Salahkah Aku?

Assalamualaikum hai.. Saya Kayu Reput, umur akhir 30’an, balu kematian suami, ada anak perempuan seorang berumur lingkungan 2 tahun.. 

Saya straightforward je.. Saya tertanya-tanya salah ke saya demand ciri2 lelaki yang saya nak sekiranya saya dikurniakan rezeki jodoh baru??

Saya tahu apa saya nak, bila ada yang cuba berkenalan, saya terus-terang apa saya perlu, tapi mesti orang kata saya sombong, demand yang bukan2… 

Saya pernah berkahwin, saya mudah kesan kalau orang tu memang betul2 ikhlas nak jaga saya & anak saya atau sekadar ambil kesempatan disebabkan apa yang saya ada.. 

Salah ke kalau saya mengharap pasangan tu boleh provide untuk saya sebagaimana saya sediakan untuk anak saya?

Jadi hero & pelindung untuk saya & anak… Sediakan tempat tinggal yang selesa, makan kenyang, pakaian yang lengkap & selesa, berikan perhatian sepenuhnya bila bersama & bila perlu..

Berikan kasih sayang semaksimum mungkin… Boleh jadi alarm ingatkan kami tentang agama & ajak buat ibadah tu sama2… 

Kami dua2 perempuan & memang fitrah kita perlukan kesemua emosi & fizikal, rohani dipenuhi… Lelaki pun begitu juga kan.. 

Jangan pertikaikan role saya sebagai isteri sebab hanya Allah, malaikat & arwah suami jadi saksi macam mana saya jaga dia dari sihat, tetiba jatuh sakit sampai akhirnya dia meninggal.. Hanya kami bertiga yang ada dalam rumah tu… 

Salah ke saya?? Saya cuma nak jadi isteri solehah kebanggaan suami dan anak.. Sebab saya yakin isteri itu cerminan suami… Nak isteri taat, suami kena mainkan peranan yang sangat besar… Bukan mengharap ke isteri semata2… 

Jangan kerana status saya, maruah saya sewenang-wenangnya diperlekehkan sampai terasa hina betul jadi balu ni… 

Para pembaca yang ada di sini, tolong doakan saya ye.. Ujian akan datang silih berganti, itu janji tuhan untuk hamba-nya… Tapi saya cuma nak hidup tenang, aman, bahagia dalam suka duka hadapi ujian tersebut… 

Moga saya & anak sentiasa dilindungi, selamat & dirahmati Allah… Saya juga doakan untuk kalian.. 

Bukan saya minta takdir ini berlaku secepat ini.. Moga status saya bukan jadi ancaman & modal gurauan kepada sesiapa pun… 

Sekian.. Wallahualam.

– Kayu Reput (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. It’s ok sis nak letak standard mcm tu. Jangan pernah rendahkan standard sis. Sbb kita nak kawen biar mati je memisahkan kita. Xkan kawen nak derita. Org2 yg reject sis tu mmg tentu2 dah red flag. So xyah ambk hati sis. Org nak mengata “so what?!”, aku nak kawen ko pulak sebok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *