Assalamualaikum, hi semua. Pertama sekali, aku nak cakap terima kasih dekat Admin, kalau cerita ni disiarkan. Sebab isu agak sensitif.
Nama aku Bunga. Aku bekerja di salah satu syarikat swasta. Aku nak cerita tentang seorang kawan aku yang aku boleh katakan dia adalah seorang penyondol atau bahasa omputehnya, home-wrecker. Tapi, ada plot-twistnya sikit.
Aku gelarkan kawan aku ni sebagai Kak Palas. For sure, bukan nama sebenar. Dia agak berumur dalam awal 3 series macam tu. Sudah berkahwin dan punya 3 orang anak.
Usia perkahwinan dia telah menjangkau belasan tahun. Orangnya comel dan nampak muda. Perkenalan kami tak lama, tapi cukup untuk buat aku nampak perangai sebenar Kak Palas. Dia merupakan staff baharu di pejabat aku ni.
Pada asalnya, perkenalan kami hanya sebatas rakan sekerja yang hanya bercakap soal kerja sahaja. Sampai satu hari, aku ajak Kak Palas teman aku keluar untuk urusan kerja. Aku drive kereta aku sambil buka lagu jiwang, layan woo.
Tengah sedap aku menyanyi, aku perasan dia agak senyap dalam kereta. “Kak Palas, akak okay ke? Nampak sedih je. Alah kak, lagu jiwang sikit je, takkan touching”, aku berseloroh.
Dia seperti menahan tangis. Aku jadi sebersalah, sebab aku ingat dia hanya mengelamun. Aku tanya lagi, “Eh kak, sorry. Aku salah cakap ke? Sorry, kenapa? Kalau tak keberatan cerita lah”. Aku cuma nak jadi kawan yang baik ye.
Tiba-tiba, dia bersuara, “Takadalah bunga, aku cuma teringatkan kisah zaman dulu aku je. Biasalah, setiap manusia ni mesti punya kisah silam atau lebih tepat, kisah silam yang tak boleh kita lupakan”.
Aku diam sejenak. “Kenapa kak? Kot-kot kalau share, boleh kurang beban kau tu”, soal aku.
Dan bermulanya kisah dia. Dia cerita yang sebelum dia kahwin dulu, dia pernah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki selama 7 tahun.
Yang buatkan aku terkejut, boyfriend dia tu adalah suami orang. Agak panas telinga aku. Dahlah tengah viral pasal kes penyondolan dan peny**dalan time tu.
Tapi aku diam berikan dia ruang untuk cerita. Lagipun, dia kata kisah ni berlaku sebelum dia berkahwin. Jadi pada aku, tak perlu kita judge dia. Dia pun pernah muda dan buat silap. Aku masih berfikiran terbuka.
Dia sambung cerita. Katanya, si Suami Orang tu orang yang berada. Si Isteri kepada suami orang tu pernah serang dia dan of course panggil dia dengan kata-kata kesat yang semua perempuan tak nak dipanggil.
Dia bercerita sambil menangis-nangis. Katanya, bukan salah dia. Sebab lelaki itu yang mencari-cari dia. Dalam hati aku waktu itu, ‘it takes two to tango’. Tapi takapa, orang tengah sedih. Tak elok mencelah.
Lelaki tersebut selalu bagi dia duit poket bulanan. Selalu bawa dia keluar makan. Mind y’all, dia sebut cerita ni berlaku SEBELUM dia kahwin.
Fast forward, aku lupakan je cerita tu dan keep it as a secret. Tapi aku cerita benda ni pada mak aku sahaja. Biasalah, daughter-mother bonding. Ada je benda nak mengumpatnya. Aku tetap berkawan seperti biasa dengan Kak Palas.
Satu hari, salah seorang kawan kami, aku kenalkan dia sebagai Kak Sawit ajak aku dan Kak Palas untuk lunch sekali. Tapi, aku ni suka masak. Aku jarang keluar makan di luar. Aku selalu bawa bekal. Boleh kira pakai jari berapa kali aku keluar makan tengah hari di luar.
Aku menolak pelawaan Kak Sawit dan beritahu dia untuk keluar je dengan Kak Palas.
Tiba waktu lunch, aku nak bergerak dari meja aku ke pantry pejabat. Tapi aku tertoleh ke TV CCTV. Aku nampak Kak Palas turun tangga seorang diri sambil terjenguk-jenguk luar macam nak pastikan line clear. Aku tak fikir apa sangat.
Habis waktu lunch, Kak Sawit ke meja aku untuk hantar dokumen. Aku sapa kak Sawit, “Makan mana tadi kak?”. “Aku balik makan kat umah dengan laki aku”, jawab kak Sawit.
Aku pelik dan bertanya, “bukan tadi kau nak keluar makan dengan Kak Palas ke?”.
“Oh tak jadi. Kak Palas kata nak keluar makan dengan kawan dia. And dia cakap kalau ada orang tanya keluar gi mana, cakap yang Kak Palas keluar makan dengan aku (Kak Sawit). Entahlah kenapa.”, jawab Kak Sawit.
Kepala aku dah start berpusing fikir jawapan logic and terpacul dari mulut aku, “keluar dengan laki dia kot? Eh tapi, kenapa dia nak suruh jawab dia keluar makan dengan kau pulak kalau dia memang keluar dengan laki dia?”. Kami biarkan soalan kami terbiar begitu sahaja.
Fast forward, syarikat kami dijemput untuk menghadiri sebuah event yang dikendalikan oleh salah sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan syarikat kami. Beberapa kakitangan termasuk aku dan Kak Palas join event tersebut.
Aku perasan Kak Palas agak excited macam dia pulak event organizer untuk majlis tersebut. Tapi aku tak ambil pusing.
Tiba di majlis, aku perasan kak Palas ada bertegur sapa dengan salah sorang ahli syarikat yang menganjurkan majlis.
Tak pelik pun sebab walaupun Kak Palas orang baru di syarikat kami, tapi dia dulu bekerja dalam bidang yang sama. Jadi dia kenal ramai orang dari syarikat lain yang dalam bidang yang sama. Majlis tersebut berlangsung seperti biasa.
Korang pernah rasa tak, ada satu hari, otak korang macam berfungsi ligat and cepat recall semua persoalan korang. Inilah yang jadi pada aku satu hari tu, aku teringat kisah yang Kak Palas cerita tentang dia pernah menyondol suami orang waktu dia masih bujang.
Aku membuat pengiraan aku sendiri. Dia cerita dia dah berkahwin berbelas tahun dengan suami dia yang sekarang. Dan dia juga cerita yang dia pernah menjalinkan hubungan dengan suami orang selama 7 tahun SEBELUM PERKAHWINAN.
Okay, di sini otak aku mendapat jawapan. Aku buat kiraan dengan exact timeline cerita, usia perkahwinan dan umur dia sekarang. Aku terus jem. Takkan dia bercinta dengan suami orang yang dah tua pada usia dia masih bersekolah? Mak aih, child grooming?!. Mustahil ni.
Tiba lah satu hari, dia kata yang dia dah percayakan aku. Dia jujur yang sebenarnya dia dah menjadi seorang isteri SEWAKTU dia menjalinkan hubungan dengan suami orang tersebut.
Di sini plot twistnya, suami sah Kak Palas tahu tentang hubungan dia dengan suami orang tersebut. Suami dia sokong. GILA.
Jadi, hubungan ni dua-dua belah pihak tahu. Si isteri kepada Suami Orang tersebut tahu tentang kewujudan Kak Palas dan Suami Kak Palas tahu tentang hubungan Kak Palas dan Suami Orang.
Tapi, si Suami Orang ni percaya yang Kak Palas dah bercerai dengan suami Kak Palas. Padahal Kak Palas masih lagi isteri orang yang SAH. Fuh, cerita ni memang berat. Sumpah. Aku yang dengar ni tergamam.
Mesti ada pembaca yang tanya aku, kenapa tak tegur perbuatan Kak Palas? Korang kena faham, dia dah tua. Sebenarnya dia tahu apa yang dia buat tu salah. Dia in denial.
Tapi kalau suami sendiri pun dayus dan merelakan hubungan dia dengan suami orang tu, apa yang buatkan korang fikir dia akan dengar apa aku cakap?. Lagi pulak, aku ni baru setahun jagung hidup.
Setiap kali dia cerita tentang hal dia dan suami orang tu, aku mesti pedih telinga. Aku menahan diri nak mencarut nak tarik tudung dia. Sebab semua yang keluar dari mulut dia tu, memang mind-f**ked. Aku memang tak boleh hadam langsung.
Mesti ada pula yang tanya, kenapa suami dia merelakan hubungan tersebut? Sebab, harta. Berdasarkan cerita Kak Palas ni, dia dan suami mahukan duit suami orang tersebut.
Lagi gila, Kak Palas ni sebenarnya dah terikat dengan suami orang ni sebab beberapa loan Kak Palas dibayar dan ditanggung sepenuhnya oleh suami orang tersebut. Sebab tu, mereka tak pernah berpisah.
Macam mana dia cover tentang suami sah dia dekat si suami orang (boyfriend) tu? Jangan tanya. Aku taktahu. Dia selalu cakap dia kerap keluar dengan lelaki tu DENGAN PENGETAHUAN SUAMI DIA.
Banyak kali juga dia bercerita yang si Isteri Sah kepada Suami Orang tersebut serang dia.
Mana tidaknya, orang tu bergambar mesra dengan isteri sah, berpeluk, sambut birthday bersama, dia boleh kata si isteri sah tu gila dan saja buat dia cemburu. GILA. sumpah. Dia boleh merajuk dengan si suami orang sebab kononnya melebihkan si isteri sah.
Pernah aku tanya dia, “kalau dia ajak kau kahwin macam mana kak?”. Dia jawab, “ah takadanya, dia tu penakut. Takut bini!”. Gila. Kau tu dahlah isteri orang tapi mengaku dah bercerai! Allah. Aku dengar pun aku takut.
Kadang dia sendiri tunjuk conversation dia dengan lelaki tersebut, minta duit dan belanja barang-barangan mewah. Aduhai. Ini dah gila. Urat malu dia dah putus. Aku ni bujang belum berkahwin, aku jadi takut nak kahwin tengok kisah hidup dia.
Ada juga time Kak Palas tak tidur semalaman disebabkan bergaduh dengan lelaki tu dan si isteri. Sampai memberi kesan pada kerja dia, tak hadir kerja dan sebagainya.
Yang peliknya dia mengaku buat ni semua kerana duit. Tapi kenapa sampai perlu benci si isteri sebab rasa cemburu dan sebagainya? Maknanya memang ada rasa sayang? Habis si suami sah macam mana? Anak-anak dia?
Oh, ingat tak aku ada cakap kami datang satu event salah sebuah syarikat yang ada kaitan dengan syarikat kami? Syarikat itu kepunyaan si lelaki tersebut. Dan yang aku lihat mesra bersama Kak Palas tu adalah lelaki tersebut.
Aku ni kadang-kadang cuba cari cara atau lari bila dia cuba bukak topik cerita kisah dia dengan si suami orang tu. Tapi kadang terjebak jugak, dah kerja sekali. Takboleh buat apa.
Kalau korang di tempat aku, apa korang akan buat?
Apa pun, kita doakan Kak Palas dan suaminya kembali ke pangkal jalan.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
so mana relation cerita dgn tajuk? aku tk paham ni.