Luahan Seorang Adik & Kakak Tunggal

Salam semua. Tujuan aku tulis coretan aku ini, untuk korang2 yang bergelar anak lelaki ambil iktibar.

Aku anak ke 3 dari 5 beradik. 4 lelaki dan aku sorang je perempuan. Adik beradik aku semua dah kahwin kecuali aku sorang. Jadi sekarang ni mak aku ada 4 orang menantu perempuan.

Mungkin cerita aku ini akan membuat ramai menantu2 perempuan di luar sana tak puas hati atau panas hati.

Abang sulung aku ada 3 orang anak. Bangngah aku ada 2 orang anak. Adik aku nombor 4 ada 2 orang anak. Dan si bongsu baru kahwin dalam tahun ni. Kakak2 ipar dan adik2 ipar aku bukan jahat. Hubungan kita orang ok je. Cuma tu lah. Nanti korang nilai sendiri lepas baca habis.

Nak dijadikan cerita, aku kesian ngan mak ayah aku je. 8 tahun kiteorang tak rasa nikmat raya berkumpul 1 family yang lengkap. Baik nya Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Mak ayah aku tak pernah mintak kat adik beradik aku nak beli itu, nak beli ini, nak pegi situ, nak pegi sini. Tak pernah sekali pun.

Ayah aku pencen kerajaan. Dia ada duit dia sendiri. Boleh sara hidup dia dan hidup mak aku. Siap boleh bagi pinjam beradik aku duit kalau dieorang tengah susah.

Orang tua dia takde nak mintak macam2. Cuma yang dia nak anak2 ada bersama dieorang apabila mereka semakin menua. Nak main ngan cucu2, nak makan sama2, jalan sama2. Itu yang mereka nak.

Tapi 8 tahun mak ayah aku tunggu saat tu. Nak kumpul sama2 1 family dengan anak2 dan cucu dia. Dari mula abg long aku kahwin sampai yang bongsu tu kahwin. Masa adik beradik aku kahwin bukan takde kami kumpul. Ada je kumpul sama2. Ambik gambar sama2.

Tapi tak sama rasa bergambar dan berkumpul family semasa hari raya. Kalau raya selalu tak cukup ahli. Adik beradik aku bukan dudok jauh2 yang perlu guna kapal terbang pun. Paling lama drive pun 8-9 jam je.

Kalau family mertua dieorang, boleh je kumpul semua adik beradik masa raya. Tapi kenapa untuk family aku selalu je tak boleh. Yang tu buat aku geram. Kadang aku geram jugak bila ada orang share dalil2 bahagiakan atau cukupkan keperluan isteri dan anak dulu baru ibu.

Aku geram je dengan orang share2 pasal tu. Kakak ipar aku penah share. Dah tu mak yang mengandungkan anak dia 9 bulan, pastu merasa sakit akibat beranak, pastu jaga anak tu sampai ke besar, tak berhak ke untuk dibahagiakan oleh anak lelaki??

Kau yang baru bergelar isteri tak sampai 10 tahun, dah keluar fatwa kau sendiri dan sanggup share pasal tu tanpa pikir perasaan seorang mak.

Aku tak nafikan memang perlu seorang suami untuk sediakan keperluan isteri dan anak. Tapi perlu ingat jugak. Seorang anak pun wajib untuk balas budi mak ayah.

Mak ayah aku tak pernah mintak duit pun. Cukup la sekadar nak luangkan masa dengan mak ayah. Sebab umur2 mak ayah kita 60 lebih ke atas dah tak pandang dah wang ringgit semua tu. Dia nak kualiti bersama keluarga je.

Kalau la mak ayah aku pikir harta je, dia dah mintak semula duit yang dia bagi kat adik beradik aku masa dieorang buat majlis kahwin. Tapi sesen pun ayah aku tak mintak.

Aku pernah sound jugak abg2 n adik aku berlaku adil ngan mak ayah. Tapi dieorang diam je. Sebab masing2 tahu macam mana isteri masing2.

Jenis ipar2 aku suka kongsi apa hukum suami tak bagi nafkah, apa hukum suami tak bagi keselesaan pada keluarga dia, apa hukum melebihkan ibubapa daripada anak isteri. Dieorang suka share yang macam tu. Yang hukum seorang anak perlu berbakti pada mak ayah, takde pulak nak share.

Ipar2 aku semua friend dengan sepupu2, mak pak menakan aku sebelah mak dan ayah kat fb, ig.

Jadi abang2 n adik aku takut bini2. Taknak sepupu2 atau pak mak menakan tengok apa yang wife dieorang bebelkan di sosial media. Nak tak nak, kena ikut kata isteri. Sebab tu aku selalu cakap abg2 n adik2 aku tu lelaki dayus.

Ayah aku ada appointment klinik selepas dia kena bedah dulu. Jadi tugas untuk bawa ke klinik, memang aku la. Aku tak berkira. Sebab aku duduk ngan mak ayah aku.

Adik aku, yang tak tinggal jauh dari kiteorang, takde pulak nak offer diri untuk hantar ayah aku ke klinik. Tapi bini dia update status “done teman cik suami hantar ayah check up di hospital”.

Kalau sekali dua, aku tak kisah. Tapi selalu kot dia hantar ayah mertua dia. Ayah sendiri tak nak pulak hantar.

Korang yang baca jangan cakap aku tak slow talk ke, atau bincang elok2. Aku dah puas dah slow talk, puas dah bincang. Sebab aku kesian ngan mak ayah aku.

Tapi jawapan adik beradik aku, nanti lah. Tunggu lah. Nanti la ajak kak long bermalam di rumah. Gitu jelah alasan mereka2 yang dilahirkan dalam rahim yang sama.

Aku pernah cakap ngan kakak ipar aku, tapi last2 aku yang nampak jahat. Sampai tak bertegur. Last2 aku mintak maaf kalau apa yang aku cakap buat dia sakit hati ke. Baru ok semula.

Sepupu2 aku pun sempat ziarah mak ayah aku setiap minggu. Sampai mak aku pernah cakap, tak dapat nak main lama2 ngan cucu sendiri, cucu anak buah pun ok jugak. Dapat lepas rindu ngan cucu2 n anak menantu.

Sekali lagi aku nak highlightkan kat sinie. Ipar2 aku ok je. Cuma nya dari segi nak bersama ngan family aku ada susah sikit.

Aku penah jugak tanya ngan kawan2 aku yang ada abang. Adakah abang2 dieorang pun macam abang aku. Rata2 memang macam tu. Lebihkan belah isteri dulu. Mungkin normal kot.

Tapi tu lah kesian mak ayah belah suami. Kita tak tahu bila ajal kita sampai. Berbaktilah ngan mak ayah selagi mereka masih hidup. Cipta lah kenangan bersama mereka untuk di ingat masa kita tua nanti.

Aku cuma risau bila abg2 n adik2 aku dah tua, adakah anak2 dia akan ikut macam tu jugak? Sebab mak ayah adalah cerminan anak2. Kalau bagus acuan nya, bagus lah isinya.

Aku harap korang faham apa yang cuba aku kongsikan ni. Sekadar nak meluah untuk melegakan hati yang berkecamuk ni.

– Caramel Machiato (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Abg sy, tunggal lelaki pun spesis begitu sis.. sis xkeseorangan… ibu2, banyakkan lah berdoa utk anak2.. agar anak2 ini lembut hati utk kerap pulang ke pangkuan keluarga..

  2. Aku pernah berada dalam moment ni..memang aku marah, sedih semua ada dengan perangai abang aku sampai la parents aku meninggal..benda dah terlambat, kau nak menyesal pun tak guna..now abang aku hidup macam biasa je like nothing happened..happy with his own family yang lebihkan bini..aku cuma mampu berdoa yang terbaik untuk dia sekeluarga sebab bagi aku dia still darah daging & aku ada anak² buah (anak abang) yang akan menjadi tanggungjawab aku andai abang & kakak ipar aku dah takde nanti..semoga abang² tt dibukakan hati untuk menghargai mak ayah sebelum terlambat..

  3. Apa yang saya & adik beradik buat, kami akan pakat selang seli beraya. Kalau tahun tu, turn rumah mertua, semua akan beraya rumah mertua. Tahun berikutnya semua beraya rumah ibu ayah pulak. Jadi 2 tahun sekali akan dapat beraya complete satu keluarga besar. Cuma bila tahun yang turn rumah mertua tu, sunyilah sikit ayah & ibu. Kami rasa lebih baik di atur macam ni dari tak dapat kumpul semua.

  4. Ramai ustaz ustazah influencer skrang highlight suami kena memuliakan para isteri, guna dalil umum tp kasi pusing bagi nampak mcm suami kena lebihkan isteri…ustaz2 yg menyebelahi isteri pastikan akan jadi popular di kalangan wanita..

    Ugamawan pun x begitu highlight kewajipan isteri memuliakan suami, padahal dalil begitu jelas menyatakan demikian

    Isteri2 yg sentiasa demand suami kena memuliakan isteri berbanding ibubapa, tunggu lah masa tua nni. Tgok lah nnti bagaimana perasaan apabila anak lelaki anda melebihkan isteri sendiri.

  5. Mmg x patut diorang bwat gitu kat parents, tunjuk la plak dalil or dengarkn ceramah ustaz2 yg kata ank2 lelaki patut lebihkn ibunya, dan syurga mrk terletak di telapak kaki ibu.. syurga isteri2 diorang yg di bwh tapak kaki mrk, tu pasal diorang yg patut ‘kawal’ isteri diorang n bkn sebaliknya.. tp dlm ramai2 tu mngkin ada sorang dua yg ‘dominan’ or ada pengetahuan agama yg lbh ckit dr yg lain, org ni lah yg patut ckp kpd semua adk beradik yg lain tentang perkara ini, slalunya yg ‘sulung’ lah sbg ketua adk beradik.. or at least ayah tu, or even ibu or mk n ayah sedara yg bg nasihat kat ank2 or ank2 sedara.. arwah abh sya dlu, klaw ada yg dia x puashati, dia panggil semua berkumpul dan sama2 cari solusi, xde siapa brani ‘bantah’ apa yg dia putuskn.. mngkin jugak dari kecil mrk dah diajar utk buat kputusan sendiri, dan tiada siapa yg menghalang atau menegur, w/pon diorang tu buat sesuatu yg x betul.. Wallahua’lam

  6. Ya TT. Memang tak adil selalu. Saya 4 abang, semua dh kawen. Sy je belum dan sy bongsu. Sorg kakak ipar sy, kalau balik kpg sy, ada je sakitnya sampai xboleh stay kpg lama2. Raya pun gitu jgk ghuper. Dr kpg sy pegi kpg dia, auto jadi sihat dapat balik beraya sampai 2 3 pagi, dengan ckp dah sihat. Haha. Xleh lama2 kt kpg sy, nanti anak sakit la, budak lain byk x sihat la haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *