Assalamualaikum semua pembaca.
Nama aku Ombak Rindu.
Berkahwin sudah 8 tahun dan punya seorang anak perempuan berumur 5 tahun dan buat masa sekarang kami pon rasa cukup lah 1 anak dulu. Belum punya perancangan untuk tambah anak.
Aku tak mahu berlumba dengan orang lain dalam soal anak. Orang lain nak punya anak sampai 4@5@6 anak, biar lah orang lain. Prinsip aku, 1 anak cukup buat masa sekarang.
Aku dan suami dua-dua kakitangan kerajaan. Suamiku pembantu tadbir dan aku memegang jawatan pelaksana. Gaji dia tak besar pon tapi ok lah untuk keluarga kecil kami.
Kiranya hidup kami sederhana la, tak senang dan tak mewah.
Ok la aku terus tuju kepada point penulisan ini. Aku nak tanya pendapat kalian semua, ok ke kalau sebagai penjawat awam aku belum beli rumah?
Umur aku dah masuk 36 tahun dan aku belum beli rumah.
Sekarang keluarga kecil kami tinggal di rumah kepunyaan suami aku yang dia dah beli lama masa dia mula2 kerja dulu.
Suami aku ni sudah 15 tahun bekerja. Jadi dia beli sebuah rumah apartment kos sederhana tempat kami berteduh sekarang. Kami tinggal di negeri Selangor.
Suamiku juga ada sebuah kereta yang dah habis bayar dan dia bagi pada aku untuk aku ulang alik kerja. Jadi aku dah tak beli kereta. Dan dia ada sebuah motor yang dibeli secara tunai.
Jadi kenderaan bagi keluarga kecil kami adalah sebuah kereta myvi model lama dan sebuah motor yang suami aku guna untuk ulang alik ke tempat kerja.
Jadi….. Bila dah ada sebuah rumah, aku jadi sudah tak ada minat untuk beli rumah sebab apa yang aku nampak beli rumah adalah satu komitmen yang sangat panjang.
Aku rasa macam tak larat untuk menanggung loan yang panjang itu dengan gaji ku yang kecil.
Gaji kasar aku dekat2 RM4k sebulan. Tapi aku ada komitmen medical card, takaful, dan aku ada buat personal loan RM20k untuk beli sebuah viva terpakai untuk kegunaan adik aku kat kampung.
Jadi…. Aku rasa aku masih tak mampu nak beli rumah. Tapi dalam masa yang sama, aku juga terfikir ok ke kalau aku tak beli rumah? Adakah aku akan rugi?
Sebab kawan2 aku bercerita rugi kalau tak beli rumah masa muda ni, nanti loan jadi tinggi, rugi tak beli rumah nanti kalau jodoh tak panjang dengan suami, kita tak ada tempat berteduh.
Jadi aku sekarang dilema. Aku sebenarnya selesa hidup tanpa hutang yang besar, aku boleh tidur lena tanpa hutang yang besar, tapi dalam masa yang sama risau kalau tak beli rumah ok ke tidak sebenarnya.
Tapi oleh sebab aku masih belum beli rumah, setiap bulan aku menyimpan secara konsisten sekurang2nya RM500 setiap bulan. Kalau dalam bulan tu aku tak jalan ke mana2, aku boleh menyimpan RM1k.
Aku menulis hanya untuk tanya pendapat kalian. Boleh lah kita bincang-bincang di sini untuk bertukar pendapat.
Terima kasih.
– Ombak Rindu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
15y in service n msh blm beli rumah sbb sye btugas di negeri lain n ddk sbtg kara. X beli rumah sbb after retirement nk stay di kg n di sana sye ade rumah pusaka yg diwariskn ke ats sya. For me yg btugas di bandar , dgn gji yg so-so lbh baik menyewa untk mgurangkan bebanan kewngan dan lebihkan saving dlm bntuk gold dan cash coz kite kne ingt bila ssh nobody will help us except ourself.
daripada penulisan Sis, kelihatan sis selesa dan bahagia dengan kehidupan yang sis lalui sekarang. tak mengapa sis tak beli rumah lagi, kerana ia bukan keperluan untuk sis masa kini kerana sis telah ada rumah sekarang (rumah yang suami beli) untuk berteduh dan diami.
apa yang sis rasa bahawa ansuran rumah adalah satu komitmen yang memakan masa yang panjang adalah betul. ia akan menjadi bebanan bulanan untuk dibayar jika tiada keperluan untuk memilikinya. sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat dan bertemu di Syurga.