Untuk part I, (https://iiumc.com/reply-teruknya-kehidupan-seorang-gay/).
Bismillahirrahmanirrahim
Saya mulakan penulisan ini dengan berdoa kepada Allah SWT:
اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.
Assalamualaikum warga IIUM Confession.
Ini adalah penulisan kedua dalam confession sebelumnya:
REPLY: TERUKNYA KEHIDUPAN SEORANG GAY (PART 1)
Ok, bismillah. Sebelum saya memulakan penulisan, saya nak minta maaf terlebih dahulu. Mungkin ada bahasa yang kurang sopan/ frasa yang kurang sesuai digunakan ketika menegur kesalahan sehingga memicu reaksi negatif pelbagai pihak.
I am aware with your triggering point and I understood what made people angry with my statement.
First of all, saya nak berterima kasih kepada sesiapa yang faham apa yang aku cuba sampaikan sebelum ni dan aku berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima sudut pandang yang berbeza.
Ulasan ini agak panjang, tapi berbaloi untuk dibaca. Kalau rasa bosan, just skipped this confession. I am here not to please anyone.
My intention is clear, I just want to make people understand we are all human, we need mutual respect right?
To be honest, penggunaan bahasa yang dilontarkan sebelum ini sengaja digunakan sebagai “social experiment” untuk memicu bagaimana reaksi yang diterima oleh masyarakat sekiranya ditegur menggunakan bahasa yang kurang sopan/kasar untuk menegur orang lain.
Bagaimana ‘melantunnya’ emosi pembaca yang membaca, begitulah ‘melantunnya’ emosi peluah bila membaca komen yang anda lontarkan. You know who you are.
Walau siapapun anda, anda seorang bijak pandai kah, seorang yang berstatuskah, seorang yang beragama kah, seorang yang bernaluri ‘straight’ kah, pada akhirnya kita semua adalah manusia yang tidak lari dari dosa.
Jadi, janganlah kita bersikap seperti ‘holier than thou’ dari orang lain. Merasa diri lebih mulia dan lebih baik, berbanding orang lain. Terutama ketika meninggalkan ‘komen’ atau ‘nasihat’ di media sosial. Tak semua ye, segelintir saya perhatikan sebegitu. Jadi, tak perlu untuk melenting tanpa keperluan.
Berbalik kepada tulisan sebelum ini, ada sebab mengapa saya tulis sebegitu. Kita tak tahu seseorang itu kisah hidupnya bagaimana, kita tak faham sepenuhnya apa yang menyebabkan seseorang itu memilih jalan yang songsang,
Kita tak arif pun tentang penyebab Gender Identity Disorder (GID), tidak memahami isu LGBT secara keseluruhan, diskriminasi agama terhadap golongan begini, apa perjuangan mental mereka, apa usaha-usaha yang dilakukan, tapi ada dalam kalangan masyarakat yang menulis dan memberi nasihat seolah-olah pernah ‘hidup sama-sama’ dengan mereka. Lebih-lebih lagi peluah menghadapi depresi.
Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang pernah dengar tentang ‘toxic positivity’. Keadaan di mana seseorang secara konsisten memaksakan pandangan positif dan mengabaikan emosi/ perasaan si peluah.
Contoh paling mudah,
Pesakit mengadu sakit dada, tiba-tiba disuruhnya:
“Jaga solat, zikir, baca Al-Quran, puasa”
Without highlight pain point pesakit, terus come out with the advice.
Toxic positivity juga boleh terjadi bilamana pendengar meremehkan kesakitan emosi yang mereka lalui. Ada yang saya pernah lihat komen di Tiktok (sbg contoh) bilamana seseorang cuba untuk memberi semangat dengan cara, “ujian yang kau hadap ni kecil je, cuba tengok dekat Palestin sana, lagi besar ujian yang mereka hadap.”
Nampak macam positif kan, tapi kesannya apa?
Peluah lebih merasa tertekan kerana merasakan perasaan mereka tidak valid, bilamana mereka tidak dapat menyuarakan perasaan mereka yang sebenar. Apatah lagi mereka membandingkan/menyamakan keperitan seseorang dengan seseorang yang lain.
Kesan besar dari toxic positivity ini adalah ia menghalang proses penyembuhan kerana emosi mereka cuba diabaikan. Jadi, untuk mengatasi toksik positiviti, penting untuk kita sebagai masyarakat yang prihatin, untuk mengakui dan memahami perasaan mereka sebelum memberi solusi dan khidmat sokongan. Itu yang cuba di’highlight’kan sebelum ini.
Tulisan sebelum ini bukanlah untuk menafikan peranan agama dalam kehidupan, memang betul solat, zikir, baca Al-Quran sememangnya membantu untuk menahan diri dari terjerumus ke kancah hawa nafsu dan dosa.
Tapi bukan semudah itu, untuk mereka lakukan. Bukan semudah itu mereka meninggalkan naluri yang mereka ada. Semuanya ada stage dan peringkat pemulihannya.
Memang tak salah memberi peringatan, bahkan memang itu tanggungjawab kita sebagai orang Islam, Amar Makruf Nahi Mungkar.
Cumanya, method bagaimana yang kita gunakan untuk mencegah mereka meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh agama.
Adakah agama menyeru kita menggunakan kaedah caci maki, sarkastik dll untuk mencegah mereka? Adakah dengan semudah memberi solusi tanpa memahami sepenuhnya konteks perjuangan mental mereka?
Sekali lagi ditegaskan, saya bukan cuba untuk menormalisasikan fahaman LGBT, saya hanyalah seorang manusia yang dilatih bertahun-tahun untuk memberi khidmat sokongan sosial kepada masyarakat tanpa prejudis, tak kira apa latar belakang, fahaman ideologi, sentimen agama dan sebagainya.
Sebab kami diajar bahawa memahami kesakitan emosi peluah adalah langkah pertama untuk apa-apa proses penyembuhan terutama yang menghidap penyakit mental.
Saya menulis atas kapasiti kemahiran dan ilmu yang diberi, saya bertanggungjawab atas apa yang saya tulis kerana saya sedar setiap apa yang saya sampaikan akan memberi kesan kepada masyarakat yang membacanya, dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang saya tulis di akhirat kelak.
Saya perhatikan ada ramai di luar sana yang menggunakan kaedah menasihati tanpa memahami situasi yang sebenarnya dihadapi mereka. Ramai nak mereka kembali ke jalan sebenar, tapi tak ramai yang cuba untuk faham apa yang mereka hadap.
Saya letakkan rujukan untuk masyarakat lebih memahami tentang isu LGBT. Harap tak ada lagi yang komen, “pointless” atau tak nampak apa yang saya cuba sampaikan.
Saya berpendapat menggunakan level bahasa orang awam, membuat masyarakat lebih faham apa yang cuba saya sampaikan, tapi nak tak nak kena guna bahasa tesis untuk memahamkan mereka. Nanti ada masa, bacalah. Bagus untuk mendidik kefahaman masyarakat supaya lebih faham perjalanan unik yang mereka lalui.
Jangan pernah rasa bosan untuk membaca bahan ilmiah dan mengkaji sebelum melontar pandangan/nasihat.
Rujukan:
ISU LGBT DI MALAYSIA : SATU TINJAUAN TERHADAP ASPEK KAJIAN LGBT
Artikel yang mengupas tentang sejarah kewujudan LGBT di Malaysia, dari segi aspek perundangan, kesan sosial, cara rehabilitasi (pemulihan), perjuangan hak asasi mereka dan kepentingan sokongan komuniti untuk kesembuhan mental mereka.
Seterusnya, mengenai penyataan saya tentang perkataan ‘merajuk dengan Allah boleh, tapi jangan lama-lama.’
Baik, saya faham mungkin ada yang salah faham tentang frasa yang saya gunakan. Niat saya hanyalah untuk memujuk individu-individu di luar sana yang sudah berputus asa dengan ujian yang mereka hadapi. Ya, kita sebagai hamba memang tiada hak pun untuk merajuk dengan Tuhan.
Tapi saya bercakap soal realiti yang dihadapi oleh masyarakat, saya cuba untuk memujuk manusia-manusia yang sedang jauh dari Tuhan, kita tak tahu doa apa yang mereka langitkan pada Tuhan, permintaan apa yang mereka minta Tuhan belum kabulkan sehingga mereka berputus asa dan ‘merajuk’ untuk taat.
Saya cuba untuk turun ke ‘rasa’ individu itu, menyelami emosi mereka dengan harapan mereka tidak berlama-lama dengan rajuk itu.
Beginilah Tuan/Puan/Cik, manusia ini ada pelbagai sifat dan personalitinya. Ada yang setangkas dan segarang Saidina Umar, ada yang hatinya selembut Saidina Ali. Kita raikan perbezaan personaliti manusia yang ada. Memang begitu cara manusia bermuamalah. Tak semua pendekatan yang lemah lembut itu psikologi lembik. Tak semua pendekatan yang tegas itu berkesan.
Dalam Islam pun, diajarkan ada 3 cara Amar Makruf Nahi Mungkar.
Pertama dengan tangan, kedua dengan lisan, ketiga dengan hati. Yang ada tangan (kuasa/undang-undang) berperananlah sebaiknya, yang ada mulut (lisan), gunalah sebaik-baiknya dengan lisan/ tulisan/ nasihat yang berhikmah.
Yang mampu mencegah dengan hati, berusahalah untuk membenci perilaku maksiat, bukan memulaukan atau meng ‘ahli nerakakan’ pendosa seolah-olah kita selamat sentiasa. Ada yang bersusah payah beramal di dunia, tapi muflis di akhirat kerana lisannya tidak dijaga. Menggunjing dan mengghibah manusia sesuka hatinya. Lebih-lebih lagi di sebalik akaun media sosial yang disembunyikan profil sebenar.
Memang kadang-kadang kita rasa hebat boleh menulis/ menghentam/ memaki orang lain sepuasnya, dia lupa malaikat yang mencatit di kiri kanannya. Saya berpesan kepada diri sendiri jua, moga-moga kita semua dijauhkan dari sifat baling batu, sembunyi tangan.
Cyberbullying is real.
Mental illness is real.
Sebagai masyarakat Malaysia yang dikenali dengan sifat prihatin dan suka membantu, kita sebenarnya boleh membantu mereka dengan menyediakan ruang selamat untuk didengar dan dibantu.
Ingat, jika mereka bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan hak asasi mereka, apa kata kita sebagai masyarakat Malaysia bersungguh-sungguh untuk membantu mereka berjuang untuk sembuh dari mental illness (kekeliruan identiti) ini, tak kira apa bangsa dan fahaman agama sekalipun.
Oh ye, mereka yang terjebak ini datang dari pelbagai latar belakang agama dan fahaman ye, ada dari mereka yang datang dari golongan berpendidikan dan professional. Jadi, penting sangat untuk kita bertindak dengan ilmu.
Ada lagi yang saya nak bahas tentang statement yang menimbulkan kekeliruan tentang konsep reverse-psychology iblis/syaitan tu ye. Tapi penulisan akan jadi lebih panjang. Ada commentators lain sudah membahasnya secara ringkas. Boleh scroll comment tersebut. Credit to him. Thanks for giving bright and clear explanation.
Apapun, saya ambil kaedah tu dari reliable sources , dari kajian ilmu yang saya perolehi. Bukan semata-mata dari logik akal atau rasional sendiri ye. Terima kasih sudi berkongsi pendapat semua.
Saya dah penat untuk menaip. Jadi saya berhenti setakat ini dulu. Tentang isu Ust Don dan Puan Fatin Nabila itu saya hanya ambil sebagai contoh cyberbullying sahaja. Rasa malu dan sedih melihat situasi masyarakat sekeliling membuat saya terpanggil untuk memetik nama-nama tersebut.
Kalau nak kupas tentang isu Ust Don, biarlah ahlinya sendiri yang arif dalam bidangnya yang membincangkan. Saya bukan ahli yang layak untuk mengupasnya.
Cuma masyarakat melihat, orang bukan Islam melihat bagaimana umat Islam lebih-lebih lagi yang bertitle asatizah itu sendiri, bertingkah berbeza pendapat dengan cara yang agak ‘…….’ anda sendiri boleh menilainya bagaimana. Teguran untuk kita bersama.
Terima kasih membaca hingga habis. Semoga diberikan kefahaman dan diterangkan hati kepada semua yang membacanya.
Sekian,
-YOYO-
(Bukan Gay, Lesbian, Bisexsual or Transgender)
“Feel free to express your opinion in a respectful way, TQ ”
– YOYO (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Point of view setiap org adalah berbeza.. sama jugak dgn IQ dan tahap kecerdasan aqal or whatever istilahnya semua org berbeza, cara didikan, ilmu, pengalaman semua org pon berbeza, mngkin ada yg tinggi, ada yg rendah, yg di tgh2, semuanya berbeza, xde ‘kayu pengukur’ yg benar2 tepat, mngkin ada yg di tahap professor, ada ustaz yg bertauliah, guru, malah pekerja biasa atau mngkin juga ada yg di kalangan ‘penganggur trhormat’, ada kelulusan tinggi, tp x kerja.. macam2 lah kan.. so, either confessor or pengomen, everybody has to be “open”, and pandai2 la nk ‘filter’ mne yg baik or yg buruk.., that means, klau rse ok, boleh la ikut, klaw rse x sesuai, ignore jela.. u cannot expect everyone has to wear or be in others’ shoes, we are all totally different n we do not know each other very deeply, only the Almighty (Allah SWT) knows everything n every each of us.. so, pls understand d situation that exists.. that’s just a piece of opinion from a layman like me.. tq
Penjelasan yang mantap daripada tt
Teruskan menulis untuk kesedaran.