dia kalau kita kenal dia dulu sebelum nikah.
Once dah nikah, susah dah sebab the only way out from narsistik person ni adalah divorce sebab manusia macam ni dia takkan berubah.
Buat adik2, saya rasa sekarang trend love after marriage ni pun dah sedikit subside dah. Tak woke macam dulu.
Nasihat saya, berkenalanlah. Luangkan masa nak sembang dengan each other. At least dapatkan chemistry, jangan hidup dengan fantasi.
Jangan bayangkan dia tu macam mana, kenallah dulu orangnya. Expectation akan tinggi melangit kalau tak kenal.
Seumur hidup tu lama. Fikir anak2, fikir generational trauma.
– Air Mineral (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bagi saya, cinta selepas kahwin tu betul kalau kita insan bertuah yang jumpa pasangan sempurna untuk kita. Tapi kebarangkalian dia sangat tipis, mungkin satu dalam seribu je. Tapi ramai yang rasa mereka adalah satu dalam seribu ni. Jadi mereka pun kahwin tanpa siasat terlebih dahulu pasangan mereka.
Pokoknya, cinta selepas nikah tak salah. Yang salah adalah niat nak cinta selepas nikah, tapi tak siasat betul betul pasangan macam mana.
Saya nikah lepas kahwin alhamdulillah bahagia cuma step tu kena pandai buat
Waktu berkenalan dengan suami saya minta izin dengan suami untuk call mak dia, ini kerana perkara pertama saya nak dengar sendiri mak dia restu dan nak kenal mak dia macam ana
Sebab penting untuk elakkan hubungan xbaik dengan mentua..kalau waktu kenal tu saya rasa mak dia cerewet, suami saya ni baran bila mak dia citer atau apa² ya g saya curiga saya maybe xproceed.. tapi alhamdulillah mak dia jujur hehe
Lepas tu saya friends dengan suami dalam fb, saya dm kawan² dan adik beradik dia untuk risik dia okay tak.. risik tanya untuk mereka jujur aje
Waktu tu saya risik fb suami ada kawan perempuan, ada komen fb lain atau ada tanda² xjujur ke..alhamdulillah fb dia bersih dan tiada unsur penipuan
Lepas tu saya tengok kesungguhan suami dalam dia mengambil hati keluarga saya..kalau kampung saya di Johor dia di Perlis sekalipun dia sanggup dan okay alhamdulillah
Waktu nak bertunang kami first time jumpa bawa adik juga untuk cari cincin tunang saya perhatikan cara dia drive kereta, makan dan bertutur kata.. semua tu saya tengok
Saya tak bercinta tapi saya risik dan kenal dia dalam diam
Sebelum saya serius dengan suami saya akan taaruf dengan orang² yang nak kenal saya seminggu aje dalam seminggu ni saya tak berkenan saya xakan jumpa dan putus terus hubungan
Suami melepasi semua fasa tu dan kami bertunang dan jumpa pula time akad nikah
Bercinta lepas kahwin indah sebenarnya asalkan kita pandai memilih dengan cara. Bila kita jaga iktilat suami pun menghargainya sebab kita tak pernah bercinta lebih dari sepatutnya dengan lelaki lain sebelum berkahwin
Sebab semua first time yang indah² bersama suami dan dia akan menghargainya nanti
Lebih baik sebenarnya kenal dulu sebelum nikah. Kenal bkn suruh bercinta, tp kwn2 biasa pom ok. Atleast kita boleh tau la secara kasar dia org mcm mana.