Adik Beradik Pilih Kasih

Assalamualaikum terima kasih jika luahan aku disiarkan.

Hai aku Iman, bukan nama sebenar. Berumur 27 tahun, seorang isteri dan umi kepada sepasang anak 1 dan 3 tahun. Tidak bekerja tetapi menerima gaji bulanan seperti bekerja daripada suami aku Husin juga bukan nama sebenar (33 tahun).

Tinggal di utara tanah air. Anak ke-4 dari 5 adik beradik. Dan yatim piatu. Dua adik beradik aku tinggal jauh di selatan tanah air. Dua lagi tinggal satu taman dengan aku. Kentut pun dengar orang kedah kata.

At first aku ceritakan dulu aku ketika sebelum berkahwin, sama seperti adik adik orang lain yang mana menjadi baby sitter kepada anak2 buah sekalian ketika semuanya berkumpul di rumah mak abah.

Anak anak buah aku semuanya rapat sangat dengan aku. Cakap saja nak apa pasti akan aku usahakan beli. Tak pernah ada pilih kasih aku kepada mereka semua. Jika anak buah A mintak dapat yang lain juga begitu.

Boleh dikatakan hampir semua anak buah aku membesar bersama aku. Rindu sangat mereka masa kecil. Sekarang semua dah besar panjang. Yang masih kecil cuma anak anak aku dan anak anak adik aku sahaja.

Kami masing masing mempunyai anak sepasang. Anak anak adik aku lebih tua berbanding anak aku sebab adik aku kahwin awal. Jadinya anak anak dia kurang mendapat kasih dan perhatian dari aku memandangkan aku juga sudah punyai anak sendiri.

Tidak seperti anak buah aku yang lain even dah besar pun asyik nak melekat saja dengan aku jika pulang ke utara tanah air.

Ceritanya begini. Kakak aku yang tinggal berdekatan dengan aku dan aku sangat pilih kasih antara anak aku dan anak adik aku. Anak² kakak aku juga sama.

Situasi contoh di mana anak aku dan anak kakak aku sedang bermain di taman permainan lalu anak adik aku pulak datang, anak kakak aku akan tinggalkan anak aku begitu saja. Bukan sekali berlaku tapi dah banyak kali.

Aku kasihan melihat anak aku umpama menagih kasih untuk main bersama. Sedangkan jika anak adik aku belum sampai elok saja dilayan anak aku. Jika anak kakak aku dan anak aku pulak sedang main di taman anak aku datang nak join depa buat seperti tak nampak saja anak aku.

Kalau pergi ke mana pun hanya anak adik aku yang kakak aku bawa. Anak aku tidak pernah sekali pun.

Pernah juga kakak aku berseloroh. Katanya kalau bawa anak adik aku jimat duit dia sbb anak adik aku bukan jenis meminta atau suka ke kedai membeli jajan. Tidak seperti anak aku asyik nak pergi kedai sahaja.

Wallahi aku menangis bila mengenangkan. Sedangkan dahulu ketika aku bujang duit gaji aku banyak dihabiskan kepada anak anak kakak aku. Sebab kan mereka anak buah aku yang tinggal dekat dengan aku. Yang lain hanya pulang ketika hari raya sahaja.

Sedih sangat kenapa sampai begitu. Aku tak minta kakak aku tatang anak aku seperti aku menatang dia dulu. Cukuplah bermain bersama dia, jangan palau dan abai dia seperti dia tiada perasaan.

Anak aku baru berusia 3 tahun. Boleh nampak air muka dia berubah dari seronok ke terpinga2 kenapa sepupunya macam tak perasan kehadiran dia. Dia hanya ingin bermain. Dan kalau dia nak p kedai pun aku yang akan bagi duit.

Aku sangat terasa hati dengan kakak aku, even masa aku berpantang anak aku yang kedua pada Julai 2023 sekali saja dia datang melawat aku. Itu pun tak sampai setengah jam.

Sedangkan setiap kali dia berpantang aku dengan arwah mak lah yang berpenat berjaga malam untuk anak dia. Masa dia kerja aku lah yang ulang alik ambik anak dia balik sekolah yang sehari 3 trip. Siapkan makan pakai lagi. Tanpa dibayar ya, hanya dibawa makan sekali sekala saja.

Sedangkan masa isteri adik aku bersalin anak kedua mereka (mac 2022) pagi petang kakak aku melawat dibelikan lagi macam2 untuk anak buah baru masa tu.

Masa isteri adik aku bersalin anak sulung mereka pun macam tu juga layanan nya. Sedangkan aku? Bersalin kedua anak tak dapat layanan macam tu. Sedih hati sudahlah mak abah dah tiada nak menumpang kasih kakak sendiri pun macam tak wujud.

Situasi yang buat aku terasa hati, tahun ini isteri adik aku dah start kerja. Kakak aku lah yang ambil anak sulung dia dari tadika bawak balik rumah kakak aku sampai isteri adik aku balik kerja. Tak pasti adik aku bayar atau tidak upah mengasuh.

Sebenarnya kalau adik aku dan isteri dia nak kemana mana memang kakak aku yang akan jagakan anak mereka sementara.

Sedangkan aku masa bersalin anak no dua aku har tui cakap nak tinggal sekejap anak aku dekat rumah dia, sementara suami aku datang uruskan aku dan baby, kakak aku macam terpaksa.

Siap tanya lagi, lama ka takut satgi aku nak keluar lah, tak larat la nak p sana sini. Sedihnya rasa.

Oh ya! Lagi satu dengan keluarga adik aku mereka selalu keluar bercuti makan2 bersama tanpa mengajak aku atau anak aku.

Sedangkan anak aku kalau nak p mana mesti akan teringat suruh bawa sepupunya sekali. Tapi mereka tak pernah langsung teringat anak anak aku.

Sedikit tambahan adik aku dulu semasa bujang tak pernah langsung layan anak buah aku selalu ditengking dan dipukul lagi ada. Aku lah yang selalu memujuk anak anak buah aku jika dimarahi paksu mereka.

Hujung2 bila adik aku ada anak, disanjung dan ditatang anak itu. Salahkah kalau aku cemburu dan terasa?

Untuk pengetahuan semua last aku jumpa adik beradik aku raya hari tu.. Lepas tu aku dah tak pernah pergi sua muka video call atau apa. Senang cakap dah tak contact.. Status depa pun aku dah mute tak nak tengok lagi dah.

Depa pun takda tanya kenapa aku lama tak p rumah depa. Mungkin lebih selesa tanpa kehadiran aku anak beranak. Kadang² terbuka status kemesraan mereka tu aku terasa jugalah. Entah lah aku yang over ke?

Salahkah aku ibarat macam putuskan silaturahim adik beradik sendiri? (Maaf kalau luahan ayat berterabur)

Yang terasa dan cemburu,

– Iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Rasanya awak ni terlalu banyak memikirkan perkara- perkara yang awak pernah buat pada orang maka awak mesti dapat balasan yang setimpal. Sebab awak buat baik pada mereka maka awak harap mereka mesti layan awak serupa.

    Hidup ni bukan macam itu. Ujian setiap manusia berbeza antara satu sama lain. Apa yang terjadi adalah ujian untuk awak.
    Teruskan berbaik kepada adik beradik. Jangan putuskan hubungan kerana berkecil hati perkara yang remeh atau pendek kata awak cemburu pada adik lelaki dan ipar awak yang lebih disayangi oleh kakak awak.

    Doakan yang baik2 saja buat mereka. Insya Allah, hati manusia Allah yang pegang. Fikirlah yang positif. Tentu awak akan lebih bahagia.

  2. Tak yah lah dok kesah pasal benda yg remeh temeh mcm tu.. mngkin awk ni seorang yg “over-sensitive”, benda kecik2 pon awak anggap penting sgt.. dlu sya ada seorang kwn yg mcm ni, apa yg adik beradik dia kata or buat, dia slalu terasa hati, tp x ckp dgn diorang, cuma cerita dgn saya.. bila saya ‘kaji’ cerita2 dia tu, sya berpandangan yg mngkin adk beradik dia ‘cemburu’ dgn dia ni, sbb dlm ramai2 tu nmpak la dia ni yg agak ‘have2’ ckit, suami pon keja ok, syg kat dia, dr segi pakaian, brg kemas dll., nmpak dia bergaya dan mampu, ank2 pon agak berjaya dlm pelajaran.. sya ckp dgn dia, buat mcm biasa shj, mngkin jugak diorang ‘irihati’ dgn dia, sbb dia kta abg dia yg sulung pernah tegur dia jgn pakai brg kemas bnyak sgt, nt takut kna ‘rompak’, pdhal dia xlah pakai brg yg besar2, cuma dia slalu tukar2, mngikut citarasa dia nk pkai yg mne stu.. bg sya, itu rezeki dia, dan dia bkn membanggakan diri atau sombong dgn kekayaan dia.. buat shj baik dgn diorang dan ignore je, klaw diperli dsb.. sya x pasti keadaan awk mcmne, yg penting, jgn kita putuskn Silaturrahim antara adk beradik, klaw diorang yg nk putuskn, itu antara diorang dgn Allah lah., Allah lbh tahu apa isi hati kita.. Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *