Ntah la! Nak mula menaip dah rasa sebak, pedih, nak jerit nangis.
Mukadimah. Anak ramai tapi tidak diendahkan. Yang pikul tanggungjawab sorang saja.
Baru baru ni ibu kena sakit yang mengakibatkan dia tak boleh bergerak stroke.
Pada mula, sikapnya elok tak banyak kerenah. Tapi bila dah berbulan sakit, sikapnya semakin buat hilang sabar.
Macam perangai keluar.
Allah, anak yang jaga dan hadap Allah sahaja yang tahu perasan nak hadap orang tua sakit ni macamana.
Mak aku ramai anak. Tapi, sorang jek yang kena pikul tanggungjawab jaga mak.adik perempuan aku.
Disebabkan dia bukan orang senang kategori tidak berharta suami isteri, menumpang lah rumah pusaka. Jadinya dia kena pikul tanggungjawab jaga orang tua. Masa orang tua sihat dia peneman, bila sakit dia penjaga.
Dia banyak terluka, dia banyak makan hati dengan orang tua, banyak makan hati dengan keluarga.
Dia penat, aku tahu. Nak urus orang sakit, adik oku sakit.
Aku rasa berdosa kalau aku tak dapat bantu dia. Berat aku nak jawab kat akhirat nanti sebab guna tenaga dia tanpa belas ihsan.
Aku salah seorang dari adik beradik lain yang selalu ada dengan dia. Bila balik, sedih aku tengok dia penat sangat. Nak urus adik oku, dan orang tua sakit.
Berat ujian dia, berat juga ujian aku nak hadap sesama dengan dia. Aku bekerja, tak dapat tolong jaga. Cuma hujung minggu aku dapat balik bermalam dapat ringankan bebanan dia sedikit.
Adik beradik lain tak boleh nak cakap. Nak jaga, faham semua ada komitmen nak bayar hutang, anak sekolah.
Tapi, kena la ada ikhsan. Tak boleh jaga, sekurang nya balik la ziarah.
Bukan nya miskin nak balik ziarah orang tua pun takde duit petrol nak isi minyak. Berkira semua bab duit dan masa. Sebak laa kalau cerita pasal perangai keluarga ni.
Masa orang tua sihat sikit, ziarah pun kadang kadang. Bila orang tua sakit, nak datang ziarah pun susah.
Nak bagi sumbangan tiap bulan pun berkira.
Eh, sedih lah kalau nak dicerita panjang lebar.
Yang datang sekadar tengok, berbual dan balik. Nama saja anak, tapi seperti orang luar.
Aku dengan adik aku sekarang hanya memerhati sikap masing masing.
Kadang bila berbual kosong kat dapur. kami selalu bercerita impikan keluarga kalau adik beradik lain balik, sesama boleh tolong tukarkan pampers, sesama mandikan orang tua kami. Tapi, impian kami hanya mainan.
Jujur, kecewa dengan sikap anak anak mak aku ni.buat mak sendiri macam bukan mak. Tak ada hati nak sentuh ibu sendiri.
Ramai bertanya, mak anak ramai berapa orang boleh jaga?
Wei, time nii aku rasa air mata nak jatuh atas tanah!! Kalau boleh bertakung airmata aku gan adik aku ni atas permukaan tanah tauu.
Kadang orang tanya, aku malu nak cakap gan orang, keluarga aku ramai.
Sebab pandangan orang luar, anak ramai orang tua senang, sakit senang anak jaga, bagi duit. REALITI. Itu semua permainan minda di duniaa.
Aku nak sambung nangissss!!
Tak sanggup nak teruskan cerita.
Maaf laa terluah dekat sini.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau rumah pusaka+tanah sdn, ko arrange parents sign hibah siap2 kalau takmo sila cari rumah utk dihalau lepas parents mati. Kalau mak pak pon adik beradik tak peduli agak2 derang nk peduli ke kat adik ko nnt?
Allahu.. bersabar le selagi boleh.. ganjaran org sabar sgt tinggi di sisi Allah
Salam,
Dalam sebuah keluarga, tak kira berapa ramai adik beradik, Allah SWT akan sisih kan seorang untuk jaga ibu bapa waktu sihat ataupun sakit, hanya Allah SWT yang mengetahui, kita manusia apa pun tak tahu rahsia Dia.
Al kisah seorang lelaki nih, kerja di Abu Dhabi, convert sini gaji dia Rm170k. Apa jer dia tak ada kat dunia nih semua ada, orangnya baik dan tenang, disenangi orang. Tiba tiba dengarnya dia mengamuk, ingatkan sebab hal company, rupanya mak dia sakit, mak dia tak pilih dia untuk dijaga, lebih lebih lagi dia anak sulung, mak dia pilih untuk stay rumah adik dia yang kerja kilang basic Rm1500, makan pakai cukup cukup jer, dia yang celik agama nih tahu, boleh jadi itu peluang terakhir dia untuk berbakti pada mak dia, sebab peluang tak datang banyak kali, kalau sekali terlepas, habis lah.
Tak habis marah, dia decides berhenti kerja, balik Malaysia, semua terkejut, tiba tiba satu family dia balik sini, dia beli rumah kat sini, lengkap kan rumah dia dengan segala fasiliti, bawa mak dia yang sakit ke rumah banglo dia yang serba lengkap tuh, tak sampai sehari dua, mak dia tetap juga nak balik rumah adik dia. Jadi dia bengang, dia persoal waktu mak dia sehat, bila free selalu naik rumah dia kat Abu Dhabi lepak sana. Bila sakit pandang dia pun tak nak.
Dia orang nya celik agama, dia faham dalam Al Quran dan Hadith Allah SWT ada bersabda, seorang ibu nih adalah jalan pintas ke syurga. Allah SWT seru anak anak untuk berbakti pada ibu bapa sehingga akhir hayat mereka. Secara logik dia fikir, Redha Allah SWT redha ibu bapa, kalau mak dia tak redha dengan dia, Allah SWT pun tak redha lah, kalau mak dia rasa dia tak ada harga, Allah SWT pun anggap dia tak ada harga. Kalau mak dia tak pilih dia, maksudnya Allah SWT pun tak pilih dia.
Sampaikan abang ipar dia datang explain ke dia, tenangkan dia, mungkin Allah SWT dah bagi dia semua harta dunia, dia boleh guna harta tuh sedekah untuk kebaikan dunia akhirat, adik dia tak berharta, jadi adil lah adik dia dapat bahagian jaga mak dia. Itu sumber pahala untuk adik dia. Eh abang dia tetap tak puas hati, dikata harta dia banyak, kena hisab banyak juga nanty, adik dia life biasa dapat pulak peluang berbakti pada mak dia. Sampai situ jer cerita dia sebab yang tukang cerita bini dah call suruh balik rumah.
Bila soal menjaga ibu bapa yang tua atau sakit nih, cerita Melayu bertolak nak jaga mak ayah nih kurang dalam circle saya sejak kecil lagi, semua berebut nak dapat kunci syurga, sebab mereka faham the power of mother nih macam mana, sebab semua rekod orang orang dalam Al Quran dan Hadith yang berbakti pada ibu bapa, apatah lagi yang sakit, semua 100% kompem ke syurga tak ada belok belok, so they want to be a part of the history.
Tak macam cerita orang alim yang solat 500 tahun tak tinggal, eh tetap kena humban dalam neraka, tak macam cerita orang belajar agama tinggi tinggi, eh tetap kena humban ke neraka. Bila sentuh pasal ibu bapa dalam Al Quran dan Hadith, boleh nampak kelembutan Allah SWT dalam bab nih. Bab lain madang kena humban jer.
Jadi kepada anak anak yang tak dipilih Allah SWT, yang Allah SWT sibukkan mereka dengan dunia tipu tipu, tak habis urusan ini, Allah SWT tambah lagi urusan lain, biar busy bodoh 24 jam, makin banyak kerja, duit makin tak cukup, masalah makin bertambah, kesihatan makin merosot, ibadah makin kurang, jangan berkecil hati tak dapat syurga express, betulkan hubungan dengan isteri & anak anak, jaga mereka dengan baik. Semoga kebaikan anda pada mereka memberi kebaikan di dunia & akhirat.
Kepada anak anak yang Allah SWT pilih untuk berbakti pada ibunya sehingga akhir hayat mereka, yang bila dia lahir ke dunia, dia keluar jer dari perut mak dia, boom kena chop, nih dia orang yang terpilih, yang akan pegang kunci keluarga, orang yang diredhai, orang yang akan mendampingi manusia yang mulia di sisi Allah SWT. Apa yang saya nak kata tahniah dan jalankan tugasan anda dengan baik, kalau letih mohon rehat, kelilingi diri anda dengan orang yang baik, positive & high empathy, yang sama sama juga menjaga ibu bapa mereka, sama circle dengan awak, so you can learn, chill and reflex with each other, enjoy your journey. May you pass this BIG TEST and get a BIG REWARDS.
Co worker saya pernah cakap, semoga anak anak yang dipilih ibu ibu untuk jadi penjaga dan pelindung mereka. Berjaya dihasut syaitan, semoga syaitan dapat memecahkan belah kan silaturahim keluarga mereka, buat mereka sedih selalu, buat mereka bergaduh & buruk sangka dengan adik beradik lain, buat mereka rasa terbeban, merungut dengan tanggungjawab sekaligus dapat dosa bertimbun, buat mereka fokus pada benda yang negatif dan tidak memperoleh sedikit pahala pun. Semoga peluang mereka untuk dapat syurga express gagal total. Semoga ibu mereka move ke anak yang lain, mereka pula busy bodoh dan kekal hidup dalam dunia tipu tipu. Tak adil katanya, mereka nih dapat jalan shortcut ke syurga mana kala yang tak terpilih perlu bersusah payah. Jadi elok lah mereka gagal, sama sama guna jalan susah nak ke syurga.
Saya tanya kenapa cakap macam tuh, co worker saya kata dia bitter sebab mak dia pilih akak dia, bukan dia. Saya kata Allah SWT yang tak pilih dia, bukan mak dia sahaja, seluruh alam tak pilih dia. Allah SWT langsung tak pandang dia, dia tak ada dalam radar Allah SWT pun. Dia kosong, dia tak penting, dia tak memberi manfaat langsung. Dia tak mampu jaga mak dia, dia tak mampu lindung mak dia macam akak dia buat, akak dia nampak kecik tapi kuat luar dalam. Dia pula badan besar tapi lemah, dia cuma sampah masyarakat. Menangis dia, memang saya nak buat dia menangis pun harituh. Biar dia belajar hormat akak dia.
Tutup salam.