Aku Berdosa Atau Overthinking?

Assalamualaikum semua. Aku dah lama sangat nak menulis untuk luahan kat IIUM Confession ni tapi aku tak tahu nak mula dari mana.

Aku perempuan. Sudah berkahwin dan ada anak. Ada suami yang supportive dan penuh tanggungjawab. Cuma aku sekarang terlalu tertekan dengan keadaan.

Ceritanya begini, aku ni jauh sikit dari family, dan aku tinggal di rumah sendiri. Tapi, aku selalu rasa depress sebab aku jarang balik kampung.

Mungkin dalam sebulan sekali, kadang-kadang 2-3 bulan aku akan balik rumah family dalam 4-5 hari. Bawa anak-anak sekali. Dan suami pula akan tinggal dirumah sendiri.

Aku tak tahu kenapa aku rasa sangat tertekan bila nak balik kampung. Mungkin sebab mulut mak dan kakak aku suka cakap pasal aku tak balik kampung dan cakap aku suka bagi macam-macam alasan.

Kenyataannya memang duit aku dan suami hanya cukup sahaja untuk perbelanjaan sebulan. Aku dah cakap tapi mereka betul- betul tak memahami.

Kadang aku letih sangat nak menghadap, aku rasa aku seorang anak yang jahat, derhaka dan tak ingat ibu bapa. Sampai sekarang aku trauma, aku kena serangan anxiety sampai aku selalu overthinking.

Keadaan jugak semakin teruk bila ada keluarga sakit kuat, aku bukan tak nak balik menjenguk tapi suami aku kerja dan agak susah untuk aku tinggalkan.

Tiada yang uruskan bekalan suami ke kerja dan aku kasihan dengan dia bila dia tinggal sorang dalam rumah.

Aku rasa sedih sangat bila aku ditanya berkali-kali bila boleh pulang ke kampung.

Aku sentiasa rasa bersalah terhadap keluarga sebab jarang pulang. Sehingga benda ini mengganggu jiwa dan hidup aku setiap hari.

Aku tak mampu nak fokus jaga anak, aku kehilangan selera makan dan aku sentiasa dihimpit rasa tekanan.

Berdosakah aku sebab sentiasa bersama suami dan tak balik kampung?

Aku tak tahu nak cerita dengan siapa. Aku dah buntu sangat sampai kekadang aku doa dengan Tuhan supaya ambil nyawa aku dan tak perlu lagi aku rasa tertekan macamni.

Trauma aku berpunca daripada sikap mak dan kakak aku yang selalu cakap macam-macam dengan aku hanya kerana aku jarang balik kampung.

Aku ada juga meluah dengan suami tapi dia kata tak perlu fikir sangat. Tapi aku tak mampu tenangkan hati aku.

Adakah aku yang salah? Aku yang berdosa? Atau aku hanya terlalu memikirkan kata-kata orang lain.

Bila aku tak balik kakak aku akan offer ambil aku, dulu suami aku okay tapi aku nampak air muka dia tak gembira.

Bila dah begitu, aku terus rasa serba salah dengan suami.

Dia izinkan tapi bila aku dah takda dia akan cakap kenapa biarkan suami sendiri dirumah. Terus aku akan dihimpit rasa serba salah antara nak ikut permintaan keluarga ataupun jaga hati suami.

Aku sedih dan aku tengah mental down sekarang sampai aku rasa nak mati.

Aku harap ada sedikit nasihat dan semangat daripada korang semua. Doakan aku kuat dan tabah sebab semangat aku hidup semakin hilang.

– Insan dilema (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. kan awak dah kawen. Kne dengar ckp suami bukan kakak awak tuu. Syurga awak kat suami. Mak awak tuu yer laa awak kena hormat tapi cuba laa jelaskan atau ckp jer suami tak bgi. benda ni small matter kalau diorg salah sangka, diorg dosa. tuu jerr. lantakkan nak ckp apa. Stay kuat.

  2. kau dh kwen sis apa yg kau nk heran sgt dgn apa yg fmly kau ckp.. syurga kau bwh tapak kaki suami tp kau blh bbakti lg pd mak ka. tp agk2 la klu stiap bln nk blik kg tnggal suami lama2.. adoii mak kau pn xphm la aku jnis mcmne yg kakak kau tu pon 1 hal dh knp????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *