Assalamualaikum semua pembaca.
Disini aku ingin mendapatkan nasihat anda semua tentang Kumpulan MLM yang sedang mengrekrut anak-anak muda terutama Melayu.
Aku mulakan dengan nama aku, Sue, berumur 27 tahun.
Aku adalah seorang suri rumah yang ingin menambah pendapatan selain daripada memenuhi keperluan diri sendiri selain dari anak-anak. Takkan nak minta benda mahal-mahal dari suami yang menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Jadi, aku mula lah mencari apa yang patut aku lakukan untuk memenuhi kehendak diri sendiri dan mengisi masa lapang.
Kumpulan MLM ini dah beroperasi 3 tahun di Malaysia, HQ bertempat di Petaling Jaya.
Ya, Syarikat tersebut menjual produk kesihatan tapi ada satu kemusyikilan yang bermain di benak aku selama sebulan setelah aku membayar RM3600 kepada Ketua Kumpulan.
Mesti anda semua tertanya macam mana aku boleh terlibat kan?
Pada mulanya aku mengikuti Instagram salah seorang Ketua kumpulan tersebut. Aku gelarkan dia ni Mr A.
Mr A memberi arahan untuk membaca segala “highlighted Story” yang di letakkan di Instagram.
Dalam Story tersebut tidak menyatakan langsung bahawa Syarikat ini menjalankan perniagaan “Akta Jualan Langsung”. Yelah, kalau adanya perkataan tu, dah lama kita semua takkan layan Mr A.
Apa yang ditekankan adalah ilmu tentang online business. Aku ingatkan diorang nak mengajar macam mana kita nak setup business online dan naikkan follower kita. Tekaan aku salah sama sekali.
Dalam story tersebut, Mr A mengarahkan untuk membayar RM312 ke dalam akaun bagi mengetahui lebih lanjut tentang platfom business ini.
Aku listkan apa yang terdapat dalam Story beliau yang membuatkan aku terjebak ya.
1) Income berpuluh ribu sebulan, dibayar dalam bentuk USD
2) Unlimited Coaching
3) Proven Result
4) Income statement dari leader-leader yang dah Berjaya.
Kalau anda semua baca, mesti akan terpesona dengan modal kecil tapi income gila besar.
Aku cerita lepas bayar RM312 ya, kena hadir 3 class wajib secara online (Whatsapp Group Call)
First Class : Kenalkan Company and products (Masa ni aku dah OMG, terkono den)
Second Class : Kelebihan bayar pakej yang paling mahal iaitu pakej RM3600 sebab akan dapat income lagi banyak (Masa ni aku semangat sebab nak duit cepat and ilmu business ni)
Third Class : Kelebihan pakej RM3600 dan jika bayar RM312 sahaja, akan dapat LIMITED Coaching. Dah tak de dah unlimited semua bagai. Kalau nak training, kena bayar RM35 setiap kali class. Haaa sudah….
So aku yang naif ni terpengaruh dan gadai segala emas yang ada untuk bayar RM3600.
Aku nak sambung part pergi Training class pulak. Bukan di HQ ya, tapi tempat lain. Yang ni lagi menarik ya, leader yang share tu, bukan calang-calang tau. Segak tapi tak kena dengan gaya.
Kalau korang nak baca, aku boleh share lagi.
Aku takut cerita ni tak menarik je.
– Sue (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Otak aku kata: Adakah aku yg sedang dipermainkan sekarang ni?.. cerita macam tergantung je..
Hati aku kata: Tajuk tak kena jln cerita, cerita tak habis. Kalau nak tajuk kena jln cerita, habiskan cerita.. siapa permainkan siapa?
Tangan aku type: Nak part 2 plss..
Aiyooo, ini intro pun tak habis tapi dah stop. Share jelah wakk, ada pulak gantung macamni
Kalau ada perkataan ‘leader’ kebanyakkannya MLM la tuu..