Cinta Yang Disatukan

Hi korang.. Saya nak kongsi kisah saya. Saya ni sibuk berkerja. Saya suka kerja. OT hari² pun saya tak kisah. Mana² kawan² yang ada hal saya dengan rela tak over kerja mereka. 

Tanpa saya sedar umur saya sudah mencecah 27 tahun. Bukan saya tak nak cari pasangan. Cuma saya belum jumpa yang betul² buat hati saya jatuh cinta. 

Ok kita pendekkan cerita. Nenek saya ada abang dekat luar Malaysia, nenek saya ne melayu keturunan melayu cuma sebab dia mengikut atok saya maka dia pun jadi warga Malaysia

. Paham tak sini. Adik beradik nenek cuma ada 3 orang, nenek yang bongsu 2 abang paling atas ada di Indonesia keturunan melayu. Percakapan, adat mereka pun sebiji macam kita.

Suatu hari nenek dapat khabar abang dia yang tua tu sakit. Nenek nak sangat jumpa 2 abang dia ni. Jadi saya, mak, ayah, nenek, atok mak sedara dan seorang sepupu pergilah ke kampung asal nenek. Senang je nak cari sebab ramai orang kenal 2 atok sedara saya ni. Orang lama katakan. 

Kami di sana 2 malam. Nenek dan 2 abang dia pun bertemu. Lama juga mereka tak berjumpa. Bukan nenek tak nak jumpa tapi nenek merajuk dengan 2 abangnya tu. Haha. Macam itu lah. 

Ok, berbalik pada cinta yang disatukan, ini bukan kisah nenek saya tapi kisah saya. Hari pertama saya di sana, saya terpandang seorang mamat ni, Allah.. hati saya terus dup dap tau. Ish tak pernah saya rasa macam tu sebelum ini.

Mamat ini baik sangat, baik sangat dengan orang tua. Cara dia bercakap pun lembut. Ada sekali tu dia melirik ke saya, saya apa lagi rasa nak pengsan je masa tu. Ntahlah perasaan tu tak boleh nak dijelaskan. 

Mamat ni cucu sedara nenek saya lah kiranya. Cucu sepupu nenek saya. Dia banyak membantu kami semasa kami berada di sana. Dia keja polis dekat sana weii. Haha. Ada pangkat, bujang umur 29. 

Kata orang tua dekat sana, mamat ni pernah bertunang tapi bukan jodoh jadi putus di tengah jalan dan sampai sekaranglah mamat tu tak kahwin dan mereka anggap mamat tu bujang terlajak dah. Tu yang saya curi² dengar lah.

Almaklumlah orang tua kalau berbual semua benda dia tanya. Itu anak siapa, dah kahwin belum, keja apa. Yang saya memang kebetulan dekat situ dah tentu saya dengar setiap butir perbualan mereka. Dan sudah tentu saya pun mereka tanya. Haha.

Dan apa lagi nenek sedara saya kata jodohkan je mereka berdua, dua² bujang. Masa saya dengar tu saya terkejut tapi hati berbunga² weii. Tapi saya control lah.

Saya cuma bagi seukir senyuman. Tak kan lah saya melompat² gembira sambil tepuk² tangan saya nak saya nak. Ish tak ada lah sampai macam tu. Masa orang tua² tu berbual macam tu, dia ada duduk dekat hujung sana, saya nampak je dia. Haha. Dia pun senyum weii. 

Memandangkan kami cuma dapat bermalam 2 malam sahaja di sana, kami terpaksa balik semula ke Johor. Dan pasal kami berdua terhenti lah masa tu.

Saya nak sangat nenek kata, “nanti kami datang lagi bincang pasal mereka berdua pulak” Tak ada. Malu la saya kalau berkata macam tu. Dan kami tak pernah sekali pun berbual berdua. Huhu.. Hanya dia melirik ke saya, saya lirik dia.. haha.. Tapi hati tu macam menyatu. Aah gituew. 

Selang dua bulan, dengan saya yang sibuk bekerja namun sesibuk² saya keja saya tetap masih membayang²kan wajahnya di benak pikiran saya. Bila lagi dapat jumpa. Ermmm.. nenek ajak kami berkunjung di kampung halamannya sekali lagi.

Tapi masa tu saya sibuk bebenar dan susah nak ambik cuti. Saya usaha jugak tapi tak boleh. Jadi saya beralah. Keluarga saya pergi kesana lagi lama dari hari tu. Saya yang kena tinggal ni hanya mampu merindu dari kejauhan. Huhu.. 

Masa keluarga saya balik dari sana mereka meminta saya cuti lama pada hari sekian² yang mereka dah tetapkan. Saya tanya buat apa. Mereka tak jawab pun. Tapi macam saya dapat agak da. Saya korek² dekat nenek pun tak dapat, nenek cuma kata nnt awak tau la. 

Pada hari kejadian kali ini kami sekeluarga ke sana seminggu lebih 8 9 hari tak silap. Yang saya ni mang tak sabarlah nak kesana. Kalau boleh nak terbang je terus ke sana. Haha

Sesampai di sana mata saya ni terus mencari² kelibat mamat tu. Huhu rindu terpendam lama kot. 2 hari saya di sana 2 hari tu saya tak jumpa dia. Nak tanya segan.

Hari ke 3 di sana, awal pagi lagi lepas subuh dah terang jugak saya dengar suara lelaki bagi salam, kebetulan saya yang duduk di ruang depan bdekatan dengan pintu jawab salam dan berdiri nak tengok lah siapa gerangan bagi salam pepagi buta.

Allah.. dia weii berdiri depan pintu. Macam nak jatuh jantung saya ni. Tak keruan saya di buatnya. Rasa macam nak sorok muka, tapi dekat mana, macam nak lari peluk tapi eh tak boleh la kita kan orang pompuan islam pulak tu.

Ntah bercampur baur perasaan saya masa tu. Macam tak jejak tanah pun ada. Dia antar sarapan la. Huhu.. dalam dulang. Dia kata mak dia masak nak bagi dekat kami.

Saya ni sambut la dulang tu. Saya tak cakap terima kasih, tapi saya cakap pegi mana tak nampak.. ntah kenapa saya boleh cakap macam tu. Aduh nampak sangat saya ni tunggu dia. Lepas tu dia jawab apa tau, kenapa rindu ke.. aah gilak. Macam nak pengsan saya masa tu.

Saya ambik dulang tu cepat² dan masuk cepat². Memandangkan kami di rumah sedara mara nenek saya terpaksalah saya kawal perasaan saya yang bagai nak meletup tu.

Nak ikut kan hati ni, nak lari dalam bilik terjun atas tilam tekup muka dengan bantal dan jerit kuat². Tapi tak boleh. Tapi hati bbunga². Segala macam bunga keluar. Ya Allah. 

Hari itu baru lah saya tau kami bakal di tunangkan. Saya macam apa. What? Apa ni apa ni.. macam iye ke.. nenek dan mak baru bagitahu saya.

Mereka memang tunggu mamat tu balik dari tugasan luar. Risau apa yang mereka rancangkan tak jadi sebab mamat tu kena bertugas di luar kawasan secara tiba².

Mereka pun tanya dekat saya kalau saya ni setuju. Kalau setuju, sebelum kami balik ke Johor, kami akan ditunangkan. Mereka tak nak lah paksa². Mereka tanya jugak dekat saya. Saya pulak tanya orang sana nak ke.. haha.. mereka kata orang sana memang nak dia ikut je.

Saya pun buat² macam jual mahal. Itu mesti jangan terus kata nak setuju. Kita ada harga apa. Haha. Errmmm saya kata. Saya tak bagi jawapan serta merta. Mereka bagi saya masa. Tapi esoknya kena bagitahu. Setuju atau tidak.

Kalau setuju mereka nak buat majlis kecil²an gitu. Tak setuju pun mereka kata tak marah mereka paham. Malam tu saya tak boleh tido. Saya tanya diri sendiri. Saya suka kot dekat mamat tu. Apa saya nak lagi. Apa saya nak?

Lepas solat subuh, saya bisik dekat nenek, saya setuju saya ok. Nenek dan mak tanya 2 3 kali jugak. Saya kata iya. Ayah pun tanya saya, saya jawab dekat ayah iya setuju. Pagi tu riuh satu rumah. Ntah² riuh satu kampung. Haha. 

Pendekkan cerita kami bertunang. Nama penuh dia saya tak tau, no hp dia saya tak tau. Kami berbual berdua pun tidak. Semua keluarga yang aturkan. Masa tunang tu mak dia bagi cincin warisan keluarga belah dia, muat pulak tu.

Walaupun batu cincin tu besar saya suka je. Saya senyum jee tengok cincin tu masa mak dia sarungkan. Permata dia besar. Saya bayangkan bagaimana la saya pakai di jari sehari² saya. Mesti orang perasan dan tegur. 

Sehari sebelum kami balik, dia minta izin nak jumpa saya berdua. Selama saya hidup 27 tahun yang pernah keluar berdua dengan saya atok dan ayah saya je. Ni kan pulak dengan orang lain. Aduh tak dapat nak bayangkan bagaimana la saya nanti. 

Masa jumpa dia face to face tu, kami betul² duduk di beranda rumah. Tak ada siapa di situ. Cuma kami dua. Dia duduk hujung sana, saya pulak duduk hujung sini. Nak berbual macamana tu. Tak kan nak jerit.

Lepas tu dia tanya boleh dia duduk lebih dekat sikit tak. Duduk dekat pun tak pa jawab saya dalam hati. Dalam hati je berani. Nak cakap tu uii tak berani la. Saya kata ok boleh. Dia pun duduk lebih dekat. Kami bincang pasal kami dua.

Dia tanya lepas kahwin saya bagaimana maksud dia saya tinggal bersama dengan dia atau bagaimana. Memandangkan saya bekerja. Saya paham apa dia maksudkan.

Dia bagitahu dia ada buat rumah, tapi belum siap. Dia kata kecil sahaja dan dia buat sikit². Dia minta saya pegi tengok rumah tu. Saya putuskan yang kami kemungkinan akan PJJ untuk sementara waktu. 

Tapi kami pegi berjemaah. Sampai di rumah yang di maksudkan, saya tengok rumah tu hampir 70% dah siap. Bilik satu.

Saya kata kenapa tak 3 bilik. Dia kata boleh tambah. Lepas tu dia tanya kenapa nak 3, saya jawab sepantas kilat sebab nak anak ramai. 3 lelaki 3 perempuan. Biar meriah. Dia kata ketawa weii.

Saya kata nak buat tu biar alang². Betul tak. Saya kata dapur nak belah sini dan macam gini macam gitu. Kemudian dia kata, ambik masa lama lagi la.. nak cukupkan duit. Duit yang sedia ada nak buat majlis kami.

Lepas kawen rumah kami akan siap sikit² itu janji dia. Sementara tu kami tinggal rumah mak ayah dia dulu katanya. Saya macam tak setuju sebab saya kalau boleh lepas kahwin memang nak terus tinggal rumah sendiri. 

Perjanjian kami 5 bulan ikat. Keluarga kedua² belah kami tak nak lama². Balik ke Johor saya bincang dengan mak ayah saya, duit simpanan saya nak labur buat rumah kami di sana. Saya nak ada rumah sendiri. Saya tak nak tinggal bersama dengan keluarga mentua.

Mak ayah saya setuju. Majlis kami buat belah sana sahaja. Belah kami, kami buat kenduri doa selamat sahaja. Ayah akan bagi sedikit belanja belah sana sebab keluarga belah kami ramai yang nak kesana. Kesian nanti belah sana keluar belanja lebih. Tak nak mereka rasa terbeban kata ayah.

Mas kahwin saya dah tetapkan mengikut syarat majlis agama dekat Johor. Saya minta dia sebentuk cincin yang sama jumlah dengan mas kahwin, lebih tak pa jangan kurang. Duit² saya tak nak saya bagitahu dia.

Saya bagi sejumlah simpanan saya untuk siapkan rumah kami berdua. Rumah kayu yang cantik. Saya nak dia buat seperti yang saya minta.

Dalam masa 3 bulan rumah kami siap. Sangat cantik. Cepat je orang kampung belah sana buat keja. Mereka bgotong royong. Hari² mereka buat tanpa rehat. Dalam masa 3 bulan dah siap. 

Korang tau tak selama kami bertunang tu selama tu jugaklah kami tak pernah menghubungi antara satu sama lain melalui call ke atau wasap. Saya tak tanya dan minta pun no hp dia.

Dia pulak simpan no hp saya tapi tak pernah hubungi saya. Kalau ada hal saya akan bagitahu keluarga saya. Mereka yang aturkan semua untuk saya. 

Dalam 5 bulan bertunang saya tidak mengunjungi dia, dan dia pun sama. Kami percaya dan letak 100% dekat keluarga masing². Cuma pakaian kahwin saya yang tetapkan. Bab yang ini saya nak pilih sendiri. Nasib baik dia ikut je. Dan nasib baik adat kami sama. 

2 minggu sebelum majlis kami beberapa ahli keluarga saya sudah berada di sana. Cuma tinggal saya je yang belum. Banyak hal keja yang saya kena siapkan. 

Boleh sambung tak part dua. Itu pun kalau ada yang minat. Banyak like saya sambung ya. 

– Semekar Cinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Ya.ya..sambong cepat2 tau. Saya teka mesti bakal suami awak dr kepulauan riau. Sbb org2 sana mmg cakap johor riau. Saya dh pernah ke sana..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *