Seperti tajuk di atas. Itu lah yang aku nak luahkan. Aku ada 2 orang anak. Anak pertama normal. Anak kedua oku fizikal. Ada sakit kronik dan tak boleh disembuhkan.
Doktor suruh jaga jer baik2 hingga ke akhir hayat nya yang mana memang doktor cakap bila2 masa je anak aku boleh pergi. Aku redha.
Aku sayang sangat anak aku. Sekarang usia dia dah hampir 4 tahun tapi keadaan dia tak sama macam anak2 sebaya. Dia belum boleh berjalan. Belum boleh berdiri. Belum boleh merangkak pon.
Tapi aku tak kisah pon semua tu. Yang penting dia sihat, happy, kuat makan. Itu dah bersyukur sangat dah.
Masalahnya sekarang aku mudah sangat nak burn out. Aku penat. Aku nak tido lena macam orang lain. Hampir 4 tahun aku tak dapat deep sleep macam orang normal. Aku mudah dapat sakit kepala.
Husband aku sangat bertanggungjawab. Bila dia di rumah, kami sama2 uruskan anak2 dan rumah. Cuma waktu malam anak aku nak aku jer. Bila dia meragam dia tak nak ayah dia. Dia nak aku jugak.
Hari2 dia tak boleh berenggang dengan aku. Dah hampir 4 tahun. Dia masih nak melekat. Tengok kartun pon dia nak aku ada sebelah dia. Nak duduk atas riba aku 24hrs. Aku buat kerja rumah tersekat2 dan tergesa2.
Aku sayang sangat anak aku ni. Lagi2 dia special kan. Memang manjakan sangat dia. Aku jaga sebaiknya dan semampunya.
Tapi kadang2 aku rasa penat, burn out. Sampai menangis teresak2 seorang diri. Bukan sebab aku sedih ada anak special, tapi aku nangis sebab penat.
Kadang2 aku rasa diri aku tak berguna, aku rasa macam aku ni tak ada menyumbang apa2. Jaga anak, buat kerja rumah, masak. Malam urus anak lagi.
Sebab anak special aku memang tak lena tido malam dari baby sampai sekarang. Mungkin dia rasa sakit atau tak selesa disebabkan penyakit dia.
Aku sayang sangat anak2 aku. Tapi aku rasa penat.
Penat yer jaga anak syurga. Aku tau ramai lagi ibu2 yg jaga anak syurga anak istimewa. Boleh tak bagi aku kata2 semangat dan nasihat. Supaya aku tak rasa burn out lagi.
– Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya faham sangat perasaan ‘sangat penat’ puan tu. sbb sy sedang lalui. sy cadangkan, sesekali puan kene pegi me time, mungkin lepak sendirian tepi pantai.. jalan2 kt mall.. anak, mintak tlg suami jaga kejap. kita kena ade me time puan, kalau tidak, penat, tu boleh menambah stress. Moga Allah permudahkan segala urusan puan sekeluarga.. aamiin
Saya faham sangat perasaan sis.. sebab saya sendiri pun ada 2 adik oku, untuk info, saya anak perempuan sulung. Adik saya nombor 2 perempuan oku CP, cerebral palsy atau pesakit kronik terlantar, adik nombor 3 saya lelaki autism moderate. Memang faham sangat2 sis penat, sebab saya dan mak saya ni pun klu ikut hari2 burn out dan stress. Sebab adik saya nombor 2 tu dh 22 tahun ya, dia start jd oku mcm tu dari umur 2 tahun akibat demam panas dan sawan tarik. Kepala membesar belah kanan ada tumor sebesar telur angsa dan belah kiri ada air. Doc bubuh shunt atau tiub. Klu ikutkan dlu selepas operate pun mmg doc sndiri ckap adik saya tk blh hdup lama. Tp yala kuasa allah kan. Alhamdulillah dh umur 22 tahun dh pun kami jaga dia smpai skrg. Nk jdkan crita mama saya preggy 2018 lahirkan adik saya yg nom 3 tu.. tgk2 autism pulak.. allah.. mmg dugaan sis. Kdg2 tu mmg mcm2 kluar dri mulut mama saya.. tp yala tk salah dia. Sbb mama saya pun stress. Jd saya sbgai anak sulung ni la byak backup mama saya jaga adik2 saya ni. Saya smbung study pun tk pergi jauh sbb rsau nk tgalkan mama dgn adik2 saya.. yala abah saya kerja, jnis long distance kerja, abah saya bkn hari2 ada rumah. Jd pesanan saya kpd sis adalah untuk teruskan kuat semangat, dan klu ada rakan2 atau fmily untuk meluah dan mnagis.. silakan jgn simpan, sbb kita pun manusia biasa. Klu dok smpan rsau kita plk wire putus.. apapun moga kita smua diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk menjaga anak2 syurga ni.. smoga sis trus kuat ya..