Salam, hai semua. Aku perkenalkan diri aku sebagai Hazel (confirm bukan nama sebenar). Aku dah berkahwin dekat 10 tahun.
Aku kahwin lambat. Penghujung 20-an baru aku dengan suami decide nak kahwin sebab kitaorang masa tu masing-masing takde pasangan.
Yes betul lah tu tekaan korang technically secara unofficial kitaorang ni bekas kawan baik. Sebab kitaorang tak bercinta tapi saling ada antara satu sama lain.
Disebabkan kami satu kelas semasa zaman sekolah jadi kami berkawan. Tapiiiii tak pernah rapat macam belangkas tu. Aku ada geng perempuan aku, dia pon ada geng lelaki dia.
Nak dijadikan cerita kami berjumpa dan terserempak semasa kami di universiti. Course pon tak sama. Teruja sebab kita dari kampung yang sama dapat pulak belajar tempat yang agak jauh dari rumah. 4 jam perjalanan lah jugak.
Dan sepanjang aku dan si dia belajar di universiti pon kami jarang berjumpa cuma berhubung melalui telefon.
Sebenarnya aku suka dekat dia masa kami satu kelas lagi tapi disebabkan dia ni jenis pendiam/ jenis perhati jek orang jadi aku simpulkan dia ni seorang yang poyo. Payah nau nak dengar suara dia.
Duduk dalam geng lelaki tapi dia tak bising macam budak lelaki lain. Pakaian kemas, lipat lengan baju, senyap tak riuh, suka tengok jek orang keliling, so poyo kan? Dapat bayang tak?
Bila kami mula rapat masa kat uni tu dalam diri aku ni memang rasa nak melompat sampai langit tau. Tapi aku pendam.
Dulu takde whatsapp lagi bila telefon polyfonic aku bunyi mesej masuk memang aku teruja. Tapi satu hari hati aku hancur kira macam frust la sebab dia call aku nak tanya apa perempuan nak kalau masa tengah merajuk. Rupanya dia da ada awek.
Aku punya frust sampai aku yang tak lalu makan. Bodoh kan?? Aku pun menjauh konon nak carik pakwe jugak. Tapi dia selalu jek mesej cuma aku lah balas macam kawan biasa. Sampailah kami dah tak contact lagi. Ada la dalam 2 tahun camtu.
Aku jalani hidup aku dan dia aku tak tahu masa tu. Tiba-tiba aku dapat tahu dari kawan dia yang dia dah quit study. Aku terkejut tapi ego aku tinggi aku tak contact pon sebab aku rasa mesti dia dah lupakan aku. Tapi aku silap, dia sendiri contact aku.
Aku masa tu tukar no telefon lain sebab baru lepas clash dengan sorang ni konon la tak nak diganggu aku tukar no telefon. Tup2 si dia mesej aku, aku masa tu? Seronok campur tak percaya adakah ini dinamakan jodoh? Kahkah..
Jadi sejak dari hari tu yang dia mesej aku balik tu kitaorang dah tak putus hubungan dah. Bermula lah kawan baik sampai la kitaorang decide “Jom kawen wei nak tak?”
Aku? Takkan nak tolak kan. Kahwin la sebab dia datang balik. Kalau orang tanya aku seronok tak kahwin dengan best friend? Secara jujurnya aku tak boleh jawab sebab aku yang mulakan hubungan tu dengan kawan walaupon sebenarnya aku suka gila kat dia.
Bagi aku, aku sebagai perempuan aku pendam rasa aku sampai la dia sendiri yang confess dekat aku dia nak aku sentiasa ada dengan dia.
Tapi apa yang aku rasa saat ni, aku happy, aku seronok kahwin dengan kawan baik aku. Sebab dia tahu apa yang aku suka atau tak, dan kami sama-sama dah tahu apa matlamat hidup kami.
Maknanya memang kitaorang dah paham dah la. Tengok belah rambut tak sama pon dah tahu dah dia badmood. Hehe.
Untuk alam perkahwinan ni pulak bagi aku, aku bahagia. Dengan dua orang anak kami. Tipulah takde ujian dalam rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit kan?
Aku harap rasa ni takkan berubah. Hari-hari aku doa supaya kami sentiasa ada bersama sampai akhir hayat.
To you Mr Husband, orang sayang dia tau, kita dah janji kan?
Korang semua doakan kami ye.
LOVE xoxo.
– Hazel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
menci ahh
untung awak. saya kawin dengan kawan baik juga tapi bercerai dan berpatah arang
hehe teringat pakwe lama.. kitorg pun drp kawan baik, sebelum couple aku engkau, lepas couple, bahasakan diri, orang.. bahasakan awak, dia.. dah putus sbb berlainan agama.. masing2 dah berkeluarga.. ni nak habaq, duit pinjam baki RM50 you tu i halalkan je..
Mcm kwn aku, dorg kenal n kwn dri sekolah. Lepas habis spm masing2 bwk haluan sbb smbg blaja. Lepas habis blaja jumpa balik n kwn semula sbb dorg geng2 rapat ms sklh dulu. Skali si lelaki heartbroken sbb kene tinggal dgn gf dia masa tu. Kwn aku la jd penasihat xbertauliah lelaki tu. Bila lelaki tu dah move on dia ajak kawen, terus lelaki tu on. Skrg dah anak 2.