Assalamualaikum semua. Nama aku M dan berumur awal 30an. Aku seorang isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki berusia 3 tahun.
Usia perkahwinan aku tidaklah lama. Masih di bawah 5 tahun. Cuma aku tak tahu sama ada aku perlu bertahan atau teruskan perkahwinan ini. Aku dan husband hanya berkenalan selama setahun dan kami decide untuk berkahwin.
Sedikit pengenalan latar belakang kami berdua. Aku dan husband bekerja di sektor swasta, yang mana aku bekerja di office as executive position and my husband as a rider.
Long story short, di awal perkahwinan kami, kami direzekikan zuriat awal. Aku sejenis yang tak kisah kalau suami aku incomenya lebih rendah dari aku, aku redha. Tetapi bukan lah bermakna dia perlu lepaskan tanggungjawab semua tu dekat aku.
Kami tidak la susah sangat dalam bab kewangan tetapi bila seorang sahaja breadwinner dalam rumah tangga tersebut sedangkan both a working, menjadi tanda tanya disitu bukan?
I as a wife berasa tertekan bila semua tanggungan dalam rumah tu aku yang provide kan. Tetapi bukan bermakna my husband tiada tolong langsung, ada la sedikit sebanyak dia tolong.
Ceritanya bermula disini. Setelah masuk alam perkahwinan ni, aku baru nampak perangai sebenar husband aku. Dia sebenarnya seorang yang panas baran.
Bila seorang perempuan berkahwin dengan seseorang itu, mesti dia berharap lelaki tersebut boleh menjadi pembimbing dan menyanyangi dia seperti mana orang tua dia sayang dan besarkan dia dengan penuh kasih dan sayang.
Namun, husband aku bukan la macam yang aku impikan. Mungkin aku berfikir manusia boleh berubah, dan bukan mudah untuk ubah seseorang itu, so aku just tutup mata dengan semua perbuatan yang dia buat dekat aku.
Sebagai contoh, dia pernah sepak terajang aku time aku masih mengandung, duit gaji dia aku tak pernah rasa dan aku tak boleh tahu.
Bila aku bertanya dia akan mula melenting. Tapi aku tahu, duit gaji dia semuanya habis bayar hutang orang. Aku sedih. Tapi aku tiada tempat untuk meluah. So aku pendam sendiri.
Aku mungkin bernasib baik, sebab family aku masih boleh providekan untuk aku dan aku juga boleh providekan untuk diri aku sendiri. If aku mengidam apa2, aku boleh dapatkan dan beli sendiri tanpa bantuan husband.
Mungkin itu lah salah satu sebab my husband naik lemak. Mungkin aku tak perlukan dia, so dia lepas tangan dekat tanggungjawab dia.
Even aku tengah mengandung, segala kerja rumah aku yang buat, dari menyapu, mop lantai, cuci toilet, bersihkan najis kucing, memasak every single day. Serba serbi aku yang buat. Sedangkan dia balik rumah, baring lepak dalam bilik main game sampai lah ke pagi.
Pada awalnya aku redha. Tapi aku manusia, lama- lama aku jadi tak redha. Hati aku hancur bila dapat seorang husband yang kau tak boleh bergantung harap.
Hari pun berlalu dan aku menghitung hari untuk beranak. Aku decide untuk beranak dekat kampung aku memandangkan suami aku tak boleh diharap dan aku tak yakin dia boleh jaga aku. Sedih kan?
So aku pun lahirkan zuriat pertama kami seorang diri tanpa suami disisi. Tapi bukan la dia tak ada langsung. Dia ada, tapi dia datang sehari selepas aku beranak. Itupun aku yang belikan tiket flight sebab dia tiada duit langsung.
Dia ada gaji, tapi kemana gaji dia?? Sumpah aku ralat bila ada manusia sifatnya seperti ini. Jika rasa belum bersedia untuk memegang tanggungjawab, tak perlu lah kahwin dahulu.
Segala kelengkapan sebelum dan selepas beranak 70% aku yang sediakan, even urut selepas berpantang pun aku yang bayarkan. Aku tutup mata waktu tu sebab aku tak nak ganggu emosi semasa berpantang.
Now anak kami dah 3 tahun. Alhamdulillah sepanjang anak kami membesar, husband dapat kerja tetap. Itupun awal tahun ni. Boleh la aku bernafas sikit lepaskan tanggungjawab tu sikit2 dekat husband. Tapi dugaan lepas dapat anak tu lain pula jadinya.
Sepanjang membesarkan anak kami, almost 90% aku yang uruskan. Dari makan pakainya, sakit demamnya. Semua tu aku yang tanggung sorang2.
Dia, balik lewat and lepak dalam bilik tanpa tanya sedikit pun tentang aku dan anak. Tak tanya pun aku penat ke tak. Walhal, aku bekerja dan aku juga seorang ibu yang uruskan anak sendiri.
Sebenarnya aku mungkin boleh terima jika keadaanya begini, sebab aku dah mindset kan manusia boleh berubah dan tak kan berubah sesingkat itu, tapi yang buat aku rasa kecewa and tak redha dalam perkahwinan ini, dia seolah2 tak hormat aku sebagai isteri dan ibu kepada zuriat dia.
Sebesar-besar pengorbanan aku kalah dengan sekecil- kecil kesilapan yang aku buat. Sebagai contoh, bila dapur and ruang tamu bersepah, dia akan pulau aku and marah aku seolah-olah aku sengaja biarkan keadaan seperti itu.
Dan banyak hal lagi yang sebenarnya tak la besar mana tapi dia seolah-olah anggap benda tu besar. Kalau nak diceritakan disini belum tentu akan habis dalam satu perenggan. Terlampau banyak sampai aku tak nak ingat benda tu lagi.
Untuk pengetahuan korang, dari anak kami lahir sampai la sekarang, aku dan husband tak pernah tidur sekatil. Dia seperti orang bujang yang boleh buat apa sahaja dia nak. Balik rumah hanya untuk tempat dia berehat dan bermain game. Sedangkan aku 24 jam bekerja as a worker and a mom.
Cakap pasal panas baran, benda tu masih ada dalam diri dia, benda yang latest jadi on May this year bila dia hampir bunuh aku dengan mencekik aku diatas katil.
Aku hampir buat report polis and failkan perceraian. Sebab aku tak tahan diperlakukan seperti itu dengan segala pengorbanan yang aku dah buat. Tapi aku masih respect mak dia yang suruh bersabar. Bersabar sampai bila? Sampai anak dia bunuh anak orang lain?
Aku tertanya-tanya, adakah benda ini normal untuk aku bersabar dan berfikiran positif? Aku faham dalam rumah tangga akan ada pasang surutnya. Tapi tak kan la sampai jadi benda yang buruk berlaku baru nak sedar kan?
Aku harap korang boleh berikan aku pendapat tentang perkahwinan aku yang sebenarnya aku masih buntu. Aku tiada tempat untuk meluah, bila meluah orang suruh bersabar. Adakah itu jawapan yang sebenarnya?
Aku hampir give up. Dan aku tak boleh berbincang dan slow talk dengan husband aku, sebab bila aku nak slow talk dia rasa aku seolah-olah membebel dan dia tak rasa benda tu perlu dibincangkan.
So apa lagi yang aku perlu buat? Bagi korang yang tahu proses failkan penceraian, di manakah aku perlu pergi. Jangan lah judge aku. Aku cuma seorang isteri dan ibu yang luarnya nampak happy tapi tiada siapa yang tahu betapa kecewanya hati ini.
Salam sayang dari seorang isteri dan ibu yang tersakiti…
– Bunga M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit
sis ada mak ayah n adk beradik lg tak, tolong cerita semua dgn mereka. Buatlah report polis jgn sampai ank sis jd ank yatim(minta simpang). dia dh penah cekik sis, org panas baran ni xboleh jangka. masa ni jgn triggered suami sis dulu. mak mentua kalau waras dia xkan suruh sis bersabar. keluar dr rumah bawak anak, failkan fasakh..sy takut sis, baru2 ni ada kes suami baran bunuh isteri kat hotel sis. pls keluar dr hubungan toksik.
Islam dah gariskan hak wanita dalam perkahwinan.. dan ada keadaan yg membolehkan menuntut cerai. Pergilah puan ke pejabat agama terdekat untuk minta nasihat.
Apa lagi yang mahu di harap dari perkahwinan yang mcm ni?? Jangan la ckp kesian anak, sbb kalau kesian kat anak tu bawa dia keluar dari alam toxic tu. Banyak buruk kesannya kalau masih tunggu dia berubah. Pergi pejabat agama filekan penceraian. Mcm awak ckp support sistem awak sangat kuat so untuk apa tunggu lagi. Awak pun boleh support diri sendiri.
Sis, please run. Buat report & lindung anak dan diri sendiri.
Tinggalkan jer sis…wt apa nk bertahan utk laki xguna cm tu…ada laki pon cm xde laki..baik cerai n jaga ank sndiri..hati pon senang..badan n jiwa xsakit… InshaaAllah ada jodoh yg lebih baik utk sis nanti…🫰
Adik ku sayang M, tolong lah tinggalkan dia.. jangan tangguh lagi. tiada gunanya bertolak ansur lg dgn suami mcm ni. lelaki, mmg payah nk berubah sbb dh jadi habit, malah makin lama bukan bertambah baik, mau bertambah teruk.
tolong sangat2 tinggalkan dia, demi masa depan mu.
Akak doakan Allah permudahkan urusan kamu.
Run sis run.
Adik, kalau sayangkan diri dan anak, tolong angkat kaki dan melangkah pergi tanpa toleh ke belakang lagi. Berdasarkan cerita adik, dah tak ada makna rumahtangga dan kemanisan langsung tak ada. You deserve much more. The next time dia bertindak kasar lagi, pergi buat laporan polis. Sayangi diri, dik. He is not worth it. Buat plan untuk asingkan tempat tinggal. Lepas tu, buat report polis untuk menyatakan sebab nak keluar dari rumah supaya dia tak boleh sabitkan nusyuz. Pergi ke pejabat agama untuk dapatkan nasihat daripada yang bertauliah. Yang penting, buat report polis untuk rekod dan utk dapatkan perlindungan / perintah larangan (restraining order) kalau perlu.
Semoga Allah SWT permudahkannya untukmu dan anak.
dia dah tau apa yg perlu dibuat.. dia cuma perlukan pencerahan apa yg perlu dibuat sepanjang proses penceraian.. moga siapa2 yg ada pengalaman boleh la buat reply dlm iium..
buat Bunga M, buat persediaan duit sebanyak yg mungkin utk segala yuran guaman.. semoga dipermudah segala urusan… hugs for you sis…
Pergi lapor polis dan dapatkan perlindungan..jangan tunggu lagi..sebelum terlambat
kalau dah sampai kena pukul tu,
janganlah fikir lagi.
tinggalkan dia.