Hari Ibu Yang Tawar

Seumur hidup aku, ini benar-benar sebuah Hari Ibu yang tawar.

Ya, aku beli kek dan air sedap untuk mak. Tapi jauh di sudut hati, aku umpama mati rasa.

Nak kata burnout, aku dah pernah rasa burnout itu macam mana.

Lebih kepada dah tak ada rasa. Sekadar tanggangjawab. Itu pun kadang aku bertangguh atau buat tak tahu.

Jangan cepat kata aku anak derhaka kalau korang tak rasa apa aku rasa.

Buat mak-mak generasi baru:

Kalau suka, pujilah anak.

Kalau tak suka, beritahu anak dengan jelas dan cakap apa akibatnya kalau anak buat/tak buat sesuatu.

Jangan mainkan emosi anak dengan play victim, dengan hamburan kata-kata yang menusuk luka hati anak bertahun-tahun lamanya.

“Mak cakap dia boleh hidup tanpa anak-anak” luah adik aku.

Ya, aku biasa dengar mak cakap begitu.

Tanpa mak sedar, kata-kata sebegitulah mungkin telah buat adik aku berat hati nak memberi duit pada mak aku. Berat hati nak selalu balik kampung.

Aku yang dulunya tegar berhenti kerja demi menjaga mak pun dah rasa tawar hati dan mahu mengelak. Korang rasa bagaimana?

“Jangan ambil hati dengan kata-kata mak. Mak cakap memang kasar tapi mak tak maksudkan” luah mak bila aku tak keluar billik berhari-hari tak makan tak minum masa Raya Haji tahun lepas.

Lama mana seorang anak nak hadap caci maki seorang emak yang ‘cakap kasar tapi tak maksudkan’? Lama mana?

Tawar hati itu benar-benar wujud dan tidak terhad hanya pada hubungan lelaki dan perempuan. Dengan keluarga pun boleh jadi tawar hati OK.

Susah nak jelaskan tapi inilah apa yang aku rasa. Hingga layanan aku pada mak pun dah tak macam dulu.

Walaupun aku tahu aku boleh berdosa begini, aku tak mampu nak menipu diri sendiri yang aku betul-betul tawar hati dengan mak sendiri.

Hari Ibu Yang Tawar, sekadar cukup syarat. Jahat juga aku kan?

– Anak Tawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. sama macam aku. Tapi aku ayah. Kadang-kadang rasa aku ni anak derhaka sebab selalu lawan cakap dia. Ayah pulak pilih kasih. Masa dapat duit pencen dia bagi kakak sulung aku gelang emas, kakak no 2 aku kereta. sampai kat aku bagi separuh duit lesen kereta. separuh lagi pakai duit ptptn aku. lepastu hujung bulan duit ptptn tak cukup dia bising. Sekarang aku duduk dgn dia. Niat nak jaga dia. Tapi kitorang tak boleh jumpa. Ada je benda nak digaduhkan. Lepastu mengadu dengan anak2 dia yg lain. Lepastu yg lain tu pun tegur aku macam anak paling solehah. Aku perasan dorang ni kalau balik kampung ada jugak menengking dgn ayah. Yelah kita yg duduk serumah dengan parents kita, kita je tahu perangai dorang yang sebenar. Tapi dia still ayah aku. Jahat dia pun, ada benda baik dia buat. Walau apa pun, aku tetap sayang dia. Walaupun banyak terasa hati dgn dia, aku tetap akan jaga dia. Cuma buat masa sekarang, aku rehat jap. Aku stay rumah lain. kalau dia susah aku tetap akan jadi org pertama sampai utk tolong dia.

  2. Sangat berat bila berperang dengan perasaan geram, rasa terluka dengan perbuatan orang tua tp pada masa sama masih perlu menjaga batas supaya x jadi anak derhaka..

  3. duduk dgn mak memang bergaduh hari2.. mengamuk tu toksah cakap la, org yg jaga org tua je tau mcm mana ‘penat’ nya nk hadap.. kalau bela anak blh lah dicubit2, ni bela mak, takkan nk pukul kot?

    tahap kena halau dgn abg, dgn mak, time tu mmg xde duit dlm akaun, gaji masuk mmg sy terus pindah.. sy berkorban jaga mak, sampai sakit2.. berkorban renovate rumah 2x, sampai kering saving.. tp tu lah, mls dh nk mengungkit sbb mmg sy relakan dan redha.. lgpn lps pindah mmg setahun jugak hubungan tu x ok.. mak sy pun xduduk dh rumah tu, dia pindah duduk pondok.. so win win situation, mak dpt belajar ilmu agama, sy dpt duduk dekat dgn ofis.. kalau blh pindahlah weh, pastu niat bukan nk tinggal mak, tp niat utk yg baik2 je akan dtg.. jgn duduk jauh sgt dgn mak.. susah masa mula2 je, lps tu ok.. pegi mamposkan mulut org, org bkn tlg pun, tau nk kondem je.. awk jalan je terus

  4. Bila duduk dengan mak ayah.
    Kalau berdiam saja pun jadi isu.
    Banyak bercakap pun jadi isu.
    Bila kita senyap, anggap sombong.
    Bila kita berbunyi , cakap banyak Tanya, jawab pun tak endah.
    Bila depan mata, mmg tak heran.
    Bila jauh tu baru nak bertanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *