Dilema & Emotionally Drained

Assalamualaikum, saya lelaki & dah berkahwin tahun lepas. Saya rasa saya perlukan khidmat nasihat & kaunseling untuk hadapi masalah yang saya tanggung selepas kahwin.

Saya anak kedua dari 3 beradik & saya seorang sahaja anak lelaki. Adik beradik lain perempuan, dah bekerja & tinggal serumah dengan ibu saya. Ayah dah meninggal, ibu pula dah masuk usia emas, 65++.

Lepas berkahwin, saya decide untuk pindah rumah & sewa tapi sewa berdekatan dengan rumah ibu (selang dua tiga rumah sahaja dari rumah ibu).

Semuanya bermula sebelum saya kahwin bila saya decide untuk kahwin dengan seorang wanita ni. Wanita ni pun setuju untuk kahwin & berpindah dari negeri asalnya untuk tinggal dengan saya selepas kahwin.

Negeri asal isteri saya ni pun hanya bersebelahan ja dengan negeri asal saya yang menjadi tempat kami menetap sekarang.

Saya masih mencari punca kepada issue yang kerap terjadi antara ibu saya & isteri saya. Saya dapat merasakan yang ibu saya masih lagi tak dapat menerima isteri saya sebagai menantunya. Expectation ibu saya terhadap isteri saya tu terlalu tinggi bagi saya.

Untuk pengetahuan semua, sedikit background tentang ibu saya. Ibu saya dulu pernah tinggal serumah dengan mertua (iaitu arwah nenek saya). Sepanjang perkahwinan ibu saya ni dulu, hidup nya tak pernah bahagia dari kaca mata saya.

Ibu & ayah saya ni berjodoh & kahwin bukan atas dasar cinta, ianya atas aturan keluarga. Lepas kahwin sekali pun, arwah ayah saya mempunyai masalah kewangan & masalah untuk mencukupkan keperluan.

Sepanjang beberapa tahun mereka berkahwin, duit gaji ayah saya diuruskan oleh nenek. Kiranya hidup semasa berkahwin bergantung kepada cara nenek menguruskan wang. Ketika itu nenek juga adalah ibu tunggal.

Ayah saya mempunyai seorang adik tiri tapi tinggal jauh di KL. Jadi ayah saya seorang lah yang menjaga nenek.

Daripada apa yang saya lihat semasa ibu saya tinggal serumah dengan mertua, saya lihat situasi tu sangatlah membebankan & “stressful” buat ibu saya. Namun ketika saya berkahwin, ibu saya minta saya & isteri untuk tinggal serumah dengannya.

Permintaan itu tidak dapat saya tunaikan atas dasar saya dapat merasakan lebih banyak keburukan yang akan berlaku berbanding tinggal berasingan. Satu karakter atau sifat ibu saya ni, ada sifat kerisauan yang berlebihan.

Dari saya sebelum berkahwin, ibu saya amat risau kepada anak2nya, lebih2 lagi untuk apa2 situasi tu menyusahkan anak atau pun berat buat anak. Jadi baginya bila saya sewa rumah lain, itu membebankan saya.

Sedangkan bagi saya, sewa rumah selepas berkahwin antara salah satu tanggungjawab saya untuk menyediakan tempat tinggal yang baik untuk keselesaan isteri saya.

Sewa rumah tidaklah setinggi mana kalau dibandingkan dengan harga sewa semasa, alhamdulillah dapat rumah sewa yang dekat & bulanan pun dalam RM500 sahaja.

Gaji saya masih dalam lingkungan B40, bawah RM4k. Komitmen2 lain pun ada tapi bagi saya, rezeki selepas berkahwin tu akan bertambah kalau kita gandakan usaha kita lebih2 lagi untuk menyara isteri & keluarga sendiri.

Sebelum berkahwin, saya memang ada beri duit belanja bulanan kepada ibu saya sejumlah RM900 namun selepas berkahwin saya terpaksa mengurangkan jumlah tersebut kepada RM500.

Sebelum berkahwin, ibu saya seakan kurang bersetuju dengan pilihan saya. Isteri saya ni saya kenal semasa kami berkenalan melalui platform baitulmuslim.

Bagi ibu saya, tempat tinggal isteri saya ni agak kedalaman sikit & usianya lebih setahun dari saya. Tahap pendidikan isteri saya adalah sampai STAM. Pernah sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi tapi terhenti di tengah jalan.

Jadi peluang pekerjaan untuk isteri saya agak limited. Tapi bagi saya itu tidaklah menjadi penghalang untuk berkahwin.

Adik beradik saya juga bersetuju dengan saya & alhamdulillah dengan bantuan adik & kakak saya, kami berjaya untuk meyakinkan ibu untuk bersetuju walaupun pada dasar hati ibu saya, dia berat untuk menerima.

Tambahan pula, ketika itu ibu saya ni baru sahaja kehilangan arwah ayah dalam 5 bulan macam tu. Bagi ibu saya, saya lah pengganti untuk ubat rindu & pengganti kepada tanggungjawab yang arwah ayah pikul sebelum ni.

Lepas berkahwin sekali pun saya tetap kerap menjenguk & ambil berat pasal ibu & adik perempuan & kakak saya. Hampir setiap hari saya akan luangkan masa juga di rumah ibu saya.

Isu yang terjadi adalah kerap kali berpunca dari rasa kurang puas hati ibu saya terhadap isteri saya. Ibu saya kerap menyuarakan pandangannya & selalu mempersoalkan apa2 keputusan atau perkara yang kami lakukan.

Isteri saya ada caranya yang tersendiri (contoh cara susun barang2 dalam rumah, cara uruskan masakan, style memasak, cara urus baju & banyak lagi). Saya faham ibu saya menginginkan yang terbaik untuk saya.

Namun pada pendapat saya, Ibu saya banyak terikut dengan pengalamannya tinggal bersama mertua. Ibu saya kerap dimarahi semasa tinggal serumah dengan mertua (orang dulu2 nakkan orang ikut cara mereka).

Jadi bila saya dah berkahwin, ibu saya jadi terikut2 dengan apa yang dia pernah lalui semasa tinggal sekali dengan arwah nenek antaranya ibu saya tidak diberikan kebebasan untuk melakukan apa2 mengikut kehendak sendiri.

Saya juga mengaku saya & isteri saya bukanlah sempurna, kami masih lagi bertatih dalam memahami satu sama lain.

Saya pun faham isteri saya juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Isteri saya pula seorang yang tegas pendiriannya, yang susah sikit nak ubah prinsipnya @ cara dia dididik dulu pun berbeza.

Namun isteri saya cuba untuk menghormati ibu saya setiap kali ibu saya cuba untuk menyampaikan perasaan tidak puas hatinya kepada isteri saya. Saya menasihatkan isteri saya untuk tidak menjawab kepada ibu & dengarkan luahan ibu.

Pada awal berkahwin, isteri saya ni mempunyai prinsip di mana kerja rumah adalah kerja bersama. Isteri saya sekarang adalah suri rumah sepenuh masa.

Saya faham prinsipnya, tapi tidaklah seratus peratus saya bersetuju sebab seorang suami banyak lagi benda nak difikirkan & diusahakan demi kelangsungan keluarga. Bukanlah semua benda kerja rumah nak kena libatkan suami. Saya tolong yang mana yang saya mampu.

Jadinya ibu saya ni bila ada satu ketika semasa ibu pergi menyampaikan perasaan tak puas hati nya kepada isteri saya, isteri saya ketika itu menjawab tentang urusan kerja rumah kena lah dibuat bersama.

Benda ni telah jadi satu trigger buat ibu saya & sampai sekarang menjadikan sesuatu yang membuatkan ibu saya marah.

Tapi bagi saya pula, sepanjang setahun berkahwin ni, saya akan tolong isteri saya bila saya mampu & ada masa untuk buat.

Ada kalanya bila isteri saya dalam keadaan letih & penat, saya tidak pun mempersoalkan jika rumah dalam keadaan tidak teratur atau dia tak masak untuk saya.

Tapi bagi ibu saya, dia sering mempersoalkan kan kenapa isteri saya selalu letih (sedangkan rumah kami sentiasa dalam keadaan kemas ja, kiranya pada hemat ibu saya, tidak banyak kerja pun yang perlu dilakukan di rumah kami) & bila isteri saya tak masak ja menjadi satu trigger juga buat ibu saya.

Marah tu dah jadi sesuatu yang normal bagi ibu saya untuk dirinya menyatakan sesuatu yang dia tak puas hati. Saya jugak kerap dimarahi jika dia tak puas hati akan isteri saya. Lebih2 lagi kalau saya seakan membela isteri saya.

Bila saya membela isteri saya ketika tu jugak ibu saya merasakan yang saya tidak sayang pada dirinya lagi. Dia akan menangis & put the blame balik kat atas diri saya.

Seringkali mengungkit pasal pilihan saya untuk berkahwin dengan isteri saya ni. Baginya saya ada banyak lagi pilihan wanita lain diluar sana.

Sedangkan saya cuma menyatakan pendapat saya sendiri. Benda ni kerap sangat berlaku sampai ke tahap saya rasa “emotionally drained”. Penat nak kena marah setiap minggu atas perkara yang ibu saya tak puas hati.

Saya sayang sangat ibu saya namun ada ketika secara tak sengaja ada juga timbul rasa marah & sedih bila setiap kali perkara macam ni berlaku, ibu mesti akan menangis & merajuk dengan saya sebab ibu merasakan saya melebihkan perasaan isteri saya berbanding dirinya.

Maaf jika panjang luahan ini. Saya cuma nak minta nasihat & bagaimana sebenarnya cara untuk saya hadapi masalah ni, macam mana untuk saya menjaga hati ibu & juga isteri saya.

Jikalau ada pakar kaunseling yang membaca luahan ni, boleh tinggalkan komen kat bawah, saya memang nak cari khidmat nasihat secara bersemuka atau online.

– Unknown (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Salam,

    Mana mana lelaki yang dikelilingi wanita, kena mahirkan diri dalam hal pertahanan diri, bunyi macam perang, yela perang perasaan. Perempuan tak puashati dengan perempuan lain, ini fitrah, tak kira apa pangkat ibu, kakak, adik perempuan, makcik, ipar perempuan, isteri, anak perempuan nih benda normal. Semua perempuan suka dilayan macam Princess oleh lelaki, bila dia tengok orang lain akan berpeluang dilayan sebegitu dia auto cemburu. Ini normal. Orang lelaki kena faham benda nih dulu. Ini berlaku kepada lelaki yang buat perempuan rasa istimewa, rasa dihargai, rasa disayangi, rasa dihormati. Anda bagi rasa itu pada perempuan dan perempuan putuskan hanya dia layak dapat treatment macam tuh. Jadi ada persaingan dalam ahli keluarga.

    Soal kalau anak lelaki berkahwin dengan perempuan lain, pilihan maknya, baru mak nya okey, ini tipu, seorang ibu kalau dah cop anak lelaki, anak lelaki dia belum kahwin pun dia akan insecure, kerisauan tuh datang dari ahli keluarga perempuan yang dia rasa ada potensi untuk rampas hak exclusive dia sebagai keutamaan anak lelaki. Siapa kata tak wujud ibu yang cemburu tengok anak lelaki layan adik beradik perempuan dia elok elok, wujud. Apatah bila anak lelaki dah bernikah tentukan memikirkan si isteri dalam layanan istimewa dari anak lelaki setiap hari, akan timbul sakit hati. Teori mak yang pilihkan menantu, mak tak akan cemburu, teori zaman batu nih.

    Pekara terbaik yang anak lelaki boleh buat dalam mengawal keadaan nih, stop bercerita tentang rumahtangga dari A sampai Z, mulut kena pandai kawal, otak kena pantas berfikir, benda apa boleh cerita, benda apa kena rahsiakan, secara logiknya, benda yang orang tak tahu, orang tak boleh ganggu, rumahtangga hanya boleh diganggu bila anda bercerita itu ini. Dekat status WhatsApp di upload nya semua benda dalam group family, dekat sosial media upload lah segala hal, terpaling jujur, terpaling transparent. Dengan rela, dia bagi senjata kat orang, bila kena tembak dia pun pening, memikir apa salah dia. Jadi tolong anak anak lelaki, cerita panjang lebar anda tak dihargai, semua hal yang awak upload di sosial media tak ada yang peduli, itu semua peluru yang awak sediakan untuk orang sekeliling tembak awak tiap hari. Tolong limitkan mulut awak, limitkan info info dalam rumahtangga. Mana yang boleh cut, cut terus. Protect your family first.

    Ada yang kata, orang tua dah tak banyak tenaga, senang orang muda nak handle, apa diorang lupa, orang tua lah hidup lagi lama, selok belok semua benda dia tahu, dia boleh twist, dia boleh spin, sebab dia dah ada pengalaman yang orang muda belum ada. Dia tahu macam mana nak cipta masalah yang orang muda payah nak selesaikan, dia tahu siapa dia nak collab untuk jatuh kan orang muda, dia tahu apa kelemahan orang muda, dah dia yang besarkan anak dia tuh. Dia tahu lah serba serbi. Dia tahu nak guna anak yang mana, nak buli anak yang mana, nak guna perkataan apa kasi anak down. Semua dalam tangan orang tua. Jadi orang muda. Teliti baik baik perangai orang tua anda. Apa situasi, apa isu, bila dibangkitkan akan jadi punca perbalahan, punca kemarahan, punca stress, pilih untuk menjauh dari isu tuh, dipaksa dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, settle. Dipaksa setuju, angguk jer. Just enjoy the moment of conversation. Nak buat apa yang disuruh seriously tak perlu pun.

    This year, ada seorang co worker dah plan nak gi jalan jalan Korea, semua jawab pergi tapi jangan bagitau siapa siapa, time balik baru post kat social media, enjoy your travel dengan isteri dan anak anak, have fun, dia ikut kata. Dia tak bagitau siapa siapa. Satu post pun tak ada. Bila habis melancong, balik sini dia cerita, makpak dia terkejut dia bawa cenderahati dari Korea. Adik beradik dia dua kali terkejut isteri dia post pic mereka gi Korea. Kenapa semua orang suruh dia rahsia kan travel tuh, sebab dah banyak kali dia nak bawa family dia travel, dah apply cuti bagai, hujung hujung cancel. Jadi tanda tanya pada kami semua. Pelik kan. Last year ada someone open cerita pasal pengalaman travel, dia baru open story, dia kata malas dah nak plan travel, tiap kali dia bagitau dalam group family yang dia nak bawa anak bini gi travel, tiap kali tuh lah hp dia berdentum, makpak dia & adik beradik call nak pakai duit, bukan sikit 4 angka yer. Dia bagi lah duit yang nak pakai untuk travel tuh ke diorang, sebab takut jadi anak derhaka, dia rasa bersalah tak tolong adik beradik. Sedihkan cerita dia. Kesian anak bini dia, bukan sekali, banyak kali dah dia cancel travel. This year tak boleh lah, kitorang dah tahu, sabar kitorang dah habis, sabar dia masih banyak lagi lol. Kitorang ajar dia untuk bagi pengajaran pada makpak & adik beradik dia bahawasanya semua kejahatan mereka boleh dihapuskan dengan izin Allah SWT.

    People can’t destroy what they don’t know.

    Tutup salam.

  2. Salam bro,

    May Allah ease your affairs.

    Just nak introduce, since 2017 saya on and off jumpa therapist sebab masalah keluarga dan peribadi. Walaupun rasa takut dijudge pada awalnya, tapi saya pandang therapist saya sebagai coach untuk membantu saya dalam strategi untuk encounter masalah personal atau kerja.

    Saya tak sure bro duduk negeri mana. Maybe bro boleh start google apa khidmat kaunseling yang berdekatan di area bro. Kaunseling ni banyak ada untuk individual, pasangan atau keluarga. So, if bro read up a bit nanti bro boleh tahu apa yang sesuai untuk bro sekarang.

    Lagi satu saya nak advise, nak cari kaunselor yang tepat dengan diri kita kadang2 boleh masa yang lama jadi bro kena sabar. If jumpa kaunselor first, bro rasa tak kena dengan jiwa bro takpe bro boleh cari orang lain kalau bro nak. Therapist saya yang ke3lah orang yang saya decide paling sesuai dgn saya.

    Anyways maaf tak dapat membantu sangat. Cuma saya berdoa agar Allah permudahkan urusan bro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *