Assalamualaikum, aku Rosie (bukan nama sebenar). Aku telah berkahwin untuk kali kedua dan ada 2 puteri yang masih kecil.
Pertama sekali maafkan aku jika penulisan aku ni membuat kalian agak keliru kerana aku kurang pandai sikit untuk mengarang.
Tahun ini genaplah 2 tahun perkahwinan ku dengan Suami.
Alhamdulillah perkahwinan kali ini aku bahagia walaupun banyak kekurangan suamiku tapi aku terima dan sama-sama kami usaha.
Kisahnya, kami pjj dan selepas aku bersalin anak kedua pada tahun lepas aku decide untuk pindah ikut suami aku kerana selama ini aku tinggal bersama keluarga aku.
Selama berpindah kami menumpang di rumah saudara aku kerana dia jarang tinggal disitu.
Jadi kami anggap sementara sahaja sambil cari rumah sewa, tidak mengapalah kita tumpang dulu di rumah saudara aku.
Long story short, sebenarnya mak aku marah aku kerana pindah ikut suami aku. Dia fikir aku bawa cucu-cucu dia jauh dari dia. Sedangkan cucu-cucunya yang lain masih ada bersamanya.
Jadi selama beberapa bulan aku tinggal bersama suami aku, keluarga aku tidak henti untuk memujuk aku pulang dan tinggal bersama mak ayah aku kerana faktor utama adalah aku dan suami aku ada masalah kewangan.
Kami juga menumpang rumah saudara jadi fikiran mak aku mungkin dia taknak anak dan cucu-cucunya hidup kesusahan. Aku faham mak mana tak nak anaknya susah.
Jadi, aku berbincang dengan suami aku adakah kita patut pjj balik?
Suami aku berat hati untuk lepaskan aku dan anak2 untuk pulang tinggal bersama mak aku tapi dia fikir dengan keadaan sekarang dia terpaksa lepaskan aku untuk tinggal dengan mak aku semula.
Oh ya, suami aku pernah je apply kerja di negeri aku tapi takde rezeki.
Bukan senang untuk dapatkan pekerjaan zaman sekarang lagi pula position macam dia tu memang susah untuk ada di bandar kecil. Kalau kerja aku ni memang senang untuk main transfer.
Berbalik pada cerita, aku pun minta untuk transfer semula ke tempat lama aku. Dengan niat aku bolehlah kot kerja dengan tenang dan fokus cari duit untuk teruskan hidup.
Tapi lain pula jadinya bila rakan baikku di tempat kerja tikam aku dari belakang.
Aku tak nak tekankan apa yang dia buat tapi ia membabitkan maruah dan aib keluarga aku yang aku tidak boleh terima.
Aku sedih sebab aku jauh dengan suami aku, keluarga aku pula sejenis suka membantah dengan aku. Senang cerita mereka aturkan hidup aku.
Bila aku balik kerja disini, aku berasa sangat toxic dan aku menjadi kemurungan. Anak2 aku masih perlukan kasih sayang bapanya. Bila berjauhan aku taknak mereka berenggang dengan ayahnya.
Jujurnya suami aku berasal dari keluarga orang susah. Jadi keluarga aku yang telah banyak bantu dia dari segi pekerjaan dan kewangan.
Sebab itu dia fikir dia tiada hak untuk pertahankan hak dia sebagai suami untuk melawan keluarga aku.
Sekarang, kami sedang usaha utk buat side income tapi semuanya terhalang kerana keluarga aku control semua.
Jadi aku buntu. Aku dan suami masih mencari duit untuk simpan duit deposit sewa rumah. Kami sedar sampai bila nak menumpang. Walaupun aku tinggal dengan keluarga aku, masih juga aku menumpang mereka.
Kami mencari jalan untuk tinggal bersama semula. Suami aku ada beli rumah tapi rumah kena scam. End up nama dah tak cantik dekat bank sebab rumah tu terbengkalai tak siap siap.
Aku hari hari berdoa semoga Allah kurangkan bebankan keluarga kecilku. Semoga kami kuat mengharungi macam macam dugaan.
– Rosie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ni org cakap xde bala cari bala. Org lain susah2 xnak pjj ko sebok nak pjj. Len kali dengar cakap laki ko tu. Maybe laki ko xredha la tu jd mendapat la ko. Kita dah kawen susah ke senang ke kene dgn laki kita je. Xyah nak libatkan parent dan family member yg lain. Ni sebok nak balik kg. Kita dah kawen berdikari la, cukup ke x ke, bermasalah ke ape ke settle sendiri. Kita kene tegas jgn dok dgr ckp org je. Guna otak tu. Haish geram pulak aku.