Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Terima kasih admin andai nukilan ku ini disiarkan.
Di sini aku ingin kongsikan kisah aku moga menjadi tauladan buat pembaca. Maaf andai panjang sangat, aku jenisnya suka menulis.
Nama aku Azam (bukan nama sebenar), berusia pertengahan 30an. Memiliki pekerjaan yang stabil dan boleh dikategorikan ada rupa. Ini kisah aku dalam pencarian jodohku.
Ketika aku sedang giat mencari, ibu saudaraku recommend rakan sekerjanya padaku. Seorang gadis berkerjaya, anak dara namun agak berusia daripadaku. Aku namakannya Hana.
Hana berusia lewat awal 40an, tapi dia cantik orangnya. Bertubuh tinggi langsing persis model, kulit sawo matang, pandai bergaya. Nampak lebih muda drpd usianya.Feminin tapi tegas orangnya. Matang juga.
Pertama kali aku diperkenalkan, jujurnya aku suka melihat Hana. Nampak sopan dan pandai membawa diri.
Oh ya, Hana nie cikgu ye, so ketegasan seorang guru tu mmg ada dlm karekternya. Wajah Hana nie serius tapi bila dah kenal baik tutur katanya, tone suara pon lemah lembut dan sedap didengar. Senyuman Hana pon manis sekali.
Masa awal-awal ibu saudaraku nak kenalkan Hana, memang dia ada cakap yang Hana nie lebih berusia daripada aku, Dia ada bertanya, bolehkah aku terima?
Hmm…. kalau ikutkan keinginan, aku lebih suka kepada gadis yang muda. Tapi kerana pada ketika itu tiada calon aku iakan saja. I just let my option be opened.
Aku pon tiadalah letak expectation tinggi sangat dlm mengenali Hana nie sebab aku ingatkan dia macam typical wanita berusia yang belum berkahwin.
Selalu yang aku lihat sama seperti usia mereka atau nampak lebih tua. Tidak menjaga penampilan sangat, tidaklah bergaya dan biasa-biasa saja. But Hana is different. Totally the opposite. Dari segi rupa paras, aku akui aku tertarik.
Dari segi karekter pula Hana seorang yang caring, memahami, independent dan sangat matang. Yelah, dia pon dah berusia, mestilah matang. Aku suka bersembang dengan Hana. She gets what I said. Dari topik yang simple hinggalah hal-hal dunia semua aku boleh sembang dengan dia.
Hana juga banyak bagi pendapat dan nasihat kepada aku tentang kehidupan yang mana ia banyak membantu ku dalam membuat pelbagai keputusan. Pendek kata dengan Hana senang, selesa dan smooth saja rasa bila bersama.
Pernah aku terbaca kata-kata seorang motivator terkenal di media sosial, having the right person as your spouse is like having a good sparring partner. Ye, Aku nampak perkara ni pada Hana. Ye segalanya baik-baik saja hinggalah….
Aku bertemu dengan seorang gadis yang aku namakan di sini Alya. Alya merupakan rakan kepada rakan sekerjaku. Aku ternampak dia semasa terserempak dengan rakan sekerjaku di luar. Terus mataku asyik memandang Alya saja. Cantik sungguh orangnya.
Ya, Alya is my taste. Cantik, kulit putih melepak, bibir merah bak delima, kecil molek, muda. Alya juga manja orangnya, bercakap lemah lembut saja membuatkan hatiku cair dan rasa seperti mahu melindunginya dan menjadi hero kepadanya. Dia juga seorang berkerjaya berkerja kerajaan.
Aku tanyakan kepada rakan ku tentang status Alya. Single… hairan aku, masakan perempuan secantik ini masih single. Aku terus meminta nombor telefon Alya untuk berkenalan dengannya.
Sepanjang berkenalan juga Alya memang berjaya menambat hatiku dengan karekter manjanya itu. Semua ini berlaku tanpa pengetahuan Hana.
Aku juga sudah mula jarang mesej Hana. Kebanyakan mesejnya sama ada lambat ku reply atau tidak kuendahkan langsung. Ku sudah kemaruk dengan Alya.
Pernah Hana bertanya kenapa aku sudah jarang bermesej dengannya dan dia call pon aku tak angkat. Adakah dia ada buat salah? Aku diamkan saja. Sehinggalah Hana ajak berjumpa. Aku setuju itu pun setelah dia meminta berkali-kali.
Hana tanya kepadaku kenapa sekarang cold saja. Adakah aku ada masalah atau dia ada buat salah. Aku geleng. Lalu Hana tanya “Where is this Going? Perkenalan kita nie.”. Aku diam. Entah macam mana tiba tiba keluar daripada mulut Hana, “Awak ada kenal orang lain ke?”. Terkejut aku di situ.
Betullah, Hana ini instinct nye kuat. Aku angguk. Hana tanya aku siapa perempuan tu. Aku hanya jawab “Adalah”. Bila Hana tanya bila aku mula berkenalan, aku jujur je bagitahu baru sahaja.
Hana mula marah. Dia persoalkan kenapa aku tak jujur saja bila dah ada orang lain Kenapa buat dia macam nie.Hana juga confess pada aku yang dia dah mula berkenan dengan aku. Aku just cakap “Maaf”.
Bertubi-tubi soalan Hana ajukan pada aku. “Apa yang buat awak berubah hati bila jumpa dia?”
“She’s my taste” Aku jawab selamba.
“Habis tu saya nie bukan?”. Aku diam.
“Kalau bukan ,kenapa nak berkenalan dengan saya dulu, kenapa tak bagi tau awal-awal tak berkenan dengan saya?”. Masa nie nada suara Hana dah mula meninggi dan tegas sedikit. Aku mula rasa tercabar dan menyampah dengan Hana.
Terus aku cakap, “She’s younger, prettier and fairer than you. Dia manja lemah lembut bukannya serius macam awak. Saya pon nak cari yang subur.”
Masa nie aku noticed air muka Hana berubah. Dia remind aku jangan ingat asal muda je subur kerana ramai kenalannya yang muda lagi tapi susah untuk mendapat anak. Ramai juga yang berusia tapi masih dikurniakan zuriat.
Kami bertikam lidah di situ untuk seketika. Bila aku cakap begini Hana balas begini. Akhirnya untuk aku diam kan Hana, aku keluarkan lagi kata-kata yang menghiris hatinya.
” Sudah-sudahlah, awak tu andartu sedarlah diri tu sikit! Jangan nak desperate sangat. Orang dah tak nak, blah jelah!!”.Time ni suara aku dah macam pakai speaker.
Hana terdiam. Matanya berkaca.
Aku masih ingat kata-kata Hana nie,”Fine, saya pergi. Tapi ingat Azam, kifarah is real. Semoga awak bahagia dengan pilihan hati awak.” Hana pon pergi tinggalkan aku.
Aku… masih dengan keegoan ku, langsung tak tunjuk apa-apa reaction. Aku perhati je Hana ke keretanya dan berlalu pergi tinggalkan aku. Masih segar dalam ingatan ku saat ini.
Dalam hati aku ada sikit rasa sakit buat macam tu pada Hana tapi tidak aku endahkan,aku lebih nak fokus pada Alya. Lepas peristiwa ni aku dan Alya makin rapat. Kami selalu keluar dating bersama.
Masa berjalan sebelah Alya tu aku rasa bangga betul sebab dapat teman yang cantik. Banyak je mata yang memandang Alya kerana terpesona dengan kecantikannya.
Tapi banyak banyak mata yang memandang tu akulah yang paling bertuah sebab dapat Alya. Itulah yang aku rasa. Apa Alya nak semua aku tunaikan.
Beberapa bulan mengenali Alya kami pon bertunang. Aku pon makin bersungguh lah nak kumpul duit untuk kahwin dan kehidupan lepas berkahwin. Masa ni aku memang sibuk dan penat berkerja. Yelah dah ada target yang jelas sekarang.
Ketika ini jugalah perangai Alya makin menjadi. Ye Alya memang manja dan sweet tapi dia kurang matang bab kehidupan.
Yelah Alya kan dalam 20an. So dia susah nak memahami bila aku sibuk dan tak dapat angkat call atau balas mesejnya secepat mungkin. Selalu Alya merajuk dan kadang2 sampai berhari-hari. Penat juga aku nak memujuk.
Aku juga tak boleh kongsi banyak cerita dengan Alya. Pernah sekali aku ceritakan kepenatan ku berkerja pada Alya, instead of understanding me she just continued talking about her day. Aku frust.
Bila aku nak berbincang soal perkahwinan atau perancangan sebelum dan selepas berkahwin aku rasa macam aku bercakap sendiri. Akulah tanya, akulah jawab.
Alya hanya dengar dan jawab “hmm…” atau “yelah”. Semua nie ibarat tak penting pada Alya dan dia hanya melepaskan tanggungjawab untuk memikirkan semua ini pada aku.
Saat ini aku teringatkan Hana. Luluh hati aku. Dengan Hana, perbincangan mesti akan jadi rancak dan menarik. Mesti endingnya dapat kata-kata nasihat atau pendapat yang aku ingin dengar.
Hana bijak, matang. Puas hati bersembang dengannya. Hana pon bukan jenis kuat merajuk. She’s very understanding. Tapi itu semua kenangan… kenangan yang tak dapat ku ulang lagi.
Penangan Alya makin menjadi bila kami pergi survey tempat untuk majlis dan baju semua. Alya nak yang glamour, dan exclusive je. Of course lah mahal. Bila aku cadangkan pakej yang moderate sikit but still elegant and nice Alya berkeras taknak.
Aku explain pada Alya, yang ini mahal dan kena fikir kewangan selepas kahwin juga. Tak diendahkan dan mesti berakhir dengan rajukan yang berhari-hari. Duit aku juga banyak berhabis pada Alya. Dia baru mula berkerja jadi tiada simpanan sangat untuk bayar sesetengah persiapan perkahwinan.
Entahlah, aku penat sangat sekarang. Aku rindu Hana! Aku mula tertanya-tanya tentang pilihan yang aku dah buat. Aku menyesal buang Hana dulu. Betul ape Hana cakap “kifarah is real”. Aku cuba contact Hana tapi dia dah block aku.
Baru-baru nie ibu saudara ku buat kenduri dan menjemput aku sekeluarga. Sampai saja di rumah ibu saudara ku terus aku ternampak Hana. Jantung aku berdebar semula sepertimana masa aku baru jumpa Hana dulu.
Pandangan kami bertemu, terus Hana pandang ke tempat lain. Aku faham. Sepanjang kenduri beberapa kali juga aku curi-curi pandang Hana. Terus ibu saudaraku bisik padaku “Jangan nak pandang2 sangat. Awak tu darah manis.”
Tak lama lepas tu aku tak nampak dah Hana. Ibu saudara aku cakap lagi “Dah balik daaaah”. Adus, ketara sangat rupanya aku mencari Hana. Cepat Hana balik, mungkin sebab nampak aku.
Ibu saudara aku mmg bising bila tahu aku gaduh dengan Hana. Dia tanya kenapa buat Hana begitu. Kalau tak suka tak apa tapi jangan hina orang dengan perkataan bukan bukan. Aku diam je. Ibu saudara aku pon malu dengan Hana sebab tak sangka aku akan buat begitu pada dia.
Sejujur nya… aku betul2 menyesal lepaskan Hana dulu. Aku silap. Aku terlalu memandang sangat pada rupa paras yang cantik, kulit yang putih dan usia yang muda dalam mencari jodoh. Hana tu sebenarnya dah cantik pon tapi aku yang tak bersyukur.
Kepada lelaki di luar sana, nasihat aku janganlah terlalu memandang kepada paras rupa sangat kalau nak mencari jodoh nie. Boleh kalau nak ada taste sendiri tapi janganlah sampai terlalu cerewet sangat dalam memilih hingga kita terlepas seseorang yang sebenarnya terbaik untuk kita.
Satu lagi, jangan pandang rendah atau hina pada golongan wanita yang berusia dan masih belum berkahwin. Mereka punya banyak sangat kelebihan dan kecantikan yang tersendiri. Kenal dulu baru tahu.
Nak kahwin nie bukan hanya pada paras rupa atau usia semata. Yang penting hati, kematangan dan keserasian. Aku dah terlepas sebentuk berlian yang jatuh ke riba ku. Sekarang yang ada hanya kaca yang menghiris.
Tarikh kahwin aku sepatutnya Disember nie. Tapi aku dah mula rimas dan runsing dengan perangai Alya. Ini belum lagi kahwin, kalau dah kahwin nanti macam mana. Aduh. Apa perlu aku buat ye. Teruskan atau jujur saja pada Alya?
– Azam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tipikal lelaki Melayu tak bermaruah.
1. Curang pada Hana dan pengecut tak nak bagitahu awal awal kau berkenan dengan Alya.
2. Nak kahwin dengan Alya sebab dia cantik.
3. Permainkan Hana, lepas tu hina dia sebelum putus.
4. Baru sedar Alya tak seindah rupa. Cari Hana balik padahal dah bertunang dengan Alya.
Bodoh dan pengecut. Tolong jangan kahwin dan rosakkan anak dara orang.
Orang macam kau ni tak layak kahwin. Sila putus, muhasabah balik dan buat istikharah kaj nak siapa. Once dah decide, buat keputusan dan jangan toleh belakang dah. Be a man not a bitch. Jangan buat perangai pengecut memalukan kaum Adam.
Jangan hina org lelaki melayu la bangsat.. Kau x puas hati tinggalkan no. Tel kau. Jgn main melayu2.. 😡
setuju. tak guna punya jantan. kalau takmau pun berterus terang la. cakap baik-baik.
No wonder la umo kau pertengahan 30an tapi tak kawin2 lg.. muhasabah balik diri kau bro.. biasa aku jumpe spisies camni mengaku ada rupa tapi pecah.. rasa diri dia terpaling sempurna dan layak dapat yg paling terbaik mengikut citarasa dia je.. pls, pakai kondom bro.. jangan membiak
Menyiraap jeee aku baca confession ko ni azam.Usia dah pertengahan 30 an tp pemikiran mcm budak br lepas abeh spm je.
Ko ni kan jadi lelaki yg berkepimpinan boleh?
Kalau rimas dengan perangai kebudakan alya tu ko bincang dan btau la dia.
Kalau dia sayang ko dia akn cuba berubah bah.Kalau da btau tp dia still mcm tu br la fikir nak tglkan.
Ko igt kalau ko get back dgn hana takkan ade perangai dia yg ko tak berkenan ke?
Tolong jd matang sket boleh.btw aku setuju dgn bro jack atas ni ckp.
Satu je nak cakap…” adan uke” hehehhe
Satu je nak cakap kat kau bro.
Padan muka kau setan!!!! 😆
Ikhlas,
Ahli persatuan andalusia semalaysia
Lucky Hana she running away from you…..she deserves better than you weak…..dasar lelaki red flag….kepala butohhhh hang….haihhhhtuih
1. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
2. Kalau sebelum kahwin dah buat “perangai”, lepas kahwin lagi susah nak kawal.
Padan muka hang.. kawin je la rasa kifarah seumur hidup
Jgn cari Hana lagi ya. Sbb lps ni kot ada benda lain pulak kau hina dia if kau ada nak marah ke apa.
Dan jgn kawen juga dgn alya. Please cari yg lain. Lps tu trust pada hati dan fikiran..bkn pada mata dan nafsu.
BTW ko hensem sgt ke nak hina org? Hmmm.
Semoga Hana jumpa jodoh yang terbaik. Aamiin. Manakala awak, teruskan jadi bodoh untuk Alya. Macam awak bagus sangat sampai menghina andartu. Entah2 perasan hensem. Jadi andartu lebih mulia daripada dipermainkan perasaan oleh lelaki mcm awak. You deserved it. Dah tu je nak cakap. Lu pikir la sendiri. Ni sehabis baik aku tak guna perkataan mencarut nak kecam kau. Menyirap darah baca confession ni! 🤬
Lelaki Melayu berusia pertengahan 30an tak semestinya matang dan bijak. Hmm…okay noted that ✅️
Betul sis lelaki M****u umur dah nk masuk 40 pon belum matang & bijak bukan semua tp mostly.. setakat sembang jer pandai tp bila tang nk buat apa pon x boleh 😎😎
Entahlah ek, banyak² part, part menghina tu kenot be brain, habis madu sepah dibuang ek
Boleh je at 1st jujur dgn dia kata ‘open minded’ n sekadar rakan dalam tempoh sekian² apo
Dasar
Dalam banyak2 confession, ini y aku pilih utk nak komen. 2 mat, antara kau kawin dgn alya dan mereput berdua sampai mati atau kau membujang jadi anak teruna x laku sampai mati. Manusia nak tengok matang atau tidak, tengok pada waktu dia marah. Dan jelas sangat x matang kau tu based on ayat2 kurang ajar kau bagi pada hana. Kau sendiri x guna sebab lari dari situasi, x berani nak berhadapan dengan masalah depan mata. X sesuai dibuat laki. Kalau dah ada ciri2 idaman wanita jangan dok gatai turunkan standard tu sebab pikir x laku,dan main sebat rembat mana2 perempuan lain. 1 lagi, kalau kau bangga bila lelaki lain tengok perempuan kau nampak sangat kau bodoh kat situ.
Aku dulu dlm situasi kau..
Belum terlambat.. Blah bro.. Aku cakap. Blah bro.
Masak kau nanti bro..
Ko kawin jugak.. Ko tempah penyakit. Cri yg berakhlak bro.. Hana tu pun x padan.. Tua.. Xleh zuriat. 40 an nk bg zuriat mcm mn..
Cari lain.. Alya tu jgn.. Tlg la dgr ckp aku.. Plss.. 🙇
Hebat betul kau kan macam tahu perjalanan hidup orang tu. Menghina bukan main sedap lagi. Jodoh, ajal & rezeki bukan kau yang tentukan. Jangan nak ambik kerja Tuhan pulak. Kalau perangai toksik kau nak marah ye lah, ni sampai drag takdir orang tu memang melampaulah. Macam kau ni hebat sangat. Siapalah pasangan & anak kau tu nanti. Makan hatilah dia dengan perangai kau ni
Selagi belum menopos boleh je bagi zuriat
Cer bayang kan…dia duk sibuk2 hina orang andartu, dan nak pilih yang muda. Bila dah kawen dgn si muda x dpt anak jugak. Rupanya si lelaki yang mandul. Ooopss…
entah2 ko tu yang mati pucuk, ada hati nak mengata anak dara orang. nanti kalau dah kahwin, tak dapat anak, sila la check diri sendiri ye bro, entah2 ko yang taksubur wkwk
Ko mmg jilake mat..kalo jumpe depan² nk je aku simbah dgn air longkang..sukati nk hina sebaik² wanita cam Hana tu..ko mmg xlayak utk Hana bukan Hana yg xlayak utk ko..semoga pjg jodoh ko ngn Alya..aku doakn Alya tu ada PCOS pastu harap muka je lawa tp pengotor, pemalas, mls mandi..aminn
aaminn ..
Dlm story ni Alya tuu tak bersalah pun. mcm ko ckp, dia cantik. Dia cantik sbb mak bapak dia mampu. Kalau ko tak mampu, jangan mimpi nk dpt pompuan cantik. pastu ko mengeluh dia pilih yg baju kawen yg bajet tinggi. Bro, sorry to say ko yg kena sedar diri. Mmng laa Alya tuu nak yg wow dia pun bukan biasa2 mcm yg ko describe laa. Kan HOT. KO TUU YG SENGKEK.
Just so u know, Alya tak salah. ko yg salah. Dah sengkek, ada hati nak hina pompuan lain nak subur bagai. Allah bagi kifarah kat ko nanti baru tahu. Anak tuu rezeki Allah nak bagi dia bagi jer. Tapi betul laa mcm komen kat atas, ko jngn membiak.
you reap what you sow!
Biaq hg rasa nikah tapi mcm hidup single mcm andartu yg hg kutuk tu. Hg tak layak pun jadi suami. Buat malu kaum lelaki ja hang ni.
satu ja aku nak cakap, PADAN MUKA , LELAKI MELAYU TIPIKAL!!!!!!
Hana sangat bernasib baik terselamat dari jantan tak berotak dan kurang ajar.
You deserved all the bad things that happened to you and more.
Semoga Hana terus tak pandang muka kau lepas ni. Kau memang tak sekufu dengan dia