Assalamualaikum, hai nama aku E (bukan nama sebenar). Mungkin korang selalu dengar kisah pasal buli di tabloid, berita atau mana-mana medium sebelum ni. Ada yang sampai meninggal kerana dibuli.
Aku nak cerita pasal kisah aku kena buli dulu.
Masa sekolah aku sering jadi mangsa buli. Ditarik tudung, diberi gelaran yang tidak senonoh dan racist, sebab aku dari keluarga campur.
Ayah aku melayu, mak aku cina. Aku dibuli bukan di sekolah rendah saja, malah di sekolah menengah jugak.
Bila aku dibuli, aku tak melawan. Aku tak melawan bukan sebab aku takut atau sebab aku perempuan, tapi sebab aku fikir kalau aku bergaduh di sekolah, aku akan ada rekod sebagai pelajar bermasalah dan cikgu akan panggil mak ayah aku ke sekolah.
Lagipun yang buli aku tu anak cikgu, budak kelas depan. Jadi kalau aku mengadu sekali pun, macam tak beri kesan dekat budak tu pun. At last, cikgu diamkan je dan tak ambil tindakan.
Tapi orang yang sabar pun ada hadnya, dan bila dah tak boleh bersabar memang kau sakit.
Ada satu kejadian buli yang mana aku tak boleh lupa sampai sekarang. Aku dah tak boleh nak tahan marah aku bila dia buli adik aku jugak depan aku. Aku tak tahu macam mana aku dapat kekuatan untuk melawan dan aku belasah cukup-cukup budak tu.
Aku buat serangan fizikal dekat budak tu dengan menumbuk dan menarik rambutnya. Kepalanya aku hentak ke pintu almari dalam kelas.
Dia ada melawan jugak tapi tak seagresif aku, mungkin dia terkejut dan tak sangka aku akan lawan dia balik. Lepas kejadian dia kena belasah tu, tak ada dah dia buli aku atau adik aku.
Beralih masuk universiti, aku tak dibuli tapi I was sexually harassed. Masa aku study tu aku ada jugaklah buat kerja part time, kalau ada event dekat hotel besar dekat KL aku akan pergi. Biasanya aku jadi tukang serve tea.
Alhamdulillah aku tak pernah diberi tugas untuk serve liquor.
Aku buat kerja part time untuk dapatkan duit poket lebih bagi menampung belanja aku. Aku segan nak minta dengan ayah dan abang aku.
Mereka dah banyak berhabis untuk kami adik beradik. Abang aku sampai berhenti belajar dan kerja untuk bantu kewangan keluarga kami.
Nak dijadikan cerita, di satu event tu, mereka minum-minum dan mabuk-mabuk. Bayangkan apa mereka yang buat kalau dah mabuk. Tapi tak adalah sampai kena heret ke katil.
Bila akal fikiran tak berapa waras dan tak sedar dengan apa yang mereka buat. Disebabkan kejadian tu, aku trauma dan berhenti dari buat kerja tu.
Start dari situ, aku mula ubah diri dan personaliti aku. Aku mula berpakaian seperti lelaki, rambut dipotong pendek, sampaikan kawan baik aku cakap boyfriend dia ingat kawan aku tu stay dengan lelaki. Sangat susah untuk keluar dari kisah silam tu.
Bila dah habis belajar aku kerja. Hidup aku dalam circle yang sama je. Kerja, makan, tidur. Mak aku siap minta tolong makcik-makcik & abang aku carikan jodoh untuk aku.
Aku rasa aku tak layak dengan mereka sebab yelah lelaki-lelaki yang dikenalkan tu kira dari status keluarga yang berada, aku ni pulak bukan dari golongan senang tambah lagi aku jadi susah nak percaya dengan lelaki disebabkan kejadian lampau.
Kadang-kadang tu aku rasa macam tak adil buat aku. Kenapa aku kena hadap semua ni. Apa salah aku? Apa dosa yang aku dah buat di masa lalu sampaikan macam ni sekali aku diuji.
Aku trauma, tak percaya dengan lelaki. I was even sexually assault when I was in primary school. Aku rasa macam hina sangat dengan diri. Tapi bila fikir balik sampai bila aku nak hidup macam ni? Sampai bila aku nak biarkan diri aku tenggelam dalam trauma.
Aku tengok adik-adik aku, abang aku kahwin ada anak-anak. Aku cuba untuk move on dan lupakan semua tu, tapi sampai sekarang aku tak boleh nak buat.
Impak dari semua tu, aku anxiety, kadang-kadang tu terjaga dari tidur sebab menangis tanpa sedar dalam tidur. Semua tu sakit.
Aku malu nak cerita dekat orang, aku malu kalau mak ayah aku tau. Aku tak nak mereka sedih dengan nasib aku. Yang aku dapat minta doa untuk aku kuat je.
Bagi mak ayah dekat luar, korang pantaulah anak-anak korang. Tanya dengan mereka kalau-kalau semuanya ok dekat sekolah ke atau dengan kawan-kawan mereka.
Kalau ada perubahan pada mereka, alert dan selami mereka. Jangan biarkan mereka hidup dalam environment toxic, itu akan buat mental rosak.
Doakan jugak buat aku untuk terus kuat. Jangan lupa pada Tuhan, sentiasa buat baik.
– Emerald (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit