Tercampak Di Seberang Laut Cina Selatan

Hi, nama aku Ababil. Aku berumur lewat 20-an, sudah bekerja lebih kurang 4 tahun dengan KKM. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata berusia 2 tahun. Aku menetap di sebuah negeri pantai timur bersama family. Suami dan aku PJJ since kami kahwin.

Awal tahun 2024, suami dapat pindah kerja ke negeri yang sama dengan aku (suami kerja swasta). Tahun 2024 kami bermula dengan penuh kegembiraan. Ye lah, dah hampir 3 tahun PJJ. Tiba tiba dapat duduk sekali. Memang gembira yang tak terkata.

Fast forward ke bulan Mac, setelah beberapa tahun memegang jawatan kontrak, aku pula ditawarkan penjawatan tetap. Aku sangat gembira bila dapat tahu dapat tetap.

Hari untuk pemilihan negeri bertugas tiba dan sungguh aku terkejut. Negeri yang available cuma dua, iaitu Sabah dan Sarawak. Terkejut sangat masa tu tapi kena click cepat cepat sebab berebut.

Aku click Sabah sebab ada ahli keluarga yang bertugas dalam KKM jugak di sana. Tapi page loading and crash. Bila refresh, tinggal pilihan Sarawak sahaja. Jauh dalam sudut hati, sedih sangat.

Kepala aku dah celaru memikirkan macam mana nak bawak anak, kena PJJ balik dengan suami ke, tiket flight, urusan hantar kereta dan barang and the list goes on. 2-3 minggu lepas penempatan tu memang aku menangis setiap malam. Setiap hari aku berdoa, mintak yang terbaik dari Allah.

Aku ada jugak rasa nak resign. Tapi aku tahu kalau masuk kerja swasta pun mungkin ada cabaran yang lain pulak. Plus, kerja kerajaan ni aku pikir bagus untuk career development sebab ada kenaikan gred dan kenaikan gaji tahunan. Susah buat keputusan.

Rayuan dah aku buat namun ditolak. Setelah dengar pendapat orang orang terdekat dan gerak hati mengatakan just pergi dulu. Aku pun start survey harga tiket. Okay la dalam RM300 lebih kalau naik dari negeri aku. Tapi masalah sekarang, aku masih tak tahu di mana tempat bertugas aku.

Setiap hari aku tunggu email untuk tahu tempat bertugas aku so that aku boleh plan nak beli tiket flight, cari rumah sewa bagai. 12 hari sebelum bertugas, baru aku dapat tahu tempat bertugas. Masa ni harga tiket flight dah double, jadi RM600 lebih.

Tempat yang aku dapat ni pinggir bandar, jenuh nak cari bilik/rumah sewa. Aku pulak hampir kena scam pasal bilik sewa dekat facebook. Nasib tak transfer duit deposit lagi.

Last last jumpa bilik sewa atas shoplot kedai, tapi sharing lelaki perempuan. Kalau ikutkan memang tak selesa, tapi di sini takde option lain. Then, settlekan urusan hantar kereta pulak, yang menelan kos hampir RM2K.

Untuk pengetahuan, semua perbelanjaan yang dibuat ni TAK BOLEH CLAIM. Katanya sebab dari lantikan kontrak ke lantikan tetap, TAK LAYAK DAPAT CLAIM. Duit savings aku hampir habis, mengalir macam air.

So, aku lapor diri pada hujung April (lepas raya aidilfitri). Dan aku akan balik semula ke semenanjung untuk cuti masa raya haji. Lepas cuti raya haji, baru anak dan suami akan ikut aku untuk menetap di Sarawak.

Suami sanggup resign kerja sebab dia tak nak tinggalkan aku dan anak berdua. Aku sangat hargai pengorbanan suami aku. Semoga Allah murahkan rezeki suami aku selalu.

Tiba la hari yang paling aku sedih. Aku kena tinggalkan keluarga aku yang aku sayang, anak dan suami aku (masa menaip ni pun mengalir air mata). Aku naik flight pagi, anak aku hantar ke pengasuh macam biasa. Aku tak nak dia tengok aku pergi tinggalkan dia. Aku pun tak sanggup nak say goodbye kat dia. S

uami dan parents aku hantar aku ke airport. Aku cuba untuk nampak happy depan diorang. Tak nak diorang susah hati. Lepas 3 jam 50 minit, sampai la aku di bumi Kuching. Aku ambik kereta sewa depan airport (sebab kereta aku dari semenanjung tak sampai lagi).

Aku drive sorang sorang and at that moment aku rasa moment paling lonely dalam kehidupan aku. Aku sekarang berada di sebuah negeri di mana aku tak kenal siapa siapa. Aku mintak Allah kuatkan hati aku.

Anak aku dan suami stay di negeri asal sementara aku pergi lapor diri ke Sarawak. Diorang tinggal di rumah parents aku. Aku bersyukur dikurniakan parents yang sanggup tolong aku dan suami. Mak aku masih bekerja. So, anak aku masih ke rumah pengasuh macam biasa.

Pada waktu petang, parents aku akan ambik anak aku dari rumah pengasuh (suami aku kerja shift, so dia tak sempat nak ambik anak).

Parents aku pun ada bawak anak aku pergi bercuti balik kampung di Perak. Nampak anak aku happy. Aku gembira tengok dia tak sedih cari aku, sebab dia dikelilingi atok dan nenek yang sayangkan dia. Maklumlah, cucu tunggal haha.

Aku kerja macam biasa. Kat tempat bertugas di sini, aku jadi “boss” untuk unit aku. Kalau di semenanjung, biasanya yang jadi “boss” ni mereka yang gred 48/52/54. Tapi di tempat aku kerja ni, memang kebanyakan yang gred 41 pun dah kena jadi “boss”.

Bahkan, mereka yang berstatus kontrak pun ada yang kena jadi “boss”. Terkejut jugak aku masa mula mula dengar. Sebab mereka yang gred gred tinggi mana nak datang kerja kat tempat macam ni. Masa hari pertama aku sampai kat klinik aku, aku agak terkejut.

Keadaan klinik tak sama macam di semenanjung. Kawasan memang sempit dan bilangan staff kurang. Bilangan pesakit makin hari makin bertambah. Kalau di semenanjung, kebanyakan fasiliti ada sistem automated.

Di sini, kerja kerja masih banyak dibuat secara manual. Aku bukan nak merungut. Aku berasa simpati. Kenapa keadaan kat sini macam ni?

Selepas hampir dua bulan, aku pun pulang ke semenanjung untuk cuti raya haji. Aku memang excited gila. Aku ambik tiket flight paling awal, pukul 5 pagi. Sanggup tidur kat airport. Aku tak sabar nak jumpa anak, suami dan family aku. Rindu yang tak terkata.

Selama hampir 2 bulan, aku duduk sorang sorang. Hampir separuh gila aku rasa. Masa aku sampai di negeri aku, aku nampak anak dan suami aku melambai lambai. Anak aku kelihatan terkejut tengok aku. Muka dia macam tak percaya aku ada depan mata dia.

Seminggu selepas itu, aku, anak dan suami pula terbang ke Sarawak. Aku masih rasa sedih. Aku rasa kesian dekat anak dan suami. Tak pasal pasal diorang kena pindah ikut aku.

Aku tahu diorang mesti akan ambik masa nak adapt dengan keadaan kat sini. Anak aku mesti ambik masa nak adapt di taska baru. Suami aku pulak kena cari kerja baru di sini.

Sekarang dah lebih seminggu kami menetap di sini. Aku tengok suami aku hari hari duk ulang alik cari kerja. Ada satu pasar raya di sini tak nak terima suami aku kerja, katanya “Kami tak terima orang semenanjung”.

Suami aku hampir give up bila dengar orang cakap macam tu. Alhamdulillah suami dah dapat kerja tapi jauh sikit dari kawasan kami duduk. Kena ulang alik lebih kurang 1 jam.

Aku dah hampir 3 bulan berkhidmat di sini. Kadang kadang aku masih ragu ragu dengan keputusan yang aku buat untuk berpindah ke sini. Aku masih dalam fasa belajar dan banyak benda management di tempat kerja yang aku tak pandai.

Dari segi financial pulak, aku masih dalam usaha nak adakan balik savings and setelkan hutang card credit (aku banyak guna card credit as perbelanjaan kat sini sbb duit banyak habis).

Aku tak nak mintak simpati korang. Aku nak mintak korang doakan urusan aku dan family dipermudahkan sepanjang kami kat sini. Doakan jugak supaya suami aku murah rezeki dan dapat kerja yang terbaik untuk dia. Aamiin.

– Ababil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Slm.. hakak dlu pon keje gomen.. setahu hakak, pegawai baru yg melapor diri ksli pertama mmg boleh ‘claim’ dgn kerajaan, sertakn surat tawaran tu dlm claim bulanan tu, cuba adik Ababil cek blk dgn admin or bhg. Kewangan KKM.. tentang family tu, skrg dah dduk skali dgn husband n ank kan, so mulakn la hidup baru di sana, mula2 mmg la agak ‘kekok’ sikit, sbb budaya n suasana sekitar, lama2 biasa la nt.. hakak pon ada kwn2 yg di posting ke Borneo, nmpak mcm diorang ‘happy’ je, ada sorang tu cerita, on weekends n mse bln puasa, diorang ada amk tempahan kuih2 dari semenanjung (maksudnya diorang masak n jual kuih2 di sini kat sana, diorang pon mmg suka memasak), mmg dapat sambutan n ‘laku keras’.. apa2 pon, yg penting keyakinan diri n tawakal kpd Allah swt.. ok, hakak doakn semoga ababil n family akn dpt ‘adapt’ kehidupan d sana dan dipermudahkn segala urusan.. wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *