Selamat Berbahagia Cinta Hatiku

Hi semua. Terima kasih admin jika cerita aku ini terpilih untuk disiarkan.

Aku sedang menulis confession ni dengan perasaan yang sedih dan bercampur baur sangat. Sebab harini adalah orang yang aku sangat cintai hingga ke hari ini akan berkahwin.

Tepat jam 7 malam nanti.

Oh ya, perkenalkan nama aku Biru. Aku berumur hampir hujung 20 an. Bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu akauntan setelah grad dari uni masa umur 23.

Cerita yang aku nak ceritakan ini bagi aku sangat menyedihkan kerana apalah dosa diriku sampai teruk betul kisah cinta yang aku lalui sepanjang hidup ini. Adakah ini sumpahan atau bagaimana?

Sumpahan yang aku maksudkan adalah, setiap kali aku bercinta, lelaki akan curang dan selepas itu, mereka akan berkahwin dengan perempuan itu. Setiap kali aku bercinta, perkara ini memang akan terjadi.

Namun yang ingin aku ceritakan sebenarnya adalah tentang lelaki yang aku sangat cintai ini, yang sudah berjanji untuk kami bernikah dan hidup semati namun kecundang di tengah jalan. Lelaki ini kunamakan Besi.

Besi ni ketika bercinta dengan aku, semuanya indah. Dia sangat baik bukan saja dengan aku, dengan keluarga aku juga, rajin mencari duit,sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap yang dia lakukan.

Hubungan kami terjalin sehingga 2 tahun lamanya. Namun, ketika dia mendapat surat untuk berpindah ke negeri lain atas urusan kerja, di sini cinta kami diuji.

Mulanya semua baik2 sahaja, tidak sehingga dia semakin jarang membalas chat, makin kurang video call dan kadang2 offline sampai berhari lamanya.

Bila sudah dapat dihubungi, alasan yang diberikan adalah dia melawat kawasan ladang dan perkampungan yang tiada line atas urusan kerja.

Aku iyakan sahaja kerana malas memperpanjang pergaduhan dan tidak mahu overthinking. Namun begitu, layanan dia terhadap aku masih seperti dulu sangat manja dan manis.

Aku hampir setiap bulan akan datang ke negeri tempat dia bekerja untuk bertemu dengan nya kerana aku hujung minggu tidak bekerja manakala dia bekerja shift.

Pada suatu hari tepat 16/4/2023 , dia mulanya berkata bahawa dia cuti pada hari tersebut dah menyuruh aku datang untuk melawatnya.

Namun dia tiba2 membatalkan pertemuan tersebut atas alasan dia tak jadi cuti kerana mahu cover shift untuk kawannya.

Aku mengiyakan sahaja namun hati masih tidak sedap kerana dia berkelakuan agak pelik seperti tiba2 sangat sweet dan tidak keruan.

Aku ada satu rahsia dimana aku boleh log in ig si Besi tapi dia tidak tahu kerana dia jarang membuka Instagramnya. Aku tertarik untuk membuka ignya pada waktu tersebut dan terlihat dia search nama perempuan yang kunamakan Melia.

Aku pelik kerana nama perempuan ini seperti ada dalam contact si Besi. Lalu aku search di FB nama perempuan tersebut dan yang ku nampak adalah si Besi mutual friend dia.

Aku tanpa segan silu lalu chat Melia straight to the point adakah dia mengenali Besi dan banyak lagi. Alangkah terkejutnya aku bila dia berkata Besi adalah teman lelakinya dan kini sedang berada di rumah sewa miliknya(Milik Melia).

Hampir terduduk aku. Aku tanpa berfikir panjang terus menuju ke tempat yang diberitahu oleh Melia tadi (Dia memberikan kerjasama) dan sampainya aku disana pada waktu malam,

Aku terlihat ada kereta Besi di bawah porch, lemah longlai aku menuju ke bilik yang di hadapan sekali lalu mengetuk pintu.

Pecah tangisku tatkala yang membuka pintu itu adalah cinta hatiku yang aku rindui sekian lama tidak berjumpa. Tanpa berkata apa2 aku terus berlari ke kereta dan balik ke hotel yang telah aku tempah tadi.

Yang paling sedih adalah besi langsung tak menghubungi aku kerana sibuk memujuk cinta hati barunya.

Cerita ini berlaku setahun yang lepas.

Luka di hati masih ada. Luka di hati belum pulih.

Semalam jam 6 pagi aku ternampak postingan rakan2 FB bahawa si Besi dan Melia akan bernikah. Aku tersenyum pahit.

Mereka yang menyakitiku sudah bahagia. Aku?

Masih terpuruk dalam kolam masa lalu.

Yang masih termanggu, 

SI BIRU HARU (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Sabar dik. Sesungguhnya Besi bukan jodohmu. Syukur Allah tunjukkan lebih awal. Allah sedang meyimpan seseorang yg lebih baik untukmu, dan dia akan tiba bila tiba saat itu. Kalau Biru ckp setiap kali bercinta, bf akan curang, then jgn bercinta. Tunggu shj hingga tiba saatnya, waktu itu sang jodoh akan dtg tanpa perlu bercinta pun.

  2. Cintakan bunga, bungakan layu,
    Cintakan manusia, manusiakan pergi,
    Cintakan Allah, kekal abadi.

    Hidup di dunia ni persinggahan je dik,
    Hidup yang sebenar di akhirat sana.

    Ujian Allah beri untuk kita kembali kepadaNya.

  3. Baru setahun rse sakit tuu masih ada. Percayalah sakit mencintai sebelah pihak ni. Percayalah lelaki kalau nak kita, susah mcm mana pun dia akan usaha. Kalau tak nak, sampai mampos banyak alasan. Syukur jer awak tak dijodohkan lelaki bangsat mcm tuu. Kalau dah kawen jadi milik awak baru awak perlu broken ini baru bf. Lantak dia laa. Dia tak layak untuk awak. Stop cintakan bangsat. PLEASE. U DESERVE BETTER. Dan jangan buat benda ni sumpahan hidup awak. ingat, kata2 adalah doa. Cakap yg baik2 and percaya jodoh awak akan tiba. JAUH LAGI BAIK DARI DIA. Aamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *