Kesal Seorang Anak

Assalamualaikum semua. Sekarang musim haji dan setiap kali musim haji aku menangis kerana tak dapat tunaikan mengenang arwah ayah aku.

Arwah ayah bukan lah seorang yang berharta dan duit banyak dihabiskan untuk membesarkan kami 5 beradik. Bread winner dalam keluarga dan mempunyai tanggungan yang ramai.

Alhamdulillah arwah ayah berjaya hantar kami ke sekolah , ke kolej dan ke Universiti.

Kami berjaya dalam kehidupan, berkahwin dan mempunyai anak. Semasa kami sibuk dengan kerjaya dan keluarga sendiri, kami adik beradik terlupa/ tidak mengambil tahu tentang kehendak ayah.

Arwah ayah setelah pencen, aktiviti nya banyak habiskan di surau dan aktiviti JKK. Jadi kami fikir ayah gembira dengan kehidupan nya. Tapi kami terlupa keinginan nya untuk pergi ke tanah suci.

Pernah sekali dua ayah menyuarakan keinginan nya, tetapi kami tidak ambik serius perkara tu.

Setiap tahun tanpa gagal, arwah ayah ada mengikuti kursus haji.Walaupun tidak secara langsung, arwah ayah merupakan AJK masjid yang terlibat dalam aktiviti kursus haji.

Arwah ayah lah yang paling seronok jika ada jemaah dari kariah yang dapat panggilan setiap tahun. Arwah ayah lah yang sering membantu persiapan jemaah sebelum pergi ke KLIA.

Kami tahu arwah ayah telah mendaftar giliran haji, tetapi senarai menunggu. Dan ada 1 masa, arwah ayah seolah2 pasrah kerana nama tidak tersenarai setiap tahun.

Pernah arwah ayah menyuarakan keinginan, kalau tak dapat pergi haji, ayah nak pergi umrah dulu..

Kami nasihat, duit ayah dah cukup dalam akaun Tabung Haji, tunggu jelah giliran. Kalau pergi Umrah, tahun depan dapat panggilan haji, nanti kena lah menabung balik (kesilapan kami kat situ).

Arwah ayah ada penyakit 3 serangkai dan selalu follow up di klinik kesihatan. Jadi kami tidak bimbang kerana arwah ayah tidak pernah miss appointment hospital.

Kehidupan kami seperti biasa dan selalu bertanya khabar melalui telefon kerana kami tinggal di luar negeri.

Tahun 2017, nama arwah ayah terpilih untuk mengerjakan haji. Dia paling seronok dan pergi kursus haji sebagai peserta (sebelum ni sebagai AJK masjid).

Setelah complete modul haji, semua jemaah haji perlu menjalani rutin medical check up. Malangnya arwah ayah gagal dalam medical check up tersebut kerana buah pinggang nya rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis.

Sangat kecewa dan kami sangat sedih kerana impian arwah untuk ke tanah suci tidak tercapai.

Pada waktu itu, kami telah buat rayuan kepada pihak TH dan memang tidak dibenarkan pergi Haji kerana sedang menjalani dialisis.

Hari yang paling sedih dalam hidup arwah ayah, kawan-kawan jemaah yang akan pergi Haji melawat arwah ayah di rumah.

Semasa jemaah haji melakukan ibadah haji, arwah ayah akan menangis apabila menonton berita di TV,

Apabila kawan-kawan ayah update di group whatapps Masjid, arwah ayah yang paling sayu. Kami yang paling sedih melihat keadaan arwah ayah waktu itu.

Kesihatan arwah ayah makin merosot dan meninggal dunia pada tahun 2018.

Kami paling menyesal, kerana tidak menunaikan impian ayah untuk ke Tanah Suci, sekurang-kurang dengan menghantar untuk pergi Umrah semasa arwah ayah masih sihat.

Pada waktu itu, kami tidak terfikir untuk kumpul duit dan menghantar arwah ayah pergi umrah.

Kami sibuk dengan keluarga, membesarkan anak2 & gaji tidak seberapa waktu itu. Tapi kami lupa untuk memahami keinginan arwah ayah.

Setiap kali berita jemaah haji disiarkan di TV dan di FB, kami pun menangis.

Pernah 1 tahun, kami nampak seperti kelibat arwah ayah di kalangan jemaah haji.

Maafkan kami, ayah..

Al-Fatihah untuk arwah ayah..

– Mariamah Tijo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. peringatan juga ni untuk anak macam saya supaya jangan ambil remeh keinginan orang tua. sedih cerita, terima kasih confessor :'(

  2. Buatkan la badal umrah / haji utk arwah ayah tt. Guna kan duit THj arwah kerana beliau berhutang ibadah kpd Allah. Hutang perlu dilaksanakan sebelum difaraidkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *