Tersalah Menumpang Kasih

Assalamualaikum para pembaca. Saya dah banyak kali taip kat sini dan banyak kali juga saya padam. Sebab takut kene kecam dengan pembaca2 semua. Saya tak pandai nak cerita dan saya harap pembaca2 semua faham cerita saya ni.

Saya berusia 20 an. Seorang pelajar universiti dan seorang pekerja sambilan di sebuah cafe di selangor. Mak saya dah meninggal 5 tahun lalu. Ayah saya pula meninggal masa saya sekolah rendah lagi.

Sekarang hanya menumpang kasih dari ibu saudara sahaja. Saya dah berkahwin dan usia perkahwinan saya baru mencecah 3 tahun. Saya menjadi isteri kedua. Berkahwin di seberang. 

Saya kenal suami saya di cafe tempat saya berkerja 4 tahun lalu. Di awal perkenalan saya, Demi Allah saya tak tahu dia suami orang. Dia memang ada friend di facebook dan instagram saya, tapi tak ada satu pun gambar wife dan anak dia.

Seandainya saya tahu mungkin saya tak kan berada dia situasi malang sekarang. Dia yang mulakan perkenalan kami. Dia yang minta nombor telefon saya. Dari berbalas whatsapp dia ajak saya keluar lepas habis waktu kerja. Saya terima pelawaan dia.

Dan dari situ la bermula semuanya. Saya terlanjur dengan dia. Terhanyut dengan ayat manis dia. Sampai la saya di sahkan mengandung. Saya minta dia bertanggungjawb. Ye dia bertanggungjawab. Tapi dia ajak saya berkahwin di seberang sana.

Saya tanya dia kenapa dan baru dia bagitahu dia dah ada isteri dan seorang anak. Masa tu baru saya sedar saya ni seorang perempuan paling bodoh kat dunia ni. Nak tak nak saya kene juga kahwin demi anak dalam kandungan saya. Saya akur permintaan dia. Sampai saya abaikan wali di kampung.

Selepas siap semua proses kahwin kat sana dan daftar khawin kat sini baru saya balik kampung jumpa makcik pakcik saya. Mereka memang kecewa dengan saya tapi nasib saya baik mereka masih terima saya.

Dan wife suami saya tahu hal kami. Wife dia tak ada serang saya. Kami hanya berkawan di facebook. Kadang2 berbalas komen. Giliran suami saya pula saya minta 4 hari kat sana 3 hari untuk saya.

Saya tak pernah minta untuk dia adil dengan saya. Apa yang dia bagi kat wife dia, tak perlu dia bagi kat saya. Cukup 3 hari dia balik jumpa saya dan bagi nafkah secukupnya saja pada saya, sebab saya sedar, saya cuma yang kedua. Suami ikut kan saja.

Suami saya sewakan saya apartment. Walaupun di belah sana, rumah banglo mewah. Itupun dah cukup bagi saya. Dia cakap senang dia nak jumpa saya nanti. Tak perlu sewa hotel lagi. Tapi yang indah tu tak kekal lama. Mungkin ini karma untuk saya.

Kandungan saya gugur selepas 3 bulan saya jadi isteri dia. Dia tenang je bila dapat tahu saya keguguran. Tapi saya sebaliknya. Saya jadi kemurungan sekejap.

Selepas saya keguguran tu, suami saya makin hari makin berubah. Kadang2 ada je yang tak kene di mata dia. Salah saya sikit je, terus dia marah, maki2 saya. 

Saya cuba ajak dia slow talk. Saya tanya, saya ada buat salah ke? Tapi dia mengelak. Dia cakap saya yang terlalu overthinking, saya punya perangai macam budak2. Dia suka bandingkan saya dengan wife dia. Saya minta maaf walaupun kadang2 bukan salah saya.

Sampai la bulan lepas dia pergi bercuti dengan wife dia kat sabah. Dan masa tu saya tak sedar yang saya mengandung lagi. Saya sedar selepas saya rasa perut saya sakit yang macam ada paku menyucuk2, sama seperti saya keguguran dulu.

Saya call dia banyak kali tapi tak berjawab. Bila dia call semula saya, dia cakap “tolong jangan ganggu dia dengan family dia”. Ayat tu saya ingat sampai sekarang. Saya order grab pergi klinik sendiri. Semua saya buat sendiri. Saya tak bagitahu dia yang saya keguguran lagi.

Dari situ saya mula sedar, dia tak pernah sayangkan saya. Mungkin dia berkahwin dengan saya atas dasar untuk bertanggungjawab je dulu. Mungkin sebab tu dia berubah sikap dengan saya.

Macam biasa selepas habis dia bercuti dengan wife dia, dia akan balik rumah saya. Mungkin dulu saya akan gembira sambut dia balik, tapi kalini tak. Saya hanya sambut dengan senyuman tawar.

Saya tak ada niat nak kurang ajar tapi ayat dia cukup buat saya terluka. Saya layan dia macam biasa. Tapi tak ada lagi cerita panjang saya. Dia ajak saya sembang saya, tapi apa yang dia cerita saya tak mencelah pun. Hanya jadi patung mendengar je setiap cerita dia.

Tapi dari mana datang nya semangat saya, saya minta dia lepaskan saya. Saya cakap saya dah tak nak jadi penggangu keluarga orang. Saya cakap saya tak kan tuntut apa2 dari dia walau satu sen. Saya nak fokus dengan pelajaran saya. Saya minta dia lepas kan saya cara baik.

Dia terkejut. Dia tanya dah habis fikir ke, saya jawab ye. Dia suruh saya fikir semula. Saya jawab keputusan saya muktamad.

Dia minta untuk dia fix kan semula. Dia minta maaf kalau dia tak mampu nak jadi adil. Saya hanya mampu tersenyum je. Dan keputusan saya tetap muktamad. Sampai sekarang dia masih cuba pujuk saya lagi. 

Dia tak salah. Saya yang salah. Salah pilih tempat untuk menumpang kasih. 

– MEDINA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

    • Betul tu. Tuntut hak bukan sbb nk jadi pisau cukur, tp sekadar untuk teruskan hidup. Kira mcm bayaran untuk kejahatan yg dia dah buat (mengayat sampai terlanjur).

    • Nafkah mutaah ni Allah yg perintahkan ya. Memang hak isteri jika berlaku penceraian. Awak boleh duduk kt apartment tu hingga habis edah.

  1. terima kasih sebab takjadi penyondol psyco. dah menyondol, psyco pula tu dasar taksedar diri! (tapi awak tak macam tu). saya doakan semoga kehadapannya lebih baik untuk awak, dan awak kuat menjalani hidup akan datang. *hugs*

  2. move on la, mulakan hidup baru.. tinggalkanlah kehidupan lama.. jangan terlampau menghukum diri. Manusia x lepas drpd salah silap..mungkin belum masanya awak jd ibu, sebab tu keguguran, bukan karma semata.. belajar elok2.. fokus bina kerjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *