Dosa Ayah

Ayah adalah lelaki pertama yang kita sayang sebelum suami.

Aku perkenalkan diri aku, aku Ayam and the reason why aku tulis nama aku Ayam sebab aku ni seorang perempuan yang agak feminism atau sangat lembut.

Aku seorang perempuan yang berkerjaya, berumur 30 tahun dan masih belum berkahwin. Ramai kawan² aku yang sudah berumah tangga.

Kadang² ada jugaklah kawan aku yang suruh aku kahwin cepat tapi aku tolak sebab aku dah tak percaya pada lelaki. Aku anggap lelaki semua sama.

Pernah jugak aku cuba nasib muat turun apps dating dan sebagainya tapi aku jadi tak yakin lepas apa yang terjadi pada hidup aku. Aku ada adik lelaki yang sekarang sudah masuk 27 tahun.

Kami dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ayah aku seorang kerani dan mak aku suri rumah.

Kisah cinta ibu dan ayah aku adalah antara kisah yang paling romantic bagi aku. Ayah aku selalu manjakan aku dengan segala apa yang mampu dia belikan.

Yelah satu² nya anak perempuan, sulung pulak tu. Dari situ aku lebih sayang pada ayah aku.

Tapi semua berubah selepas ayah aku buat hal. Ayah aku ada seorang kawan, aku gelarkan dia Pian (bukan nama sebenar).

Pian ni seorang pemandu kereta yang asyik ulang alik ke Singapore. Dan Pian ni jugak pernah beberapa kali masuk ke penjara atas sebab dadah.

Pian ni dah tua lebih tua ayah aku. Tapi pengaruh Pian ni kuat pergi sana sini masuk klub sana klub sini dah jadi rutin harian.

Nak dijadikan cerita, hari raya tahun 2001, kami sekeluarga pergi bercuti di Pahang. Kami ketika itu tidak ada bajet sangat jadi ayah aku ambil keputusan untuk book hotel bajet yang murah.

Sampai sahaja kami di hotel. Aku dan adik aku lapar, nak sangat makan.

Ayah aku pun turun pergi beli maggi di kaunter. Mak aku suruh aku tolong ayah so aku pun ikut.

Nak dijadikan cerita aku ternampak ayah aku macam sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Aku biarkan aje yelah mane tau klien ke boss ke.

Tapi perbualan mereka pelik. Ayah aku orang jawa jadi aku ada faham sikit² bahasa jawa ni.

Pada ketika itu, aku dengar ayah aku sebut “Dek ayu” yang bermaksud adik cantik atau lebih manja adik manis dari situ aku dah mula rasa ayah aku ada benda yang tak kena. Tapi aku cuma biarkan je takut termakan diri nanti.

Keesokkan harinya, kami bertolak pulang ke rumah. 3 hari selepas itu, perkara yang sama berlaku.

Aku ternampak ayah aku call orang yang sama dan gelaran yang sama pun disebut². Aku cuba tak nak dengar tapi makin lama makin sakit hati bila aku dengar.

Jadi aku decide untuk bagitahu mak aku, mak aku pulak orang nogori tak pandai bahasa jawa. So aku kena terangkan tentang bahasa jawa yang digunakan oleh ayah aku.

Pada mulanya mak aku tak ambil serius tapi selepas dia cuba untuk lebih memerhati ayah aku, dia mula sedar yang ayah aku ada perempuan simpanan.

Dan pada malam mak aku tau yang ayah aku ada perempuan simpanan, dia terus tengking dan marah ayah aku.

Kalau korang nak tau mak aku ni jenis orang yang sangat tegas, berdisiplin dan kuat marah.

Malam tu, aku terdengar mereka saling bertikam lidah, bergaduh sampai pecah pintu bilik tidur mereka, ayah aku buat.

Mula dari saat tu, ayah aku terus hilang. Hilang tinggalkan kami 3 beranak dalam keadaan yang kurang kemampuan.

Dari situ, mak mula kerja, cari duit untuk aku sambung belajar. Aku tau yang mak penat kerja jadi aku amik keputusan untuk tolong dari segi duit.

Mak selalu cakap “Mak bagi duit untuk sekolah guna, beli makan. Jangan tak makan pulak” tapi aku selalu simpan duit sorok².

Kadang² duit tu aku selitkan kat dompet mak untuk kegunaan dia. Selepas aku tamat tingkatan 5, aku terus sambung belajar di universiti dan ambil jurusan kaunseling.

Habis je 3 tahun, aku terus cari peluang kerja. Dan alhamdulillah sekarang aku, di gelar seorang penceramah atau kaunselor yang terbaik di malaysia.

Dan aku juga mengusahakan business aku sendiri. Adik aku pula lawyer yang berjaya.

Dan tahun ni adalah tahun ke 4 aku dan adik aku bersama tanpa seorang ibu. Mak meninggal 4 tahun yang lepas.

Dan sampai sekarang aku tak tau mana perginya ayah aku dan aku pun sudah lupa akan wajah nya yang manis dipandang.

Disebabkan perkara ini, aku tekat untuk tidak cuba untuk mencintai dan dicintai seseorang kerana aku trauma, aku takut perkara yang sama akan terjadi kepada anak² dan cucu² aku esok hari.

Dan aku harap wanita di luar sana tidak pandang remeh tentang perkara ini.

– Ayam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Tak bole nk “generalize” semua lelaki x baik, w/pon org kta skrg ni susah nk jumpa lelaki yg ada “good qualities” – (sorry guys, jgn kecam sya, k).., tp msih ada ‘terselit’ di mne2 llaki yg sesuai dgn awk tu (insha Allah).. tentang ayah tu plak, doakn la dia, mngkin dia dh berubah skrg, klau ada rezeki, semoga dpt berjumpa semula.. jgn ada dendam, sbb drh dia msih mngalir dlm diri ank2 dia dan mngkin juga asbab doa dia, awk n adik jd org berjaya spt skrg ni.. Bersyukur la.. wallahu a’lam.

  2. Trauma drp childhood akan bg effect pada anak² bila dah besar. Alhamdulillah & tahniah korg beradik berjaya jd org yg banggakan fam. Tapi sy rase untuk awak cuba slow2 buka ruang kat hati, doa byk² pada Allah beri yg terbaik untuk jodoh korg. Yg penting jodoh yg mententeramkan, kiriman Tuhan 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *