Disana Mawar, Di sini Penawar?

Assalamualaikum, boleh panggil aku Duri (lelaki) umur aku hujung 30an dan telah pun berkahwin.

Aku nak tanya pendapat semua apa yang perlu aku buat untuk lupakan dan teruskan kehidupan aku.

Dulu sebelum aku berkahwin dengan isteri aku sekarang, aku bercinta dengan seorang perempuan yang aku beri nama Mawar.

Sejujurnya Mawar perempuan yang sangat baik. Mawar bertahan dengan aku selama 5 tahun. Sehingga aku dimasukkan ke penjara pun Mawar setia menunggu dan melawat aku setiap bulan.

Aku keluar penjara, Mawar jugak orang pertama yang sambut aku selepas mak aku.

Mawar tanggung aku sampai aku dah betul2 stable, ke sana ke sini Mawar carikan kerja untuk aku yang digelar “banduan” ni.

Sampai lah aku dah pun dapat kerja. Aku dapat buka business. Dan berjaya. Aku mula mengenali isteri aku sekarang.

Isteri aku perempuan paling cantik di kilang aku berkerja. Dia betul2 ada citarasa yang aku nak.

Aku terus lupakan Mawar. Aku buang Mawar seperti sampah sampai lah Mawar dapat tahu sendiri yang aku dah ada orang lain.

Mawar chat isteri aku dan isteri aku suruh aku pilih Mawar atau dirinya. Ya aku pilih isteri aku.

Aku jumpa Mawar aku bagi tahu aku dah tak nak dengan dia, aku maki hamun Mawar aku cekik Mawar sebab kantoikan semuanya.

Nasib baik lah isteri aku waktu tu okay sahaja asalkan aku tinggalkan Mawar.

Sejak dari haritu, aku dah tak tahu khabar berita Mawar. Mawar hilangkan diri.

Aku terfikir kan dia tapi aku abaikan sebab aku sedang hangat bercinta.

Barang Mawar yang ada tertinggal dengan aku pun aku bagi isteri aku pakai punya lah aku dah tak kisah dekat Mawar.

Baru beberapa bulan, aku terus ajak isteri aku kahwin. Sedangkan Mawar yang dah 5 tahun dengan aku, aku abaikan bila dia sebut tentang kahwin.

Aku ingatkan Mawar akan cari aku, aku cuba call number Mawar beberapa minggu sebelum aku kahwin. Tapi tak dapat dihubungi.

Aku terus kan semuanya seperti dirancang, dia perempuan yang aku idamkan dan akhirnya aku dapat kahwin mesti lah aku dah tak heran dekat Mawar.

Tapi lepas aku kahwin, entah kenapa ingatan aku pada Mawar makin membuak2.

Aku diam2 buat fake account dan follow IG Mawar. Aku tengok Mawar baru sahaja berkahwin dan majlis dia nampak mewah dan gah.

Nampak Mawar betul2 happy bersama suami dia. Sedangkan aku pulak makan pun tak cukup, hari-hari bergaduh, isteri aku tak boleh hidup susah, habis semua dia ungkit.

Dan disaat ni aku rindukan Mawar. Aku menyesal aku tak sempat mintak maaf pada Mawar. Aku buang Mawar macam anjing kurap.

Aku mintak maaf Mawar. Aku bodoh. Aku tak nampak mana Mawar mana penawar.

– Duri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

34 Comments

    • Aku Rasa ni cite ad persamaanlh…Dari pihak ppuan…jln cerita Sama…Tp dh lupa Nama apa dia pkai..lelaki ni bekas banduan,tp still tunggu..lpstu bila dh berjaya,jumpa ppuan lain,ppuan paling lawa kat kilang,dia tolak ppuan ni..hina ppuan ni..Dan pilih ppuan Tu buat Bini..

  1. both mawar and penawar tak salah. kau anggap je la ni karma kau wahai En Duri. kau pengecut sebab dah tahu ada pilihan lain tapi taknak come clean dgn Mawar and lagi teruk kau pergi physically abuse dia. Allah tu maha penyayang sebab tu dia tak kasi Mawar end up dengan kau and alhamdulillah jugak Mawar dapat org yang selayaknya itu dia. Kau hanya lah life lesson utk Mawar while for you, Mawar is the one who got away.
    & sekarang ni kau hadap je la karma kau, sbb ironic isnt it? dia ada dgn kau, support kau sampai kau stable pastu kau tinggalkan dia, now kau tengah hadap ujian hidup tak stable , duit tak cukup etc. for now, kau jaga je la wife kau elok2 sbb itu perempuan yg kau idam-idamkan and jangan nak pura-pura terkejut bila perempuan cantik come with high maintenance. nak yg cantik kan? spend la lebih aaa gituw. apa2 pon jadi kau jgn sesekali kacau hidup Mawar dah, biar dia bahagia. Kau pon berbahagialah dgn pilihan kau.

  2. i remember you! mawar pernah tulis versi dia! im glad mawar happy and dpt lelaki sama taraf because she grad student kotttttt

    HAHAHAHAHA, good riddance! seriously i cannot forget her story.. she studied while helping you, you maki dia and choose yr wife(that time gf from kilang yg u kata ‘taste’ you).. dia support u berniaga siap tlg kan? then u nk kerja ada epf socso bagai and u kerja kilang.. then u left her lps jumpa yg gf.. oh my.. glad that you are not happy and regret..
    wehhh, wife u pakai i watch ex gf u kan? yg dia tertinggal kt rumah mak ayah u.. hahahaha, sengkek…

    • sama…baca sikit dah boleh relate..nak padankan muka macam kesian pulak..hahahahahaa

    • adui wehhh aku baca jugak..tp now aku lupa tajuukkkk dia..adoi kne carik balik story ni..x sangka dik non..aahhaa

    • cinta tirai besi! karma has no menu br, you get served what you deserve bro

    • cinta tirai besi! karma has no menu bro, you get served what you deserve bro

    • akhirnye, penat aku google balik…tajukkk di pihak mawar adalah cinta tirai besi dan sambungan cinta tirai besi II..perghhhh terasa bangga plakk dapat mencari ..bolela tolong baca kisah di pihak mawar.

    • yaaa ! sy pun ada baca dulu confession yg lebih kurang sama seperti ini, dia guna kata ganti nama lemon & seroja. point yg sama 1. seroja applykan lemon kerja kilang 2.seroja kena cekik sebab kantoikan dkt perempuan lagi satu tu

  3. Kifarah is real.. itu je yg aq terlintas di otak ni, bro.. ko dah buat kputusan, dpt kawen dgn pompuan ‘tercantik’ di kilang tempat ko bekerja.. cantik tu x kekal, skrg bla dah susah, makin x cantik di mata ko, sbb perangai dia kan..? Tuhan mmg sayangkn mawar tu, diberi kehidupan yg baik stelah susah payah bersama ko, bro.. Biarla dia bhagia dgn hidup dia, dah jd milik org lain, jgn ko kacau plak.. teruskn hidup masing2 n doa serta usaha utk hidup yg lebih baik pd masa akn dtg, sehingga lah kita dijemput Ilahi.. Wallahua’lam bissawab

  4. PADAM MUKA KAU DURI ! aku geram betul dgn spesis laki camni. orang dengan dia sampai zero to hero…tup2…bila dah berjaya, terus lupakan yg susah senang. nak yg cantik, yg lain. NYAMPAH! skrg dh terima balasann. biarlah Mawar hidup bahagia. dia berhak, dari menghargai orang sperti muuuu, durii.

  5. sebelum ko tanya pendapat orang, baik ko renung balik apa kesalahan yang ko dah buat.. klau ko tak ingat, ko pegi baca balik confession si mawar tu.. (cinta tirai besi) kifarah tu real kan.. sekarang ko dah kena balik semua yg ko dah buat kat mawar. TAHNIAH & TAKZIAH

  6. Padan muka kau lemon. hadap la isteri kilang yang ‘taste’ kau tu. Cukup baik duri tu setia susah payah dgn kau, macam tu je kau buang dia.

  7. Happy ye Seroja dah kahwin. Allah is Great.

    Sebenarnya, Duri memang akan jadi duri dalam hidup Mawar sebab memang tak selevel ngan dia. Nak carik kerja pun sampai Mawar yang carikan. Kalau kahwin mesti Mawar terseksa mcm cakap tadi tak sekufu.

    Sekarang buku dah pun bertemu ruas. Duri, jagalah N elok elok. Kan dulu you cakap kat Mawar susahkan nak dapatkan si N ni – (sampai heret Mawar masuk kereta and cekik Mawar semua pujuk N), tak akan kena leter sikit pun dah nak give up.

    Ya Allah just so happy for Mawar/Seroja, semoga perkahwinan dia sentiasa dirahmati Allah sampai Jannah dan mendapat anak2 yang soleh.

    Untuk kau Duri, semoga Tuhan bagi kesabaran kat engkau dan jalan. Move on laa bro.

    • Oh btw dlm post Mawar/Seroja Duri ckp tak kisah walaupun Mawar pernah bersusah2 dengan dia – dia tak pandang tu, dia just nak kan N.

      Sekali hambik Tuhan bagi isteri yang tak boleh hidup susah. Termakbul sudah permintaan Duri tanpa disedari. Wow kata2 itu memang doa.

    • Oh sorry, I lupa nak menjawab pertanyaan Duri di awal posting.

      Mungkin firstly boleh lah stop follow Mawar kat IG, pastu stop compare your wife with Mawar. Yeah, you lost a good woman jangan hilang lagi satu pulak. Cuba hargai wife kau yang sekarang ni, and buang sikap angkuh kau.

      Mungkin masa tu kau ada business + kerja tetap + awek paling hot, kau rasa mcm kaulah YDPA kat satu dunia, sebab tu kau lalai dan tak hargai Mawar. Rendahkan sikit ego tu and ingat Tuhan.

      Aku rasa semua masalah boleh fix if firstly relay dengan Tuhan bagus. InsyaAllah, after that everything will fall through. Semoga tabah Duri.

  8. Ntahlah..mcm penulis yang sama je seroja dgn mawar ni.

    Mungkin pembaca mcm aku ni mudha ditipu.Jadi penulis yang tinggi imaginasi dan pandai menulis mereka cerita lalu…hmm camtulah..haih

  9. Eh, yg anjing kurap yg sampah tu awak bukan mawar. Xpe, sy dah pesan dah kt confession sebelah, bila kita flush toilet, kita biar bahan buangan tu pergi, xperlu tengok balik. Alhamdulillah ada ending yg terbaik Allah bg kt dia sbb dia baik.

  10. Ntah² tt ni seorg yg suka mengarang cerpen..2 confession sblm ni dia yg karang..pastu yg ni pun..byk masa lah katakn..mmm

  11. Kau kenapa bang? Dapatkan perempuan lain dengan sakitkan perempuan lain tu dah nampak kau org camna . Childish.Tak suka buat cara tak suka, tapi man up laa sikit. Hormat perempuan tu, ni kau dah buat dia trauma dgn kebodohan dan kejelikan perangai entah apa² kau.

  12. Kau kenapa bang? Dapatkan perempuan lain dengan sakitkan perempuan lain tu dah nampak kau org camna . Childish.Tak suka buat cara tak suka, tapi man up laa sikit.

  13. Aku Rasa ni cite ad persamaanlh…Dari pihak ppuan…jln cerita Sama…Tp dh lupa Nama apa dia pkai..lelaki ni bekas banduan,tp still tunggu..lpstu bila dh berjaya,jumpa ppuan lain,ppuan paling lawa kat kilang,dia tolak ppuan ni..hina ppuan ni..Dan pilih ppuan Tu buat Bini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *