Kerja Atau Solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih admin siarkan cerita ini. Tujuan aku menulis kat sini sebab nak kongsi pengalaman aku semalam (17/8/2016). Selama ni aku cuma baca pengalaman org lain ja. Tapi sungguh aku tak sangka aku pun akan alami pengalaman mcm ni.

Ceritanya begini. Aku baru habis degree bulan 6 yg lepas. So, untuk student baru habis belajar mcm aku ni tentulah gigih apply kerja merata alam, kan? Yela kalau hang tak gigih cari kerja mcm mana hang nak bayaq hutang PTPTN hang yang dah lebih RM 20K tu? Jobstreet, jobmalaysia, jenjobs, monster, mudah.my dan banyak lagi tempat yg membolehkan aku hantar resume, aku hantar. Tp satu pun tak panggil interview.

Temuduga terbuka pun kemain banyak dah aku p. tapi tula, rezeki nak kerja tak sampai lg. tiba-tiba, ptg 4/8/2016 aku dapat call utk p interview kat satu syarikat pada 5/8/2016. Jd dgn excitednya aku p interview tu. Ya la, sapa tak excited. Punya byk resume hang hantar akhirnya ada jugak yg panggil interview.

Interviewer semua okay. Tp silap aku tak tanya pasal perkara ni dgn lebih jelas. Aku tak terfikir nak tanya sebab sebelum ni aku kerja dgn majikan yg kebanyakannya melayu dan sama pegangan agama dgn aku. Ptg 5/8/2016 aku dpt call kata aku dpt kerja tu dan aku tunda nak masuk kerja pd 15/8/2016 walaupun sepatutnya aku masuk kerja 8/8/2016. Sebabnya aku rasa berat hati sgt nak masuk kerja situ.

First day aku masuk kerja, aku hanya nampak pekerja Myanmar dan Chinese. Aku tak nampak langsung org Melayu melainkan aku dan sorang lg staf baru yg jugak Melayu. Aku ingatkan depa ada staf Melayu kat cawangan lain.

Semalam adalah hari ketiga aku kerja kat situ. Ptg tu director tempat aku kerja nak jumpa aku lepas aku solat asar. Aku pun berdebar la takut aku ada buat salah besar selama 3 hari kerja kat situ. Bila dah jumpa, D tanya aku pasal solat. Berapa kali aku solat dlm masa kerja. Waktu kerja syarikat ni 9pg – 6ptg. Maksudnya sepanjang 9pg – 6 ptg tu berapa kali aku solat dan berapa masa yg aku ambil utk solat? Aku jawab la 2 kali, 20 minit utk setiap satu solat. Lepastu D kata kalau gabung kedua-dua solat sekali tak boleh ka? Dan solat masa rehat saja. Semestinya aku jawab tak boleh. Oh masa rehat utk jawatan yg aku dpt tu 12pm – 1pm dan 1pm – 2pm. Dan aku dpt rehat pukul 1pm – 2pm. So aku solat zohor masa rehat dan solat asar dlm pukul 5pm

Aku kata solat ni mmg tak boleh gabung. Aku solat zohor masa rehat cuma dlm pukul 5ptg aku curi masa 20 minit utk asar. D kata syarikat tu hanya benarkan staf solat sekali saja masa kerja sbb tu termasuk dlm syarat syarikat tu. DAN AKU BARU TAHU SYARAT TU MASA AKU JUMPA D. Sebelum D takdak explain apa-apa pasal syarikat tu masa D panggil aku utk sign offer letter. Memang aku terkejut bila dgr D kata mcm tu. Masa tu jugak D call consultant syarikat tanya pasal solat dan consultant tersebut kata ada syarikat yg benarkan staff solat lebih dari sekali, ada yg tak benarkan.

D kata dia faham yg dia tak boleh halang aku dari tak solat. Dan dia kata aku tentu faham kalau aku tak benarkan bangsa lain sembahyang. Aku cakap aku faham. D bagi aku pilihan dan masa utk fikir samaada utk stay kerja sampai cukup seminggu atau resign serta merta. Semestinya aku pilih resign serta merta.

Few minutes sebelum aku bg jawapan utk pilihan D, D ada cerita pasal staf Melayu yg pernah kerja dengan depa. Katanya staf Melayu kat situ dia tak pernah nampak solat dan pernah ada sorang staf lelaki Melayu hanya mintak excuse untuk hari jumaat jam 12.30pm hingga 2.30pm utk solat jumaat. Hanya itu. Mungkin ada yg akan kata mungkin staf Melayu tu solat tp dia tak nampak. Aku rasa dia nampak kemana saja staf tu bergerak dlm syarikat sbb terlampau byk cctv yg ada dlm syarikat tu. Sedangkan dlm bilik kecik yg muat utk 7 org staf pun ada 2 cctv dan berhadapan dgn bilik bos apatah lg dlm ruangan lain di syarikat tu kan. Mesti banyak cctv lain yg ada.

Jd lepas aku buat keputusan utk resign dan berterima kasih atas peluang kerja, pengalaman serta ilmu yg aku terima sepanjang kerja 3 hari kat situ, D mintak maaf sbb tanya soalan-soalan di atas dan jugak soalan D yg meminta aku tak solat masa kerja kat situ. Aku rasa mungkin ni petanda berat hati nak masuk kerja situ mungkin? Dan aku percaya Allah ada rezeki lain yg Allah nak bg kat aku.

Risau gak aku ni kalau ada yg kata aku ni bajet baik ka apa. Aku tegaskan kat sini aku taklah baik sgt. Solat pun ada kalanya di awal waktu, adakalanya di akhir waktu. Ada kalanya terlepas (terjadi kalau aku terlajak tidoq lepas subuh) tapi solat ni wajib. Aku tetap ganti solat yg terlepas tu. Main point aku dlm confession ni is aku masih waras utk mempertahankan pegangan agama aku instead of kerja yg aku dpt tu. Aku nak kerja yg aku buat tu ada keberkatan Allah. Lgpun kerja ni kat mana-mana pun ada kan? Cuma rezeki nak dpt kerja cepat atau lambat. Tu ja.

Pengajaran yg aku dapat atas peristiwa ni adalah, mungkin lepas ni kalau ditanya interviwer “ada soalan apa-apa yg hendak ditanya?”, soalan pertama akan aku tanya adalah pasal solat di syarikat tersebut.

Okaylah, setakat ni dulu aku cerita. Terima kasih sudi luang masa untuk baca confession aku ni. Harap hangpa faham la apa yg aku cerita ni. Semoga bertemu lg dimasa depan. Assalamualaikum.

-Cik Y

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit