Assalamualaikum semua. Nama aku Ateeq dan berasal dari Subang.
Mula-mula sekali aku nak cakap terima kasih kepada admin page ni sebab sudi siarkan cerita aku ni. Sangat2 perlukan pandangan/nasihat ikhlas dari korang semua masa ni.
Tak tahu mcm mana nak mulakan cerita yang bagi aku agak complicated dan boleh dikatakan mengganggu fikiran aku jugak lah.
Ok, aku sekarang bergelar tunangan orang dah nak masuk 4 bulan dah. Tahun depan akan berkahwin. Dipendekkan cerita, sebelum aku kenal tunang aku ni, aku ada sorang kawan rapat lelaki (aku panggil dia J) yang dah lama menyimpan perasaan pada aku. Tapi aku memang takde feeling cintan cintun sikit pun kat si J ni. Tapi sebabkan aku masa tu single, aku just kawan je ngan dia sebab dia baik, a good listener dan sentiasa ada bila aku perlukan apa2 pertolongan. Bagi aku dia baik lah sebab dia still nak berkawan rapat dengan aku walaupun aku reject dia. Aku ni jenis cepat rimas kalau lelaki asyik nak mendesak soal perasaan. Alhamdulillah si J ni bukan mcm tu, masa kitorg berkawan tak penah sekali pun dia cakap soal perasaan, sebab tu aku selesa jugak nak bekawan dgn dia. Lama-lama, dia sendiri cakap kat aku yang dia dah takde feeling dekat aku. Dia kata best kawan ngan aku sebab aku ni perangai gila-gila and happy go lucky. Aku pulak bila dengar macam tu, makin selesa lah berkawan ngan dia. Bila aku bosan and geng2 perempuan aku memasing busy, dia lah yang aku ajak pegi tengok wayang kalau ada cerita best best. Dialah yang aku ajak teman aku pergi beli burger kalau aku lapar tengah malam (fyi J duduk shah alam). Dia pun layankan je aku ni hihihi. Oh ya, J ni main futsal dan ada geng2 futsal dia sendiri. Aku pun kenal la jugak most of geng futsal dia ni sebab dorang selalu lepak kedai vape ala ala cafe kepunyaan abang aku and aku pulak malam2 memang tolong jaga cashier kat situ. Tapi kenal2 macam tu je la. Setakat berbalas hi dan senyum. Borak pun bila perlu je.
Satu hari tu kat kedai abang aku, abang aku masa tu outstation (siang hari dia adalah engineer), kapas vape kehabisan stock. Mcm biasa kalau malam2 mesti ramai dtg kedai abg aku tu tukar kapas la, beli flavour baru la and ada yg lepak minum je. Aku tgk pekerja yg handle brg2 vape abg aku tu dah macam susah hati dah. Dipendekkan cerita, tiba2 dtg lah salah sorang geng futsal si J ni nak tukar kapas (sekarang dia tunang aku). Biarlah aku namakan dia A je. Aku pun cakap lah kat dia kapas dah abis stock. Tiba2 pekeja abg aku cakap dia nak pegi ambik. Aku tak bagi la ! Nanti kalau org nak beli flavour ke apa mcm mana ?? Aku dah lah tak tau apa2 ! Aku cakap lah biar aku ambik, bagi aku pinjam kereta dia sebab aku tak bawak kereta. Dia kata dia bawak moto pulakkk. Si A tu tetiba offer cakap nak bawak aku pegi ambik and siap cakap kat pekerja abang aku tu jaga kedai elok2. Pekerja abg aku apa lagi, haaa baguslah jugak dia kata. Aku yg risau, ye la aku tak pernah bercakap dgn dia pun sebelom ni. Habislah krik krik krik je lah dalam kereta nanti. Awkward moment.
Rupanya salah sangkaan aku. Aku ni jenis yg banyak cakap jugak lah tapi ikut orang jugak. Kalau sepatah aku cakap sepatah jugak dia jawab, idok lerrr aku reti dah haaa. Nasib baik si A ni ok. Banyak jugak lah kitorg berbual. Sempat lagi singgah pegi makan nasi lemak padahal pekerja abang aku dok tunggu kapas vape. Ha ha ha. Lepas tu kitorg terus rapat. Berbulan lamanya kitorg rapat tapi aku sendiri masa tu tak pasti apa perasaan aku kat dia. Aku penah bercinta sekali je zaman U dulu dan hati pernah terluka. Wuuuuu. Masa tu geng2 dorang apa lagi, selalu je menyakat mengusik tapi aku ok je hehe. Dorang semua ingat si J dah takde perasaan dgn aku lagi.
Tiba2, si A ni pun meluahkan perasaan dia kat aku. Aku pun mcm suka je kat A ni sebab dia kelakar and gila gila jugak. Kami pun semakin rapat dan sayang menyayang gitu. Tak sampai sebulan lepas dia confess, dia ajak aku kahwin. Sejak tu lah si J tu asyik mengelak dari aku. Bukan dengan aku je. Dengan geng2 futsal dia sekali. Dia dah tak join main futsal and lepak kat kedai abang aku. Aku sedih lah jugak sebab dia kawan rapat aku bertahun dahh. Aku msg dia dia kata dia busy dgn kerja. Yelah tu kerja.
Tak lama lepas tu aku dgn si A bertunang. Lepas tu baru dia cerita dekat aku yang J sebenarnya still sayang kat aku lebih dari seorang kawan. Selama ni rupanya J masih mengharap agar aku nampak semua yg dia sanggup buat untuk aku and akhirnya bagi dia peluang. Tunang aku dah serba salah. Tapi dia cakap dia dah terlanjur sayang kat aku dah tak boleh nak turn back perasaan tu. Kalau dia lepaskan aku dia pulak yg takleh lupakan aku sebab tu dia ambik keputusan utk ajak aku bertunang.
Harini dah nak masuk 4 bulan bertunang, dah 3 minggu aku tak jumpa tunang aku. Call/whatsapp pun susah. Dia tersangat busy kerja. Aku tahu dia nak carik duit untuk majlis kami tahun depan tu yang sanggup buat banyak kerja dalam satu masa. Aku ada gak ajak dia jumpa, keluar lunch ke dinner ke, sekejap pun jadi lah sebab rah rindu sgt. Tapi dia kata memang takde masa. Hmmmm..ada satu hari, kereta aku tiba2 berasap, temperature naik kot. Aku berhenti tepi jalan, call tunang aku, dia kata dia tak dapat tinggalkan meeting dia. Kebetulan family aku masa tu semua balik kpg. Aku takde pilihan. Aku call si J, si J pun tgh meeting tak boleh nak cakap. Dia suruh whatsapp. Tapi aku tak whatsapp pun sebab taknak ganggu dia. Aku duduk je dlm kereta. Masa tu dah rasa nak nangis sedih mengenang nasib kononnyeee. Tetiba dapat whatsapp dari si J yg berbunyi:
J: kenapa call ni ? Tak pernah2 pun. Ada apa2 ke ?
Aku: kereta rosak. Skrg ada depan paradigm mall. Ingatkan nak mintak tolong kau
J: tunggu situ. Aku datang sekarang
Aku: eh bukan dlm meeting ke ? Tak perlu la kalau tgh meeting.
J: tak penting pun. Tunggu. Dah jgn cakap banyak
Mcm tu la msg dia. 20 minit mcm tu dia sampai, dia kerja dekat mid valley je. Dia check2 and cakap temperature naik ni. Dia isikan air and suruh tunggu sekejap. Lepas tu terus hantar pegi workshop dan dia hantar aku balik. Dalam kereta kitorg borak2 mcm biasa je. Dia tak tanya langsung mana tunang aku, kenapa tunang aku tak tolong aku.
Baru-baru ni, aku masuk hospital sebab gastrik yg terlampau teruk. Seminggu aku kat wad, sekali je tunang aku dtg. Lain2 hari, pekerja dia je yg dtg hantar makanan laa, bunga laa, coklat la. Tapi aku taknak semua tuuuuu. Aku rindu tunang aku. Tapi si J setiap kali lepas balik kerja dia akan lawat aku. Dia cakap kat aku jgn salah sangka, dia cuma nak temankan aku je. Ayah aku dah siap pesan kat aku jgn terlampau rapat dgn J, aku tak lama lagi nak kahwin. Tapi sekarang ni, J pulak yg mcm tunang aku. J pulak yg ambik berat. J nasihat aku suruh bersabar. Tak pernah sekali pun dia burukkan si A.
Aku jadi keliru, J bukan tunang aku tapi dia care mcm dia pulak tunang aku. Si A mcm tak ambik tahu hal aku. Aku ajak dia jumpa dan berbincang, dia kata takde apa yg nak dibincang. Kerja dia lagi penting ke ?? Kadang2 rasa mcm tawar hati pulak. Kadang2 aku rasa seperti mengkhianati tunang aku sebab aku sangat gembira J ambik berat pasal aku. Setiap kali aku perlukan pertolongan mesti J yg akan tolong. Bila tunang aku tahu dia merajuk pulak. Tapi bila ajak berbincang dia asyik taknak. Ni ke yang org cakap dugaan masa bertunang ???
– Ateeq
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit