Best kan tiru? Tiru masa test/exam.
Assalamualaikum dan terima kasih admin siarkan confession aku. Aku tak tipu, heaven memang heaven habis tiru masa test. Rasa lapang di dada. Aku mengaku aku pernah tiru masa test tapi final exam tak pernah la. Tak sanggup aku kena tangkap nanti dengan pengawas.
Biasalah. Orang kata, student. Selagi ada peluang, kita meniru. Aku ada sorang kawan. Memang aku respect pandai baq hang. Kira aku geramlah dengan dia ni setiap kali test akan dapat the highest mark. Bila lecturer puji melambung dalam hati tu ada sikit lah hasad dengki syaiton durjana tu. Alah biasalah. Saingan secara sihat. Aku memang perati dia dalam kelas camne. Dia tu jenis record suara ke record muka lecturer ke atau dia minum smart koko A+ pepagi ke . Rupanya sama je macam aku. Jasad di kelas, ingatan dan hati di kafe fakulti.
Then, bermulalah sesi test. “Pabila test mengawan” Contoh je. Aku bagi contoh. Memang semua pulun la study sebab nak jaga carry mark. Pada hari test, aku terpaksa duduk belakang sebab aku datang lambat. So aku nampak semua dari belakang. Ada yang garu kepala, garu tiak, termenung. Paap. Mata aku terus pandang budak markah tinggi. He’s the one. Masa tu tergamam. Aku memang tak boleh nak tulis satu apa. Sebab mata aku focus je dekat budak tu. Aku tak sangka dia meniru. Tapi ala-ala moden. Tengok slide dekat fon. Habis selama ni apa??
Then, aku rasa baik meniru. Senang nak jaga carry mark macam budak tu. Tapi kena pandai berlakon sikitlah. Muka jangan nampak sangat buat salah. Always tunjuk muka innocent bukan arrogant. Aku pun tiru cara dia. Best! Serius! Rasa macam aku paling pandai dekat universiti tu. Kahkah. Syaitooon. Carry mark takyah sembang panjang. Tiptop. Always on the top, no more bottom jatuh tersungkur.
Rasa seronok takyah cite beb. Aku gumbira je sepanjang belajar. Tapi tah kenapa sejak aku kerap meniru ni, makin kerap orang terdekat cakap pasal keberkatan. “Kalau kita meniru ni, nanti pointer kita yang bagus kita duk carry nak cari kerja ni dah kira tak halal dan tak berkat. Dapat pulak duit gaji. Beli makanan, masuk dalam darah daging jadi haram”….. Aku buat taktahu je dengan ayat tu. Mungkin bisikan halus je. Tapi serius aku tiru, takde sorang pun tahu.
Ku sangka panas di tengah hari, rupanya kilat sambar menyambar (cliche). Walaupun carry mark tinggi dan padu tapi jangan risau, pointer aku jatuh merudum lebih teruk dari sem-sem lepas yang aku tak pernah meniru masa test. Menyesal takpayah cerita. Rasa macam nak patah balik sem tu, aku memang taknak meniru.
Then bila naik sem baru, aku memang bertekad takkan meniru walau satu huruf atau satu nombor. Sebab aku memang taknak dah jadi macam dulu. Kata-kata lecturer pun terngiang je dekat telinga ni. Then, bila aku nampak member aku yang dulu duk cerita berkat tak berkat ni meniru tak ingat dunia, aku tak mampu nak cakap apa. Student life memang takkan terlepas dari meniru. So budak markah tinggi tu sampai sekarang meniru.
Then bila dapat result, semua yang meniru duk meluahkan rasa syukur sebab pointer bagus. Serius aku sikit pun tak bangga untuk kegembiraan itu. Kawan hampa pun lagu tu ka? Beb, sebab aku tak boleh nak cakap depan2 so aku harap kalau kau tetiba rajin layan iium confession, kau baca benda ni. Aku nak jaga persahabatan kita at the same time aku taknak one day kau akan jatuh tersungkur sebab kau meniru. Allah dah balas dah dekat aku. Masa tu memang aku down teruk. Kau pun pointer dulu boleh tahan jatuh tapi kenapa kau tak sedar meniru tu pun puncanya selain kau memang malas study? Kahkah. Beb, serius. Jangan jadi macam aku. Sekarang memang kau tak nampak, tapi nanti Allah balas masa kau kerja ke masa kau dah kawin ke. Tolong beb(and all students) amik iktibar pasal kisah ni. Mungkin nampak remeh Allah balas bagi pointer jatuh. Tapi kau tau tak pointer aku dari 3.31 jatuh jadi 2.76. Padahal aku meniru tu. Please students, wake uo. Memang cliche nasihat aku,ala-ala opah tapi sampai bila kan nak meniru?
– Yah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit