Ujian Perasaan Si Isteri

Hai assalamualaikum. Thanks admin sudi approve confession ni. Perkenalkan aku Stevia berusia 20an, penjawat awam, telah berkahwin dan belum mempunyai anak.

Aku sebenarnya tidak tahu nak cerita dan luahkan kepada siapa. Selama ini aku banyak simpan dan banyak meluah kepada Tuhan je. Aku tahu kalau aku luahkan kepada sahabat dan keluargaku, confirm aku kena kecam dan itu bukanlah cara yang terbaik sebab akan terbukalah keaibanku.

Jadi aku terpaksa luahkan di platform ni untuk dapatkan segala bentuk nasihat dan motivasi. Aku rasa terbeban dengan ujian ni bila aku pendam sorang-sorang. Jadi aku meluahkannya di sini.

Aku seorang yang sangat feminine dan berjiwa lembut. Alhamdulillah aku juga dikurniakan seorang suami yang aku rasakan baik dan memang bertanggungjawab.

Kami bertemu secara tidak sengaja. Berkenalan sekejap, jatuh cinta lalu berkahwin dan memang perjalanan kami menuju pernikahan sangatlah mudah.

Ya, pertemuan aku dengan suami memang indah sangat. Semuanya berjalan lancar. Aku dapat rasakan suami aku ni memang betul soulmate aku dan anugerah dari Tuhan. Namun, perkahwinan mana yang tidak diuji.. Aku fikir aku akan selamanya bahagia. Tapi Allah uji kami dan sebenarnya ujian itu lebih kepada aku.

Satu malam yang hening, aku dan suami bergaduh besar. Waktu itu segala perangai suami aku keluar. Dari aku tidak pernah lihat dia marah, sampailah waktu itu aku lihat keadaan dia bila marah amatlah memeranjatkan aku.

Suami aku ini jenis pendiam atau boleh dikatakan introvert juga tapi aku tidak sangkalah kalau dia marah sampai keluar kata-kata kesat aku ni dahlah berjiwa lembut memang sedih bila suami yang aku rasa sangat soft spoken akhirnya memarahi aku seperti itu.

Sumpah, aku sedih sangat malam itu. Aku nangis sebab ada satu kata-kata dari suami yang mengguris hati aku sehingga hari ini aku masih ingat perkataan itu.

Malam itu selepasnya terjadi pergaduhan antara kami aku mula rasa macam ni dan aku katakan pada diri aku “Aku tidak boleh sayang suami aku 100% sebab boleh jadi bila-bila masa je dia tinggalkan aku atau Allah akan uji sesuatu diluar jangkaan aku.”

Aku sangat sayangkan suami aku. Aku anggap suami aku terlalu sempurna tapi dengan perkataan yang terpacul dari mulut dia malam itu akhirnya membuatkan aku amatlah terkejut, sangsi dan rasa di mana aku jangan terlalu bergantung pada cinta suami.

Yes malam itu juga, aku punya cinta dan sayang aku pada suami menurun dengan mendadak. Aku takut Allah ambil dia disaat aku terlalu sayang dan tidak bersedia. Macam-macamlah yang aku fikir.

Dan teka apa jadi selepas kejadian malam itu? Hingga hari ni aku macam tidak sangka Allah uji aku dengan ujian ni. 2hari selepas kejadian kami bergaduh malam tu, ada seseorang mesej aku. Aku tak kenal pun dia dan lelaki itu orang luar negara yang penting bukan dari Nigeria tapi dari negara yang ramai pelancong dan kacak cantik rakyatnya.

Dia mesej aku dalam keadaan aku tengah patah hati dengan suami aku. Aku memang tengah serabut dan sedih lagi waktu tu. So aku pun reply mesej tu untuk merawat luka dihati lah kononnya sebab waktu tu aku betul-betul frustrated.

Ya hari demi hari kami mesej saling berkenalan. Mula-mula aku mesej sangat berhati-hati sebab ingatkan scammer tapi bukan dan aku juga berhati-hati untuk tidak terlalu attached sebab aku isteri orang.

3 bulan pertama kami mesej aku memang dah tersuka dia sebab dia ada personaliti yang menarik perhatian aku. Perasaan aku yang pada mulanya kecewa sangat dengan suami aku akhirnya bertukar jadi aku tersuka kepada lelaki lain dan aku amat selesa berborak dengan dia.

Selama aku bermesej dengan dia, jujur aku katakan aku ada rasa bersalah pada suami aku. Setiap hari aku doa biar Allah datangkan semula sayang aku pada suami aku sebab aku tahu suka dan sayang aku kepada lelaki itu macam tak valid.

Kenapa mesti adanya lelaki lain datang sewaktu aku adalah isteri orang? Bukankah dia hanyalah sebahagian dari ujian rumahtangga aku?

Aku dah terlampau attached dengan lelaki ni sampaikan aku rasa aku tak pernah sayang mana-mana laki sampai tahap ni. Aku dah tak sanggup nak ada perasaan ni lagi sebab aku macam gila bayang walhal suami kat sebelah aku je.

Kadang-kadang aku rasa lelaki ni ujian aku atau twin flame aku sebenarnya? Sebab aku pernah je cuba untuk tidak contact dia tapi lepas 3 hari aku cari dia dan kalau dia cari aku aku akan reply mesej tu.

Aku pernah je block dia tapi nanti aku unblock semula.. Selalunya aku mudah je letgo dan friendzonekan seseorang, tapi dengan lelaki ni aku jadi lain sangat. Perasaan yang aku lalui ni sakit untuk aku. Perit sebab aku dah bersuami dan aku tak sanggup nak lalui ujian ni.

Setiap hari lelaki ni berada dalam fikiran aku dan aku tak sanggup nak biarkan dia dalam fikiran aku. Korang jangan cakap aku tidak usaha untuk detached. Aku pernah je buat solat taubat sebab rasa berdosa tu.

Aku tahu benda ni tak betul bila ada perasaan pada lelaki lain dan dalam masa yang sama aku juga tidak pasti apakah ini ujian atau apa sebenarnya sebab aku sentiasa berdoa Allah jauhkan dia dari aku.. Aku betul-betul nak hentikan dan buang perasaan ni.

Aku solat, dan berdoa sambil menangis meraung agar Allah guide aku untuk berjaya lalui ujian ni.Aku berdoa kepada Allah yang aku nak jadi isteri solehah dan taat pada suami.

Aku tak nak berada dalam ujian ini sebab aku tidak sanggup nak ada perasaan pada lelaki lain yang aku rasa sangat sukar untuk bersama apatah lagi aku isteri orang.

Kadang kala aku terfikir kenapalah lelaki ni datang di saat aku isteri orang dan bukannya ketika aku single? Sebab sakitnya punyai perasaan disaat kau adalah isteri orang. Kau rasa berdosa dan bersalah. Aku tertanya-tanya kenapa hingga kini Allah tak buang perasaan tu lagi.

Aku hanya harap yang membaca confession ni doakan agar aku berjaya harungi ujian ni. Doakan yang terbaik untuk aku. Aku masih nak bersama suami aku andai itulah yang terbaik untuk aku.

Aku harap korang semua tidak kecam aku just doakan dan beri aku kata-kata motivasi dan cadangan untuk aku laluinya.. Doa anda semua amat aku perlukan. Mungkin ada kalangan dari anda yang doanya tiada hijab. Doakan aku berjaya harungi dan tiada lagi perasaan ni.

– Stevia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. anon, awak ni dah otw road to belen tahu tak?
    jangan main nama Tuhan, kata awak dah cuba detached dan sebagainya, in fact awak sendiri tulis “kenapa perasaan ni hadir bila aku ni dah isteri orang”, you’re not regretting what you did (in which kira mcm otw curang la ni dgn husband) but in fact you just regret the fact that you’re married. tu je.
    yang patut awak fikir bukannya cari cinta lain, cari attention lelaki lain, tapi reflect balik diri awak dan the whole marriage. kalau betul awak sayang suami awak, communicate. fix apa yg boleh diperbaiki. saya faham awak marah dan terkejut for once in ur life tetibe kena maki dgn suami (dan saya tak ckp pon dia betul), semua org ada limit kesabaran dia anon, termasuklah org yg soft spoken. Jadi, berbincanglah, heart-to-heart talk, mintak la maaf with each other. Imagine yg mesej cintan-cintun dgn org lain ni is suami awak, awak sakit hati tak? ingat, yg jauh memang harum je bau dia, yg dekat tu busuk, tapi yg busuk tu jugak la yg terima awak seadanya, yg berjanji dgn nama Allah akan jaga awak dalam akad dia. Jadi, selagi takde isu abuse, curang, tak kasi nafkah dan sebagainya, fix dan selamatkan la rumah tangga awak. pernah dengar tak situation org curang ni dia suka kejar 10% ciri2 yg takde dekat current partner dia but dia jumpa dekat orang lain and end up regretting it bcs now they lost the 90% for the sake of 10%? jadi fikir2 kan la ya anon.

  2. Safiyya, lelaki baru tu tau tak kau ni isteri orang? Kau mesti tak bagitau dia kan? Untuk settle masalah kau ni, be honest. Kau bagitau lelaki tu kau ni isteri orang, mungkin dia tinggalkan kau and kau boleh move on lepas tu

  3. Safiyya

    Allah angkat martabat isteri menjadi lebih mudah daripada suami dengan syarat dua perkara redha Allah dan redha suami.

    Kita semua melakukan dosa, tetapi jangan buat sesuatu yang membinasakan diri dan tiada peluang berpatah balik.

    Rahsia rumah tangga yang berpanjangan yang paling utama ialah sifat sabar.

    Belum terlambat untuk puan hentikan perkara ini, carilah hobi atau kawan2 perempuan yang boleh menghilangkan keinginan salah itu. Sibukkan diri daripada melayan perasaan. Dalam masa yang sama pupuk semula rasa sakinah, mawaddah dan rahmah kepada suami.

    Hidup ini hanya sementara, akhirat itu kekal abadi. Jadi pilihlah bekalan kita untuk ke sana, Cintai Allah, semoga rasa cinta itu menghalang kita daripada cenderung ke arah dosa.

    Semoga perkahwinan puan berkekalan. Amin

  4. cuba bincang dgn husband, face-to-face, bincang dari hati ke hati, jangan sibuk nak layan love scam tu.

  5. love scam tu sis..suara dh dgr? cuba tanya soalan2 mcm sekarang musim apa kat sana? pkl berapa la ni? mana hala lelaki bermuka cantik dan dr negara cantik ada masa melayan dating app semua ni…buang jek dating apps tu, merosak rumahtangga..

    • Ya! Awak dah trperangkap dgn syaitan yg direjam. Awak ikut nafsu sebenarnya. Berseronok2 brchatting dgn lelaki lain yg awak sendiri pun x kenal dia, xpernah jumpa, mgkin jgk xpernah dgr suara. Setakat tunjuk gambar, dia boleh je ambik mn2 gambarvlelaki hensem kt medsos. Berlanbak la, rmhtangga runtuh, duit RM habis dek scammer bermodalkn ‘sweet talk’ ni. Angah pesan! Jgn buat dosa lg. Stop from now on. Raih cinta suami, mesej2 dia lbh byk pahala masuk, dr awak mesej & raih attention lelaki yg entah siapa2 tu. Enough!!!

  6. Dik Stevia, awk dah jumpa ke mamat dr luarnegara tu..? Klaw stakat nk jiwang2 dlm internet, org bangla or nigeria tu pon bule berlakon.. cuba awak anggap bhw ini satu ujian dari Allah SWT, sbb tu dia didatangkn kpd awk mse awk tgh sedih dgn husband.., klaw awk ‘kalah’ atau gagal dlm ujian Allah ini, adakah awk sanggup gadaikn rumahtangga awk.. bkn nk menangkn sesiapa, tp hidup berumahtangga mmg ada psg n surutnya, baru skali kna marah dah awk nk ‘berpaling’ kpd org yg belom tentu betul spt yg dia kata tu.. klaw awk nk ‘uji’ mamat l/negara tu, cba ‘maki’ atau jatuhkn maruah dia skali, apa agak reaksi dia..? Dlu penah la yg org kta ‘love scam’ ni cba2 antar emel kat saya, konon2 bubuh gambar lelaki kaya, ada rumah besar bagai, tah mna2 gambar dia ceduk, sya komen la, knp muka dia nmpak mcm tua, x handsome, dan mcm2 lg, tetiba dia balas balik dgn maki hamun mencarutnya.., so sorry la, sya cuma nk uji skali je baru, dia punya maki berjela2, mmg sah la scammer, x kisah la macau ke, negro ke, yg penting dia tu mmg fake..! Berhati2 lah, dik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *