Memilih Untuk Pergi Demi Menjaga Hati

Assalamualaikum warga IIUM Confession, terima kasih admin jika cerita ini disiarkan.

Aku ingin dikenali sebagai Bunga, berusia 28 tahun. Sudah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Maka disini lah bermulanya kisah yang aku ingin ceritakan.

Aku adalah antara yang kahwin lambat antara rakan2 yang lain. Aku berkahwin ketika usia ku 27 tahun, di mana ketika itu rakan2 yang lain semua dah beranak pinak.

Sebelum aku belum kahwin of course laa yang lain sering bertanya bila laginak kahwin. Itu aku tak ada masalah dengan persoalan tu.

Tapi lepas aku dah kahwin masing2 dah macam tuhan pulak nak judge aku dengan persoalan “Bila nak ada anak”, “Kenapa belum ada anak, tak ada usaha ke?” “Jangan lah merancang” dan macam2 lagi lah ayat2 yang kurang senang didengari.

Mungkin sebab diorang terlalu “concern” atau aku terlalu bagi muka untuk diberi ayat2 sebegitu. Mungkin bagi orang lain benda ni normal tapi kalau setiap kali nak berborak mesti nak selit perbualan macam tu. Kenapa? Sampai aku sendiri akan ubah topik.

Lepastu topik perbualan akan kembali kearah bila aku nak beranak. Haha atau memang bila dah jadi mak2 memang dah takde benda lain nak borak dah ke?

Semenjak raya haritu aku slowly cuba menjauhkan diri dari circle tu. Diorang ajak datang open house aku bagi alasan macam2 untuk tidak menghadiri jemputan.

Bukan niat nak buang kawan, aku cuma nak kan hati yang tenang. Aku tak nak sakit hati sendiri dengan diorang. Whatsapp group pun aku silent jarang reply ws diorang.

Social media semua aku “mute” kan account diorang sebab aku tak nak ambik tahu langsung pasal diorang. Untuk mengelakkan aku ada rasa sakit hati dengan diorang.

Btw circle ni adalah rakan2 zaman sekolah ku, boleh dikatakan “best friend” lah pada suatu ketika dahulu. Tapi semenjak masing2 dah habis sekolah & bawak haluan masing2, sambung belajar pun ditempat yang berbeza. Lepas tu ada yang kahwin awal.

Bila diorang dah berkeluarga semua dah ada gap disitu. Dah tak rasa mcm best friend dah. Aku rasa wavelength pun dah berbeza. Aku janggal kalau lepak dengan diorang.

So sekarang ni aku lebih memilih untuk menjaga hati bukan nak buang kawan. Tapi mental aku lebih penting dari diorang, nak cakap pasal kawan ada lagi kawan lain selain diorang, even yang dah berumahtangga pun takde la sebok hal rumahtanggan orang lain.

Macam diorang mungkin bagi diorang dengan status “best friend” boleh macam2. Diorang lupa ke hati & perasaan orang lain2.

Kepada diluar sana, kalau ada kawan yang tetiba menghilang tu jangan lah marah diorang mungkin diorang lebih memilih untuk jaga hati dan perasaan sendiri.

Kepada kawan aku, yang pada suatu ketika dahulu kita ada title “best friend forever” aku minta maaf kalau korang rasa aku buang korang atau dah tak nak kawan dengan korang lagi.

Aku cuma nakkan minda & mental yang sihat je. Aku tak nak rasa sakit hati atau benci korang tiap kali kita jumpa atau berborak. Doakan yang terbaik untuk aku.

Jangan judge orang macam tuhan. Rezeki, anak tu semua kerja tuhan. Tuhan kata belum tiba masanya. Mungkin sekarang ni rezeki aku dekat tempat lain bukan zuriat. Jaga anak2 korang tu baik2.

Cukup lah setakat ni luahan hati ini. Assalamualaikum.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Klaw betul la apa yg aku baca, sis bru je setahun berkahwin kan, skrg umur 28, kawen umor 27.. relax la sis, klaw dah spuloh thn kawen x dpt2 anak, mngkin jugak ada masalah, ini masih fasa “honeymoon” lg, boleh g mne2 berdua je dgn hubby tu, percaya la, nt klaw dah ada ank2 berderet2, sis akn ‘miss’ moments mse belom ada ank ni.. pedulikan la kta2 org tu, shj diorang nk mngusik or dah xde modal nk tanya apa.. tp klaw betul2 dah ‘tension’ dgn komen diorang n sis pon dah mmg bersedia nk ‘beranak’, bnyak je sumber yg bole dirujuk, maybe both of u bole buat ujian kesuburan di mna2 pusat perubatan, sdgkn org yg tak subur pon bole usaha utk dpt ank, tengok je ex-permaisuri agong yg dlu tu, n penyanyi ct norhaliza, diorang x segan pon nk share pengalaman diorang.. apa2 pon, rilek n chill2 je.. anggap semua ni sbg ‘normal’ n x perlu nk asingkan diri or xnak bersosial bagai, itu akn buat sis lg tension nt, believe me.. wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *