Stress Suami Tidak Bekerja

Assalamualaikum. Semalam aku ada baca confession pasal isteri malu suami tak bekerja, (https://iiumc.com/malu-kerana-suami-tak-kerja-bila-nak-declare-dalam-borang-isi-rumah/).

Aku tengah lalui sekarang. Suami telah tamat kontrak bulan 12 tahun lepas. Sampai sekarang tidak bekerja. Kawan- kawan dan keluarga ada yang masih tidak tahu.

Suami seorang professional. Level pendidikan paling atas sekali la. Memang colleague dia semua pun level dia je.

Sebenarnya suami lelaki yang baik. Ringan tulang, baik dan tidak kedekut.

Dulu semasa dia bekerja memang semua gaji diserahkan 100 peratus kepada aku. So aku yang handle semua.

Aku pernah utarakan untuk dia handle sendiri sebab bila dia serahkan sepenuhnya, gaji aku akan disatukan sekali untuk semua bayaran utiliti dan komitmen.

Aku jadi frust dan sedih. Gaji dia waktu itu RM4.5k tapi bila tolak kwsp n dalam payslip tinggal la 3k sahaja.

Perbelanjaan dia pergi kerja sebab ulang alik jauh memakan kos hampir RM1k.

So baki RM2k itula untuk aku membayar segala komitmen dan perbelanjaan isi rumah. Memang tidak cukup. So gaji aku yang berbaki RM3k juga telah digunakan secara total untuk perbelanjaan isi rumah.

Sekarang bila dia tidak bekerja aku agak tertekan. Aku dah suruh apply keje secara dalam talian dan juga walk in. Dia tidak bersungguh dan memang dari dulu dia kurang mendengar pendapat aku.

Aku kadang terpikir bodoh sangat kah aku level degree ni? Memang orang yang lebih tinggi tak boleh terima pendapat aku ke?

Sebab at last memang selalunya kata-kata isteri itu betul, sebab aku juga bekerja dan tahu selok belok di luar sana.

Dia hanya menggunakan 1 platform untuk apply keje dan hanya 2 3 saja yang dengar khabar. Untuk walk in dia tak mahu pergi. Macam macam alasan yang diberikan.

Aku kadang kecewa dan juga menggelakkan bergaduh hanya pasal isu ini.

Kadang aku pikir aku ni bodoh atau sayang atau apa.

Sepanjang dia tidak bekerja aku menanggung sepenuhnya perbelanjaan isi rumah dan membayar juga hutang dan komitmen dia sebab tak nak dia muflis dan lagi menyusahkan dia untuk mencari kerja.

Sekarang saving aku dah menyusut. Hanya tinggal barang kemas sahaja yang untuk survive.

Untuk bercerai adalah pilihan terakhir kerana kami telah mempunyai 3 orang anak.

Mertua juga ada berikan aku aku tiap bulan dalam RM200-400 sebulan untuk aku.

Tapi kadang aku terfikir juga untuk ke arah situ.

Gaji aku mencukupi untuk menanggung aku dan anak-anak tanpa perlu membayar komitmen dan hutang orang lain. Kerana setiap tahun ada kenaikan.

Tapi adakah ini jalan yang terakhir? Hanya kerana sedikit ujian di kala kejatuhan suami?

Kepada suami-suami di luar sana, aku mohon janganlah terlalu ego dengan pendidikan, jawatan dan status suami itu. Aku takut bila segala yang aku korbankan ini, aku tidak redha langsung tiada keberkatan dalam hubungan kami.

Aku yang stress,

– Minah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hi Minah,

    saya pernah mengalami situasi macam minah ni, dimana suami berhenti kerja, sebab nak ikut kawan jadi coway consultant. dia berhenti kerja bank. dalam masa sebulan okay la sebab dapat commission dr coway, the next month tu start terasa, sebab dia xnak continue buat coway. menyesal sebab xsanggup nak tarik orang berhutang. dalam jangka masa bulan 5 ke 7, saya apply setiap hari 50 kerja untuk dia. hujung bulan 7 dapat panggilan company and saya bersyukur sgt, saya tak sangka hasil usaha saya apply tu sangkut dgn company yg quite well known and benefit byk gila.kalau saya tunggu dia saja apply mungkin xdpt cari secepat tu..dalam masa tu, mmg saya je yg spend utk byr sekolah anak2, grocery, hutang2. saya redha dan saya anggap ni pun ujian saya. so, saya harap sis boleh bersabar dan cuba bantu suami juga. mungkin suami sis ada masalah yg dia x tau macam mana nak tunjuk. sbb bila sis ckp dia rajin tulang dan serahkan 100% gaji dkt sis, saya tak rasa suami sis ni ada issue lain.mungkin level of persistence dia tahap tu. mungkin dia x tau nak express..semoga sis mampu mengharungi badai ni dgn kesabaran dan mudah.

  2. Mmg agak ‘spesis’ org mcm ni skrg kot.. x terkecuali sya.. husband sya dlu dah ada keje, saja2 brenti sbb ada ‘konflik’ dgn rakan sekerja, sya rse dia pon ada silap, sbb slalu ‘baran’ n cari msalah dgn org.. lps tu dia kta nk kerja sendiri, sbb kta ‘susah’ klaw keje dgn org.. buat biz pon suma sparuh jln n x menjadi, modal habis mcm tu je.. ironinya, sya yg kerja gaji kecik mse tu, buat pinjaman utk support dia brniaga, so lg terbeban la.. tak tau la mcmne nk hidup mse tu, nk simpan mmg xde, adik bradik pon sampai bla nk tolong, diorang pon ada family.. so gaji hanya ckup utk mkn shj, ank2 skolah lg, so buatla kuih ckit2 utk letak kat kdai, itu pon kdg2 x laku habis.., penat toksah ckp la, bygkn la tido pkul 2 pgi, nk bngun pkul 5, sbb nk antar kuih kat kdai awal pg, nk pegi keje lgi, blk keje amk untung jualan n kdg2 singgah beli brg2 niaga, sbb nk beli skali bnyak, x ckup dt.. begitu la hari2., mse tula..tp skarang dah ‘berakhir’ episod tu suma, ank2 dah besar, adalah ckit2 baki hutang yg nk byr tu, suami pon dah ‘pisah hidup’ dgn saya, x sanggup rse nk tanggung “biawak hidup” lma2.. bab Akhirat dia jwb la nt.. sorila, mcm dah jd ‘confession’ sya plak.., so suami2 d luar sna, jagala t/jwb anda, n isteri2 yg jd mangsa spesis spt ni, bersabar lah dan usaha sedaya mngkin, insha Allah ada rezeki kita.. Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *