REPLY: Hilang Spark

Assalamualaikum wbt semua. Nama aku Jack dan aku nak respon luahan Nan yang mengadu dia dah kehilangan spark dengan isteri dia.

Aku ada komen dalam post yang sama (https://iiumc.com/hilang-spark/), tapi aku nak huraikan lebih lagi. So Si Nan, nanti kau baca ni pastu explain dekat isteri kau. Jangan cakap abam tak payung.

Sebelum aku start, aku nak warning awal awal yang artikel ni akan ada sentuh bab 18SX, jadi memang not suitable for work (NSFW). Dan aku akan gunakan bahasa yang straightforward dan direct. Takde lapik lapik. Aku dah warning ye.

Pertama, dekat FB ramai kecam kau. Hilang spark atau nak penyepak? Aku gelak jugak tapi ada benarnya. Ada orang kahwin sebab tanggungjawab, ada orang kahwin sebab cinta.

Zaman dulu kahwin sebab nak survive dan memang expectation masyarakat time tu kena kahwin kalau tak takde siapa nak jaga time tua.

Tapi zaman dah berubah. Zaman sekarang ramai kahwin sebab cinta dan perasaan. Dan cinta (atau ‘spark’) tu datang dan pergi macam angin. Naik dan turun macam ombak.

Tak salah nak kahwin sebab cinta, tapi kau kena tahu yang bila kau meletakkan cinta pada orang lain, secara tak langsung kau meletakkan expectation pada orang tu untuk penuhkan fantasi kau. Sebab tu bila kita dilamun cinta sebelum kahwin, kau tak boleh tidur.

Otak kau dah ketagih dengan perasaan cinta & cabaran nak dapatkan benda yang tak pasti. Perasaan dilamun cinta atau spark tu, tak lain disebabkan oleh hormon dopamine dan adrenaline, tak ubah macam penagih dadah.

Orang yang tak faham benda ni akan tercari cari spark ni dalam pasangan dia. Sebab itulah biasanya lelaki yang akan curang atau main kayu tiga. Sebab tercari cari spark ni. Bila dah dapat pasangan baru, spark tu hilang lepas tu kau ulang benda sama je.

Sekali lagi aku cakap, tak salah berkahwin sebab cinta. Tapi kena faham yang perasaan dilamun cinta atau spark tu naik dan turun. Tapi kita boleh kawal dan uruskan supaya daripada cinta tu terbit rasa saying kepada pasangan.

Okay so kenapa spark ni hilang lepas kahwin? Sebab secara tak sedar kau rasa yang kau dah ‘dapat’ isteri kau. Dan bila kita dah dapat sesuatu, kita mula dah tak hargai benda tu. Yang isteri kau takkan tinggalkan kau. Yang kau tak perlu dah nak impress isteri kau macam awal awal dulu.

Buktinya, bila isteri kau nak balik duduk dengan mak ayah dia, kau tak bagi. Sebab kau tahu kau akan kehilangan dia. Kau nak rasa secure ada isteri, tapi kau tak berani berpisah sekejap dengan dia.

Aku bagi contoh kereta. Orang muda sekarang suka beli kereta Honda. Punyalah susah payah kumpul duit nak dapatkan downpayment kereta tu.

Kau tengok Tiktok, Youtube, sana sini review kereta tu. Kau pergi test drive. Pergi keluar jalan jalan pun nampak kereta Honda je. Tak pandang dah kereta lain.

Tapi apa jadi bila kau dah berjaya beli Honda? Bulan pertama mungkin seronok, tapi bulan kedua ketiga mungkin dah tak rasa apa apa. Silap silap dah mula rasa terbeban dengan komitmen hutang kereta.

Sama je macam isteri. Bila kita tak dapat kita usaha sebaik mungkin. Kita sanggup berkorban. Kita tak pandang perempuan lain. Tapi bila kita dah dapat, kita rasa selesa, dah tak hargai isteri kita. Salah tu bro.

Okay jadi sekarang aku akan bagitahu tips nak dapatkan balik rasa spark tu. Sebenarnya kita lelaki ni goal oriented. Kalau takde goal dalam hidup kita, kita akan rasa macam takde hala tuju.

Silap kau ialah kau mengharapkan perassan tu datang daripada pasangan, tapi sebenarnya dia datang daripada diri kita sendiri. Sebab kita ni lelaki. Dan lelaki yang bertanggungjawab mengemudi hala tuju perkahwinan.

Yang pertama, buat semua yang wajib tapi buat bukan sekadar buat, buat dan bagi yang terbaik, termahal dan tercantik. Nafkah wajib Zahir dan batin pastikan bagi on time.

Nafkah batin contohnya ajar ilmu agama pada isteri. Ajar hukum hakam. Ajar ilmu pengurusan kewangan, ilmu kesihatan, ilmu parenting. Ajar isteri mengaji. Ini semua nafkah batin dan memang jatuh tanggungjawab lelaki.

Kalau kau rasa ilmu semua ni tak cukup, jadi tanggungjawab kau untuk belajar dan ajar pada isteri. Bila kau ajar, isteri akan rasa kagum dengan kau dan kau akan dapat rasa nikmat disayangi isteri. Satu lagi, solat Jemaah dengan isteri jangan tinggal.

Termasuk nafkah batin ialah bab dalam selimut. Kau kena banyak baca buku takpun belajar daripada kamardankelambu. Kau kena bagitahu isteri apa kau suka sebelum, semasa, selepas seks.

Contoh, kau suka isteri mendesah. Jadi bagitahu dia. Kau suka isteri pakai baju lingerie, so belikan untuk dia. Kau suka dia roleplay ke cosplay, jadi support dia. Bagitahu dia apa kau nak dan dengar apa dia nak. Kongsikan fantasi korang. Dan pastikan foreplay cukup. Cium satu badan dia.

Pastikan dia betul betul nikmat baru masuk. Dan pastikan isteri orgasme baru kau selesai. Jangan biarkan isteri terkontang kanting sorang sorang. Spend duit sikit bawak isteri pergi dating tempat baru, pergi café mahal mahal.

Ajak dia pergi camping, check in hotel/ resort, glamping. Pergi honeymoon sana sini. Cari tempat romantic yang nampak Pantai. Jadi kreatif dan bincang sama sama dengan isteri. Dari perbincangan tu lah akan ada rasa tak sabar sabar nak buat benda tu dengan isteri.

Nafkah zahir (rumah, pakaian, makan/ minum, keperluan asas) ye betul tanggungjawab suami adalah untuk sediakan setakat yang dia mampu. Tapi sebab kau tanya macam mana nak dapatkan spark tu balik, jadi mari sini aku bagitahu. Upgrade nafkah zahir kau.

Contoh sebelum ni kau biasa bagi isteri beli baju murah kurang daripada RM100, apa kata kau start beli untuk dia baju harga RM300 dan ke atas. Bra belikan Victoria Secret takpun Calvin Klein. Makeup, perfume, skincare kau belikan dekat Sephora.

Kau tanggung semua beauty treatment dia, facial, laser buat rambut bagai. Kau jadi dia punya beauty manager. Kau advice camne nak improve style dia, camne nak upgrade fashion dia. Sebab kau yang nak tengok. Dan banyakkan puji dia bila dia dah jadi cantik.

Kau nak spark balik so kau kena lah belanja lebih pada isteri. Kalau tak mampu jangan complain cakap spark takde. Nak dapat benda nikmat bukan senang. Benda ni yang akan motivasikan kau untuk kerja lebih untuk ‘splurge’ kat isteri kau.

Yang kedua, kau cakap hidup kau rutin. So kunci dia ubah rutin tu. Set goal bersama contoh, kita nak belajar skill baru, atau nak jogging 2km sehari, atau nak main gym. Takpun ada goal daripada segi kewangan.

Nak kumpul duit sama sama jadi duit tu kita beli rumah. Atau travel overseas. Atau bawak mak ayah pergi umrah. Yang penting kena ada ‘shared activity’, iaitu apa apa aktiviti yang korang dua minat nak buat sama sama.

Contoh aku dengan wife suka pergi gym. Dan bila aku tengok progress dia dekat gym, aku akan puji dia. Besarnya punggung, biceps, bahu, dada. Wah hebatnya dapat angkat berat. Wah hotnya main gym. Nampak macam simple tapi puji pujian nilah yang jadi pencetus spark tu.

Dan ini yang paling penting. Jarakkan diri kau daripada wife sedikit. Contoh korang pagi petang siang malam hadap muka, memang la akan bosan. Jadi jarakkan diri. Set masa setiap minggu kau buat hobby kau, dia buat hobby dia.

Lepas tu jaga boundary daripada segi kebersihan. Jangan kentut depan dia dan jangan bagi dia kentut depan kau. Bila dia Tengah bersiap siap make up semua tu, kau keluar bilik. Baru ada rasa misteri dan macam nak tahu camne rupa dia.

Kurangkan tengok dia tanpa baju kecuali masa tengah berasmara. Bila dah selalu sangat tengok, effect dia tu dah kurang.

So ni tips aku Nan. Good luck dan semoga korang dapat balik spark tu dalam perkahwinan. Ye tak mudah tapi bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau dah dapat spark tu balik nanti jangan lupa buat confession update netizen, haha.

– Jack (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Setuju sangat2. Silap lelaki bila berkahwin nk isteri ambil alih tugas ibunya yg menjaga dia dulu. Makan pakai nk tip top. Kalau boleh satu pekerjaan rumahtangga pon dia tak nak buat. Isteri penat bekerja bantu perekonomian keluarga, balik rumah pontang panting urus rumah dan anak sendirian. Lepas tu si suami minta pulak layanan ranjang tanpa memikirkan emosi dan kudrat isteri. Bila isteri tak fokus, dia pon hilang “spark”. Bro u ada common sense ke tak. Minta maaf cakap, ramai lelaki Melayu macam ni.

  2. betul sangat2
    spark bila bercinta saja
    tak sabar2 nak jumpa waktu weekend
    surat berkajang2 boleh tulis

    dah kawin
    dah dapat
    sibuk tengok bola main game main phone
    wassap bini pun pendek2 ja
    yang bini balik kerja terus nak masak kemas rumah basuh baju urus anak apa bagai
    nafkah zahir cukup makan
    nafkah batin dia sorang yang puas

    spark hilang konon!

    tq bro jack
    lelaki melayu memang ramai mcm ni

  3. Cadangan camni mmg persatuan bini sedunia setuju 100% tak kira nak create spark ke x spark.. bagi aku cadangan ni mmg best tapi seolah2 mcm lebih sesuai utk M40 atau T20.. kalau yg x brp mampu camne pula… Aku isteri yg memahami keadaan ekonomi suami.. spark dah bukan keutamaan kami sbb sibuk uruskan kehidupan keluarga… Dah lama x merasa dating berdua, honeymoon sbb kekangan kewangan juga… Hurmmm sekadar luahan…

    • Tak dinafikan benda tu. Bila ekonomi susah kita pun takde masa nak dapatkan balik spark tu.

      Saya faham bila dah ada anak memang tiada masa nak buat semua ini. Idea yg boleh fikir mungkin letak anak dengan mak sedare diorang atau atok/nenek untuk jaga sehari. Gunakan masa terluang tu untuk spend masa bersama. Kalau tak mampu honeymoon mahal, buat di rumah pun boleh. Bergantung pada kreativiti masing masing.

      Untuk nafkah zahir tu, mungkin suami boleh tolong masakkan atau masak bersama. Atau buat hobi, joging tepi taman sama sama.

      Ye idea bunyi macam pelik, tapi percayalah cakap saya sangat sangat berbaloi. Nak cakapntakde masa semua orang takde masa, tp tali hayat perkahwinan tu bergantung pada kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *