Assalamualaikum semua.
Aku Boboi, umur 33 tahun, sudah berkahwin dan ada anak 3 orang. Dua perempuan satu lelaki.
Ketika luahan ditulis, aku rasa sangat kecewa kerana silap overthinking telah menyebabkan aku terlepas peluang untuk membeli rumah.
Untuk hidup di usia 33 tahun, kerjaya aku masih lagi di tahap yang sama walau sudah 5 tahun berkhidmat di sebuah syarikat MNC di Penang dengan gaji RM5.5k.
Terkenang kembali semasa fresh graduate, aku kerap memohon kerja di JobStreet, untuk mencari kerja dan gaji yang tinggi.
Di samping itu, untuk mendapatkan pengalaman interview dan meningkatkan keyakinan semasa interview.
Pengalaman interview bagi aku sangat penting untuk memohon kerja.
Pada umur 33 tahun, aku telah dapat membeli dua biji apartment di ibu kota, yang kedua2 nya disewakan melebihi bayaran ke bank dan keluarga aku menetap di utara dengan rumah teres sahaja.
Covid banyak member impak positif dalam hidup aku kerana aku dapat belajar dunia saham ketika itu.
Alhamdulillah hasil untung dari saham aku semenjak covid lebih kurang RM50k.
Dari covid juga aku dapat berniaga barang dari china, pengeluaran duit kwsp aku pakai untuk modal membeli rumah apartment kedua secara lelong.
Jadi pesanan aku kepada yang baru mula kerja, usaha untuk tingkatkan saving, melabur duit dan sentiasa cari peluang untuk menambahkan pendapatan.
Rezeki akan datang dengan usaha..
– Boboi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Gelabah la ko ngan kecewa…. sebaik nya bersyukur…. post biasa je nii