Jelmaan Malaikat

Kadang2 time kita susah, akan ada orang bantu. Tapi orang tu kita tak kenal pun sapa. Nama dia pun kita tak tahu. Sama jugak macam aku. 

Tahun 2015. Tahun paling mencabar dan banyak dugaan dalam hidup aku. 

Macam2 masalah aku bertubi2 datang. Suami curang dengan kawan baik aku. Dalam bilik tidur kami aku tangkap mereka. 

Kecewa jangan cakap la. Dah la mak aku baru meninggal masa tu. Satu2nya hubungan yang aku ada hanyalah suami. 

Aku dah tak de saudara lain selain dia selepas mak meninggal. Tapi tak sangka dia pun khianat pada aku. 

Dan kawan aku, yang aku anggap macam adik sendiri tergamak nak hancurkan rumah tangga aku. 

Suami cerai talak 3 masa tu jugak. Mungkin tak tahu nak bertindak macam mana kot bila kantoi. Cerai ja jalan dia nampak. 

Alasan dia aku tak boleh bagi anak. Dia kata aku mandul. Aku stress. Stress gila2. Aku memang ada masalah dalam rahim. Tapi doktor cakap masih ada peluang kalau ikut rawatan. 

Tuduhan demi tuduhan dia aku tak mampu nak balas apa2 dah. Aku sayangkan dia. Kenapa dia buat macam ni. Kalau nak kahwin boleh ja cakap baik2. Aku izinkan ja. 

Tapi dia kata dia dah lama benci aku. Dah lama nak ceraikan aku. Tunggu masa yang sesuai ja. Dia kata akhirnya dia dah ada peluang. 

Aku meraung macam nak mampus. Kawan aku diam ja. Tak de mintak ampun ke apa ke. Langsung tak cakap apa2. 

Aku keluar dari rumah sehelai sepinggang. Lagipun tu kan rumah dia. Dia halau aku masa tu jugak. 

Aku jalan kaki tanpa hala tujuan. Aku persoalkan macam2. 

Aku fikir apa aku nak buat lepas ni. Hidup aku selama ni hanya bergantung pada orang ja. Bergantung pada dia. Kerja pun tak de. 

Aku terkenang mak aku. Kalau la dia masih ada. Tapi aku dah tak de apa2 kekuatan. 

Aku nak pergi mana sekarang.. Nak tido mana. Duit 1 sen tak de. Ya Allah, time tu aku cuma nampak mati ja jalan yang ada. 

Iman aku yang nipis tu fikir macam mana nak mati. Aku kat seberang jalan masa tu. Aku nampak jalan raya yang sibuk. 

Aku nekad nak lari dalam jalan yang sibuk tu. Sebab aku nampak lori treler laju2. Baru menapak, ada tangan tarik aku. 

Kuat sangat tarikan dia sampai aku tersembam kat dada dia. Aku takut tiba2. Menggigil aku. Aku menangis dalam pelukan dia. Meraung2. 

Dia tanya akak ok ke.. Suara seorang budak perempuan. Aku tak mampu nak jawab apa2. Dia bawak aku duduk dekat bus stop. Time tu aku rasa dia dalam 20 lebih ja umur. Muda lagi. Aku ingat lagi dia pakai jeans dengan jaket merah. 

Dia bagi air suruh minum. Dia cakap saya nampak akak dari tadi dok menangis. Saya dah rasa lain macam dah.. Mujur saya follow akak slow2. 

Aku hanya diam. Masih menangis . Dia tanya akak nak pi mana mai saya hantar. Aku geleng kepala. 

Aku cakap aku takde tempat nak tuju. Aku kata aku takde sapa2. Aku tak de duit satu sen pun. Aku kata mati lebih baik untuk aku. 

Dia pujuk aku. Dia cakap jangan cakap macam tu. Mati tak akan selesaikan apa2 pun. Biar kita susah kat dunia kurang2 ada ganjaran untuk kita di akhirat, dari

Susah di akhirat yang tak ganjaran apa2. 

Biarpun kita takde sapa2, tak de apa2, tapi kita sentiasa ada Allah. Manusia selalu akan hampakan kita, tapi Allah sentiasa akan bantu kita. 

Aku sentiasa ingat ye kata2 dia. Masa tu tak tahu la kenapa, rasa ringan sikit hati aku. Aku masih menangis. Tapi tak de la meraung2. 

Dia tanya akak dah makan. Aku geleng kepala. Aku takde fikir nak makan apa semua. 

Dia kata jom ikut saya kak. Entah la, aku hanya ikut ja dia. Dia naik motor ja. Motor honda biasa. Dia bawak aku pi 7e. Aku rasa dia pun jenis orang susah. Tapi kaya akhlak. 

Dia beli roti untuk aku suruh makan. Walaupun aku tak rasa nak makan pun. Dia cakap simpan la. Nanti lapar makan. 

Lepas tu dia bawak aku ada la dalam 1 jam lebih aku rasa. Dengan aku tak pakai helmetnya. Sebab dia ja yang pakai. 

Lepas tu sampai dekat satu tempat taman perumahan. Dia bawak ke satu rumah. Aku fikir rumah dia kot. Rupanya pondok budak2 tahfiz tu. 

Dia ajak aku masuk.. Pastu dia pergi jumpa sapa entah la. Datang la satu orang ni kami panggil Umi. 

Dia cakap kat aku, akak tinggal la kat sini.. Sampai bila pun tak pe. Makan minum semua orang sediakan. Tak payah fikir apa dah. Tak payah bayar apa2. 

Ni bilik akak. Akak boleh tido sini. Tapi katil double dec dua. Ada orang lain jugak dalam bilik tu. 

Budak tu cakap, akak saya nak balik dah. Saya dah lambat nak pergi kerja. Dia seluk2 dalam poket dia. Dia keluar 43 ringgit. 

Dia cakap simpan la duit ni kalau perlu apa2. Entah la, hati aku masa tu kosong ja. Tapi aku ambik jugak duit tu. 

Pastu last dia cakap macam ni, akak kenal Rajinikanth tak. Aku geleng kepala. Masa tu aku mana layan cerita2 tamil. Sekarang ni aku kenal la dia. 

Adik tu kata, tuhan selalu uji orang yang baik, tapi tak akan hampakannya. Tuhan selalu beri pada orang yang jahat tapi tetap akan menghukumnya. 

Ni dialog rajini dalam cerita tamil dia kata. Dia kata saya minat dia. Banyak dialog dia saya tau. 

Akak orang baik, tuhan uji. Tapi tuhan tak akan hampakan akak.. Akak jaga diri tau. Jangan fikir benda buruk2. Aku angguk ja. 

Percaya tak, terima kasih pun aku tak cakap. Jauh sekali nak tanya nama dia. Dia pun dah blah.. Tak pernah dah jumpa dia. Tu last aku jumpa dia. 

Aku duduk rumah tu. Orang2 kat situ sangat baik. Aku belajar agama, belajar mengaji. 

Kat sana pun ada orang2 dari kerajaan.. Bantu dari segi kemahiran kaunseling semua. 

Lama jugak aku nak pulih dari ingatan2 tu. Dekat setahun jugak. Tapi aku ada ramai kawan kat sana. Ada banyak kerja nak buat. So tak sempat nak sedih2 jugak.

Hidup aku dah banyak berubah.. Aku jadi orang yang sangat positive. Bukan lembik2 macam dulu. 

Bila aku dah kuat, aku mula cari kerja dengan duit 43 ringgit tu aku guna nak print resume fotostat dan lain2 urusan.

Betul kata dia, tuhan akan bantu. Aku dapat kerja kat satu pejabat ni. Slow2 aku cari rumah sewa dan upgrade diri aku. 

Oh ya, sebelum tu aku balik semula ke rumah bekas suami.. Aku nak ambik sijil2 aku, ic aku. Aku perlukan sijil semua nak daftar cerai. 

Percaya tak bekas suami merayu2 pulak kat aku. Katanya kawan aku tak nak kahwin dengan dia. Dia ajak aku rujuk balik. Katanya dia masih sayang aku. 

Dasar jantan tak guna. Hari tu kata dah benci, ni tiba2 bila dah tak de luba**g nak jo*** tiba2 sayang pulak. 

Aku kata gila ke awak ni. Awak lupa ke awak dah cerai saya talak 3. Mana boleh rujuk balik. Kalau masih boleh rujuk pun aku tak nak dah dengan dia. 

Masa tu aku langsung tak de rasa sayang ke apa kat dia macam awal2 dulu. Dia ada nak peluk2 nak sentuh aku. Nak mintak maaf. 

Aku kata aku dah tak de kaitan dengan dia. Aku kata jangan nak sentuh2 aku kalau tak aku report polis. 

Dia nampak terkejut gila. Dia kata kenapa aku dah berubah. Ye, memang aku berubah. Aku belajar tak nak jadi lembik lagi. Aku ucap terima kasih kat dia sebab jadikan aku sangat2 kuat sekarang. 

Dia tak boleh terima cara aku kot. Lepas tu meroyan tak tentu hala. Macam2 pulak tuduh aku bila aku tak kendur dengan dia. Macam orang gila la cara dia.. Kata aku ada jantan lain la apa la. 

Aku malas nak ingat balik semua tu. Lepas ambik barang keperluan aku, aku pun dah lapor pejabat agama untuk ambik sijil cerai. Lepas settle kat makamah. 

Aku dah tak pernah tahu dah pasal dia ke, pasal kawan aku tu ke. Aku dah berjaya sekarang ni. 

Aku dah keluarga sendiri. Alhamdulillah aku ada anak walaupun sorang ja. Kehidupan aku sekarang lebih bahagia. Suami baru aku sangat2 baik walaupun muda aku 2 tahun. 

Hari ni aku ada duit yang banyak, ada rumah ada kereta ada semuanya.. Tapi tetap 43 ringgit yang budak tu bagi paling bernilai buat aku. 

Puas aku cari dia masa dah ok tu. Aku tak pernah jumpa dia dah. Aku tanya Umi, Umi kata dia pun baru hari tu jumpa budak tu. Tak tahu la dia tahu dari mana rumah ni. Kiranya sapa pun dalam rumah tu tak kenal dia. 

Tapi sampai sekarang, aku masih berdoa aku dapat jumpa dia. Muka dia jelas kat hati aku. Cuma tak de rezeki nak jumpa dia dah. 

Kalau aku pergi kat tempat public, aku suka perhati orang. Aku sentiasa cari dia.. Aku selalu doa moga2 aku jumpa budak tu. 

Aku sentiasa doa dia panjang umur, sihat selalu. Dua kali dah aku pergi umrah, selalu doa nak jumpa dia. Tapi doa2 lain Allah makbul, tapi yang satu ni masih belum di makbul. 

Suami selalu usik, tah2 budak tu malaikat kot sebab tu aku tak jumpa dia dah. Entah la. Dia manusia atau malaikat. Allah ja yang tahu. 

Tapi aku selalu berharap dapat jumpa dia. Aku nak balas budi dan jasa dia. Setiap masa aku ada masalah sikit pun, aku akan ingat nasihat dia. 

Melalui kata2 dia aku belajar meletakkan Allah tu paling utama antara semuanya. 

Adik, terima kasih banyak2 selamatkan akak dari dosa besar(bunuh diri). Terima kasih atas segala jasa baik adik. Tak ternilai dengan emas pertama atas kebaikan adik. Moga Allah balas syurga paling tinggi buat adik. 

– dd (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Budak tu laki ke prempuan dik? Tapi dier memang sangat baik dan mmg malaikat untuk awak. Teruskan berdoa untuk dia ye dik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *