Assalamualaikum semua. Aku harap sangat confession ni berjaya di-submit.
Straight to the point, aku seorang student. Full-time student. Hujung bulan ni baru nak masuk degree in shaa Allah.. sebelum ni aku asasi, yang pasti bukan asasi UIA. Aku bukan lahir daripada keluarga yang senang yang kaya raya yang whole family pakai apple product. Mak ayah aku pun orang biasa. Mak aku tak kerja. So, betul-betul ayah aku jelah yang jadi tulang belakang keluarga :’)
Sejak kecik, aku dan adik-adik dididik oleh ibu dan ayah, kalau nak beli barang, guna duit sendiri. Jangan nak suka-suka minta kalau benda tu tak penting. Kebetulan pula time tu, keluarga aku ada economy crisis sikit menyebabkan ibu dan ayah kena betul-betul jimatkan perbelanjaan. Yelah, bila kau berkawan dengan kawan-kawan yang background dia kaya, mestilah kau ada rasa nak pakai kasut mahal, baju penuh satu almari semua kan? Macam aku, aku memang ada rasa nak pakai benda2 mahal. So, disebabkan mak ayah aku dah cakap dengan kitorang, belajar beli barang sendiri guna duit sendiri, aku pun join lah dropship.
Tahu kan dropship tu apa? Dropship tu kiranya kita jadi agen, tukang ambil order je then submit order kat supplier, supplier yang uruskan pengeposan. Stok pun supplier yang simpan, dropshipper tak simpan stok. Kiranya, aku dapatlah komisen juga. Untung atas angin orang kata. Walaupun kadang-kadang untung satu barang tu, 50sen je, tapi aku happy.
Kumpul-kumpul pernah dapatlah beli kasut Clarks sepasang, kasut Scholl sepasang. Sebab teringin sangat. Kan dah kata, aku bukan daripada keluarga yang kaya. Dapatlah juga dari duit tu, aku guna untuk shopping beberapa helai baju dan tudung. Dan! Aku pun dapat juga guna duit tu as duit belanja aku kat universiti. Buat beli buku, beli stationeries semua alhamdulillah. Termasuk keperluan harian macam sabun basuh ke apa. Ada untung sikit, aku bagilah mak ayah aku walaupun tak banyak :’)
Tapi aku happy. Nak dijadikan cerita, disebabkan aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang terlebih mampu ni, aku dipandang sebelah mata lah. Yelah, dorang tahu aku tak kaya tapi mampu pula pakai kasut mahal, baju berlambak, makan macam anak orang kaya. Lepastu, kebetulan course yang aku ambil ni, course yang killer juga lah. So, dorang pandang sebelah mata, “euww buat bisnes, boleh ke fokus belajar.”
Macam hina sangatlah aku buat bisnes ni. Dorang tak support pun beli barang yang aku jual. Ada lah dua tiga orang yang support, alhamdulillah. Lepastu, pernah juga ada sorang lecturer ni, (dia tak tahulah yang aku join bisnes) tapi dia pernah cakap macam ni,
“Awak malas belajar, lepastu tak dapat biasiswa nanti mulalah sibuk buat bisnes lah. Jual-jual kerepek kat kolej kediaman lah bla bla bla..”
Kiranya, point dia memang tak setuju lah student buat bisnes. Belajar je rerajin then dapatkan biasiswa gitu. Okay lah, aku setuju juga tapi tahu tak walaupun dapat biasiswa ingat student tak sesak ke? Ingat cukup sangat ke biasiswa tu? Lagi-lagi course aku yang killer ni. Senior ramai je cakap, ada JPA pun sesak. Tu senior yang aku kenal yang memang bukan kaki shopping pun.
So, kalau korang ada kawan-kawan yang join bisnes ke janganlah pandang sebelah mata. Korang ingat dorang senang ke nak buat bisnes walaupun dropship? Kena maki dengan customer sebab barang dapat lambat padahal bukan kita yang pos. Terpaksalah terang satu-satu. Itupun kalau dorang faham. Kalau jenis yang tak faham? Kena hadap lagi.
Customer yang cerewet lagi. Nak barang macam tu taknak macam ni. Customer yang dah dapat barang tapi tak cukup, kena deal lagi. Ingat senang ke? I swear, dunia bisnes lah yang mencabar. Online okay lagi, offline? Aku rasa lagi mencabar sebab kau jumpa customer face to face. Student yang buat bisnes ni pun, kena curi-curi masa untuk reply whatsapp customer. Ingat senang ke?
Kalau korang tak nak support kawan korang yang buat bisnes, jangan pandang sebelah mata. Kirim doa pun takpelah. Tolonglah jangan pandang hina kat kami, student yang buat part time bisnes.
Kalau korang mampu, belilah satu dua barang dia. Kalau mahal tu takpelah. Tunjuk tanda support. Bukan pandang hina. Kalau kau pandang hina kat student yang buat bisnes, samalah juga macam kau pandang hina kat peniaga-peniaga lain. Takde beza pun kitorang dengan peniaga lain, beza cuma status student je.
Aku sedih gila kot dapat tanggapan macam ni.
“Buat bisnes, tak cukup duit lah tu.”
“Anak orang miskin lah tu.”
Kau tak tahu betapa besar nilainya kalau kau dapat beli barang guna effort kau sendiri. Ingat eh, kau pakai barang-barang mahal ni, kalau bukan sebab mak ayah kau yang kaya, kau TAKKAN merasa pakai barang-barang branded. Bila dah join bisnes ni, baru aku faham bukan senang sebenarnya nak cari duit.
Oh ha, lagi satu, mak ayah pun jangan nak pandang hina kat anak kawan yang buat part time bisnes juga. Tahu lah kau tu kaya, takyah lah nak fikir bukan-bukan assume bukan-bukan. Aku pun ada je member yang kaya tapi still buat bisnes sebab reason dia, dia taknak susahkan mak ayah.
Pakcik makcik, ingat ya, rezeki tu datang daripada Allah. Kalau bukan sebab Allah yang bagi pakcik makcik rezeki yang melimpah ruah, pakcik makcik pun tak hidup senang macam sekarang ya. Allah tu boleh je sekali nak tarik semua nikmat yang dia bagi.
Kesimpulannya, siapa punn kita kat muka bumi ni, JANGAN BONGKAK! Jangan cakap besar, bahaya. Takut makan diri pula. Dah kaya tu, jangan kedekut pula.
So, appreciate lah mak ayah kau. Jangan tahu minta je! Yang kaya tu mak ayah kau, BUKAN KAU!
Sekian, jangan pandang hina kat student yang buat part time bisnes.
p/s: janngan komen or promote side income pasif TE kat sini yer.
– Sis kurang geram
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit