Talking Stage: Salah Ke Aku?

Hi semua, I perempuan umur 29 tahun. Nak luah pasal perkenalan i dekat dating app. I dah single selama 1 tahun lebih, jadi kali ni i decide nak kenal2 orang melalui dating app.

I dapat la 2 match yang bagi i boleh bawak borak walaupun tak selalu. To me, i okay je nak take it slow. I lagi suka sebab ada masa untuk kenal lebih.

Cuma ada la sorang lelaki ni dia baru match dengan i 5 hari. Masa 1st chat tu dia bagitahu ayah dia baru meninggal n dia tengah demam. I kesian la kat dia so i layan dia mesej. Then dia ajak call, i pun okay.

Tbh masa call tu rasa best je sebab minat kitorang banyak sama. After that, dia ajak i jadi kawan dia. I pun setuju. Kawan je kan?

Tapi tulah lepas i setuju tu terus dia mintak nombor i. At first i tak bagi, i cakap borak je kat dating app dulu. Tapi borak punya borak, last2 dia mintak lagi, i pun bagi.

I thought takde pape la kan. Rupanya the day after i bagi nombor tu… pagi2 dia akan morning wish i, pastu time i kerja dia akan tanya ‘busy ke?’ ‘nak call boleh?’ pastu petang pulak dia tunggu i habis kerja so that he can call me afterwards. Everyday.

Honestly i rimas. Perempuan memang suka attention tapi ni cepat sangat ni. Baru berapa hari. N kitorang kawan je bukan apa2 pun. Technically still strangers.

The other day dia mesej i few times waktu i kerja sebab nak sangat cakap dengan i, i pun agree tapi boraknya lepas kerja lah.

So i habis kerja kitorang borak. Rupanya dia ada masalah lain pulak. Katanya kena buang dari rumah sewa dia sebab kontrak habis. I kesian tapi instinct i rasa macam something tak kena. Macam banyak sangat masalah dia.

Since dia selalu mesej i semua kan, i tanya la ‘ni you cuti sampai bila?’ i musykil sikit sebab jawapan dia lain-lain.

Masa first borak i pernah tanya benda yang sama, dia kata dia terpaksa EL sebab ayah dia meninggal. Dalam 2 hari nanti dia akan masuk kerja semula. Then sekarang bila i tanya lagi, dia cakap dia cuti seminggu pulak, minggu depan baru masuk.

I terus rasa 50-50 dengan dia sebab macam pelik sangat. Tapi serba salah jugak what if kalau betul ayah dia meninggal apa semua n dia memang perlukan someone untuk bercakap?

Tapi long terms pun i tak boleh layan dia lebih dari kawan. I tak boleh dengan cara dia. I rimas. Baru kenal berapa hari dah treat i macam gf dia.

Second, dia tak capai preference i which is dia cuma ada SPM.. I tak pandang rendah pada orang yang takde uni qualification, tapi preference i pada partner at least ada la diploma.

I ada tanya dia, long term career goal dia macam mana? Sebab sekarang dia kerja as customer service. For me okay je kerja CS tu sebab i pun pernah kerja CS selama 2 tahun sebelum i kerja sebagai Account Exec dan sekarang i banyak into tax accounting.

Fyi, dia sebaya I umur 29 juga.

Dia jawab, career goal dia nak jadi TL (Team Leader). Tbh i macam, entahlah sedih sikit kot. I tanya, ‘sampai bila-bila?’

Dia cakap ‘ya, gaji TL besar tau’

Terus i rasa macam, mungkin dia bukan untuk I. I tak hina pekerjaan dia atau aim dia, tapi mentality kemajuan dia setakat itu sahaja.

So after 5 days i pun terus terang kat dia i takleh teruskan sebab i don’t think we align. Dia tanya kenapa. I cakap jela semua tapi cakap baik2.

Tapi lepas i cakap tu tone suara dia down je seolah i hina dia takde diploma etc sedangkan i just cakap tu preference i. I pun tak halang dia nak kawan biasa tapi takleh la expect i jadi macam gf dia kan nak call selalu apa semua.

After that i nampak dia down sangat walaupun i dah apologize. I try la chill2 balik buat macam kawan2 biasa tapi dia tetap stoned gitu.

Am i the bad guy here? Dia dah la baru kehilangan ayah dia, tapi i rasa rimas sangat dengan dia padahal baru berkawan.

N salah ke i ada preference nak ada partner yang at least ada diploma? Sebab for me bila sambung study at least dah ada 1 mentality yang bagus about education. Ada anak2 nanti boleh encourage anak2. I tak nak i sorang2 je educate anak while partner tak boleh contribute sangat.

And at least ada lah job security kalau tiba2 hilang kerja. Nk apply office jobs tempat lain mudah. Kalau SPM i risau choices tak banyak, kerjanya selalu banyak pakai tenaga. Kita bukan makin muda untuk selalu bekerja keras.

I just hope I’m not hurting the wrong guy here. Hope dapat advice dari semua.

– Elly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. It’s okay to state your boundary and preference, even if it hurts someone. It’s not your job to make them feel good. Your job is to make yourself feel good.

    Lepas ni kalau dia call & mesej lebih2, tak perlu layan dah. Unless he’s serious and willing to satisfy your preference i.e., sambung belajar diploma & upgrade his career.

    • Agree with Jack.

      Btw nak request Jack tulis pasal how you met your wife boleh ke? If you are the same Jack yang confession pasal hilang spark tu

    • Hi Pearl, nanti saya fikirkan. Ada topik lain nak request tak selain dari tu?

    • Bukan la pasal pertemuan tu sangat. Saja curious nak tahu sikit pasal your wife and experience in marriage. Gaya ni mesti ramai calon kan? Amongst all why you choose her, what qualities your guys tengok. Kalau sudi share ujian2 (sebelum atau selepas kahwin terpulang) dan cara hadapnya.

      Ikut la mana Jack rasa selesa nak share dan bermanfaat untuk readers. Sebab cara you very constructive and knowledgeable. Rugi tak korek ilmu huhu

  2. Akak, mmg la smue ada pilihan masing2. tp kalau 21,22 masih muda bergetah boleh la nak pilih2, ni dah nk expired kak oi. tu pun kira ok la ada laki nk try. terima jela dari xde langsung. nk dapat yg idaman sampai ke tua xkawin2. ops!

    • daripada kawin cepat lepas tu menanggung biawak hidup baik tak payah kawin..kita kawin bukan nk tmbh masalah..

      daripada kawin cepat lepas tu menanggung biawak hidup baik tak payah kawin..kita kawin bukan nk tmbh masalah..

      baik tk yah kawin dari kawin laki gitu..menanggung biawak hidup..org kawin bukan nak tmbh masalah..sis,alang2 dh lmbt baik carik yang betul2 elok..bukan tngkap muat je

    • Kalau semua berfikiran mcm awak Yuyu, makin ramai la perempuan bela biawak hidup.

      Tak semestinya umur dah lewat 20an kena terima je semua orang yg datang. Lebih baik memilih dari tersilap pilih.

      Pilihan OP pun rendah je. Ada common sense dan ada diploma. Bukannya OP demand nak professor.

    • aik apa yang expired? manusia pun ada expired ke? perlu ke sampai jadi desprate terima sesapa je walaupun tak match preference dia?

  3. tak salah apa yg ko buat tu, 29 still muda. sukati lah nk pilih2.. benda nk letak kt hati, ebnda letak kt kaki pun kita pilihhh

    i sendiri memilih dik, tp aturan Allah tu cantik sgt2.. ex ex i semua ada degree kerja pun bagus TAAAAPI, xde kesedaran nk serius.. i cabut, dulik lah ko syg aku ke ape ke.. i xnk buang masa.. tup2 jumpa tunang.. SPM holder tp keje gomen, memula was2.. yela keje gomen byk buat hutang(agaknye lah).. tp alhamdulillah xde.. rumah dh beli, tu je lah hutang.. kereta motor dh habis byr.. blk je kerja, dia buat prt time kilang..
    apri kenal
    may jumpa family
    june – mintak izin nk kawen
    july – tunang
    insyallah next year nk kawen..

    alhamdulillah, setakat ni i selesa sgt dgn dia.. awk blh je pilih dan memilih, tp takdir Allah tu manis sgt2.. awk muda lg nk stress2, cuma pesan i, jgn overshare esp yr picture.. feeling blh fade tau.. awl2 je beria.. so jaga diri baik2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *