Assalamualaikum. Aku Ozel. Berusia pertengahan 30an. Bekerja dalam sektor kerajaan sudah sedekad. Sudah berkahwin setengah dekad.
Alhamdulillah. Perjalanan hidup aku sangat2 Allah mudahkan. Allah sentiasa bagi aku apa yang terbaik untuk aku walaupun aku jarang dapat apa yang aku nak (sebab yang aku dapat sentiasa lebih baik dari yang aku nak).
Keluarga kandung yang supportive walaupun tak banyak cakap, mak ayah yang tak pernah masuk campur dalam kehidupan n jalan yang anak2 pilih,
Tapi dalam masa yang sama diorang ada bagi pendapat2 diorang sebagai orang yang lebih banyak pengalaman esp dalam bidang pekerjaan.
Perkahwinan pulak menemukan aku dengan keluarga yang aku rasa sangat melengkapkan apa yang aku tak dapat dalam keluarga aku iaitu manusia2 yang sentiasa riuh rendah dengan gurauan n sentiasa ada je benda untuk dikongsi,
Berbanding keluarga aku yang lebih serius n kurang bercerita kalau benda lagho (baca: hiburan, bukan ilmiah, etc2).
Tak pernah rasa sunyi sebab ipar duai aku semuanya jenis yang suka gelak2. Tak pernah mak ayah mentua aku beza2kan kami anak2 n menantu, apa lagi mengata belakang2.
Aku jugak direzekikan dengan kedua2 keluarga ni berada dalam jarak 10km je dari aku. So kalau aku perlukan apa2, keluarga sentiasa ada, baik sebelah aku atau sebelah suami.
Suami pun, alhamdulillah, seorang yang tak pernah lagi lah lepaskan tanggungjawab sebagai breadwinner of the house.
Walaupun gajinya sebagai pembantu am tak sampai separuh pun dari gaji aku, tak pernah lagi aku guna duit sendiri untuk keperluan hidup macam makan pakai aku, minyak kereta dsb. Rumah je yang guna duit aku, sebab aku dah beli masa awal2 kerja dulu.
Kerja rumah pun, tak payah dimintak tolong, memang kalau aku tak buat, suami aku akan auto buatkan. Maybe sebab didikan keluarganya yang memang takde layan beza2 anak lelaki-perempuan.
Tapi satu je. Aku belum direzekikan anak. Taktau la aku boleh gunakan atau tak perkataan “belum ada rezeki” tu. Sebab suami aku yang pilih untuk tak de anak.
Kenapa? Sebab 5 tahun perkahwinan kami ni, aku masih dara. Aku cuba pujuk dia, tapi sekejap je suami aku on, lepas tu dia tidur.
Aku tak pernah cerita benda ni pada sesiapa, sebab aku tau, ni aib. Nak cerita pada parents mentua pun, aku tak tau macam mana.
Cuma aku selalu perli bila dia rapat dengan anak2 buah, aku cakap je “Amboi dengan anak orang punye la gegeh, tapi diri sendiri taknak anak,”. Tapi dia macam tak de perasaan.
Bila siapa2 tanya aku bila nak “berisi”, aku takde rasa marah pada penanya tu sebab biasa la soalan tu. Tapi aku rasa nak marah pada suami sendiri. Sebab kalau orang lain, diorang boleh cakap diorang dah usaha. Tapi aku? Kami? Cuba pun tak.
Tapi aku tak pandai marah. Nak menangis pun aku tak reti sebenarnya sebab otak aku terlebih rasional untuk melogikkan setiap benda. N respon terawal aku tanpa aku sempat fikir adalah bagi jawapan2 yang melawak je.
Salah satu sebab orang selesa dengan aku. Sebab aku lambat nak proses perasaan terasa aku. So memang semua orang cop aku jenis tak de perasaan (n aku admit it).
Aku jadi macam ni esp lepas kahwin n berkait dengan anak sebab aku dah cuba buat list untuk compare, satu tu je yang aku kurang berbanding yang lain. Duit aku ada, duit suami pun aku ada.
Orang lain jenuh bergaduh suruh suami tolong buat kerja rumah, suami aku pantang nampak sink ada pinggan tak basuh (pinggan aku la tu sebab kadang bubuh kejap n buat kerja lain) suami basuhkan terus.
Bila aku masak, suami jadi tukang rasa setia untuk bagitahu apa yang kurang apa yang lebih. Banyak lagi sebenarnya.
So sebenarnya aku yang tak bersyukur ke?
– Ozel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
5 years in marriage & you’re still virgin? better check husband sexual preference kot sbb takut dia g*y je. or maybe ada masalah kesihatan lain dia taknak share.
Rasanya bukan suami tak nak anak tapi alasan untuk tutup kelemahannya. Jadi dia juga buat sehabis baik menjalankan tanggungjawab kepada isteri jg untuk menutup kelemahannya. 5 tahun bukan sekejap. Rasanya pn dan suami kena berbincang dr hati ke hati masalah ini. Cari bantuan pakar yg arif sprt psiketrik dan doktor sakit tuan. Sampai bila? Sampai hati dah tawar. Yg penting usaha dn sampai bila pn nk virgin tp bersuami.
Kalau lelaki normal, seminggu dua kali tu biasa. Ni mdmang tak normal. Pergi cek dengan doktor atau perawat islam. Mungkin ada gangguan atau kena sihir. Cubalah cek. Mana tahu.
You don’t say, girl. Five.years and you are a virgin?
You should do these –
1 – have a heart to heart talk with him
2 – seek medical consultation and help
3 – check his sexual orientation
And please be a little bit ‘terasa’. Not healthy to not have an reaction which from your post, you lambat react
Kita senasib… Betul bila org tanya, marah tu lebih pada suami.. Sbb X de usaha.. Kita tahan keperluan kita yg hanya dia boleh penuhi… Dh bincang, tanya dia ada masalah atau masalah ada pada saya yg buat dia tak selesa… Dia hanya geleng.. Jadi apa masalahnya… Mcm mana nk ajak jumpa doktor atau lain2 org yg pandai.. Kalau dia sendiri X anggap itu masalah😥